Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit

Teknik yang saya bakal kongsikan ini bakal menambah kekayaan anda ketika inflasi. Seperti yang anda tahu, inflasi akan menyebabkan harga barang naik. Namun hakikatnya, kuasa beli duit kita yang sebenarnya sedang jatuh. Jika dibiarkan, kekayaan kita akan semakin berkurang setiap tahun. Bagaimana cara melindungi kekayaan kita dari susut nilai, dan bagaimana cara tambah kekayaan ketika inflasi?

2 Risiko Simpan Duit

Kita selalu diajar untuk menyimpan duit, namun kita tidak diajar tentang risiko simpan duit. Ada 2 risiko simpan duit kertas, iaitu inflasi (purchasing power) dan susut nilai matawang berbanding dolar (Purchasing power parity)

teknik dividen

Apa Itu Inflasi?

Rata-rata masyarakat Malaysia faham bahawa inflasi menyebabkan harga barang naik. Bagi orang yang faham sistem wang fiat, inflasi menyebabkan kuasa beli (purchasing power) duit kita yang jatuh. Sebab itu kita berlaku peningkatan harga barang.

Jika kita imbau kembali zaman kanak-kanak dulu, ibubapa saya beri duit poket sebanyak RM1 saja. Dengan RM1 sudah cukup kenyang di sekolah kerana mampu beli nasi lemak sebungkus, air minuman dan chewing gum. Malah masih sempat menabung jika ada baki belanja.

Di zaman sekarang, jika anda memberi RM1 kepada anak-anak anda ke sekolah, adakah anak-anak anda cukup kenyang? Hari ini, duit poket anak-anak sekolah perlu sekurang-kurangnya RM5 barulah cukup. Menunjukkan kuasa beli duit RM1 semakin lemah dan tidak lagi sesuai sebagai duit poket sekolah zaman sekarang kerana nilainya susut dihakis inflasi.

Bacaan Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Susut Nilai Ringgit Berbanding Dolar

Purchasing power parity merujuk kepada perbanding nilai ringgit dengan matawang asing seperti Dolar Amerika syarikat (USD). Pada tahun 1997, nilai ringgit bersamaan RM2.50/USD. Pada tahun 2022, RM4.42/USD menunjukkan kejatuhan nilai ringgit sekitar 43%. Senang faham kan.

Teknik Dividen

Kebanyakan guru-guru pelaburan di sosial media menyarankan untuk membuat pelaburan yang mendapatkan dividen tahunan seperti ASB, TH, mutual fund dan lain-lain. Pelaburan-pelaburan tersebut boleh menambah bilangan duit kita tetapi bukan nilai kekayaan kita.

Jika diambil kira 2 risiko duit kertas seperti yang diterangkan di atas, kuasa beli duit kita sentiasa susut nilainya setiap tahun dihakis inflasi. Katakan dividen tahunan 6% ditolak dengan inflasi ringgit setahun 5%, hasilnya 1% keuntungan yang kita perolehi. Namun, masih belum ditolak dengan susut nilai ringgit berbanding dolar.

teknik pelaburan

Teknik Aset Emas Fizikal

Salah satu teknik untuk melindungi nilai duit kita daripada risiko inflasi dan susut nilai ringgit ialah dengan menukarkan duit kertas kepada aset fizikal seperti emas atau perak (silver). Sangat mudah difahami bahawa aset fizikal (emas/perak) tidak mempunyai risiko-risiko yang ada pada duit kertas (inflasi dan susut nilai).

Jika anda imbau kembali ketika pandemik covid-19 melanda tempoh hari, aset-aset seperti minyak mentah, matawang, saham dan lain-lain mengalami kejatuhan nilai. Dalam masa yang sama, harga emas pula yang naik mendadak. Bermaksud ketika pandemik itu, penyimpan emas bertambah kaya.

Bacaan Rekomendasi: RM, Duit Jatuh Nilai Kenapa Simpan Emas

teknik kaya

Ketika krisis hiperinflasi di Venezuela, 1oz (28gram) emas mampu membeli sebuah rumah. Ketika itu, harga barang mentah naik mendadak gara-gara hiperinflasi termasuklah emas. Kuasa beli matawang mereka pula jatuh teruk seolah-olah tidak lagi bernilai. Tetapi, penyimpan emas bertambah kaya!

FREE! Teknik Simpan Emas Serendah 1gram

Klik> Join Telegram Channel

SHARE untuk kongsi manfaat kepada semua. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 Jun 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit […]