RM, Duit Jatuh Nilai, Kenapa Simpan Emas?

RM atau Ringgit Malaysia jatuh nilai, akan tetapi ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu membeli emas. Kenapa perkara itu berlaku? Adakah menukarkan duit kepada emas itu langkah yang betul? Atau ia sekadar propaganda bagi menguntungkan peniaga emas? Kita bincangkan di sini..

Pendapat Tun Mahathir Tentang RM

rm

Jika anda membaca buku yang ditulis oleh Tun Mahathir (Bekas Perdana Menteri Malaysia) yang berjudul Doctor In The House, chapter Currency Crumble, beliau mengatakan bahawa matawang hanyalah sehelai kertas yang tidak bernilai. Matawang mempunyai nilai apabila kita “percaya” bahawa ia mempunyai nilai. Itulah yang dinamakan sistem wang fiat.

“That’s thing about paper currency – it’s not worth anything itself. It has value because, and only for as long as, people believe it does. That’s how money work”

Tun Mahathir (Doctor In The House)

Anda pasti pernah mendengar tentang krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang melanda asia tenggara. Ketika itu, ringgit cuba dimanipulasikan oleh forex trader yang menjatuhkan nilai ringgit daripada paras rm2.50/usd jatuh ke paras rm4.00/usd. Tun Mahathir bertindak menambat nilai ringgit dengan emas, lalu ringgit stabil ke paras rm3.50/usd.

Daripada peristiwa itu, kita boleh belajar bahawa emas mampu meningkatkan nilai matawang. Apatah lagi jika kita sendiri yang menyimpan emas sebagai simpanan kekayaan keluarga kita.

BACA: Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas

Pendapat Pakar Kewangan Robert Kiyosaki

Robert Kiyosaki merupakan seorang tokoh kewangan dunia yang terkenal juga penulis buku bestseller berjudul Rich Dad Poor Dad. Beliau dengan keras menyatakan bahawa “money saver are losers.” Duit kertas adalah duit ciptaan kerajaan yang gagal menyimpan nilainya. Ini kerana duit kertas boleh dicetak oleh kerajaan dan menyebabkan susut nilai (inflasi).

Robert Kiyosaki percaya bahawa emas adalah duit ciptaan tuhan dan magnet kekayaan sebenar. Emas tiada risiko inflasi atau susut nilai kerana ia mempunyai nilai intrinsik yang tidak bergantung pada kerajaan. Emas boleh dijadikan sebagai pelindung kekayaan kita daripada kesilapan atau ketidak-bijaksanaan kerajaan menguruskan kewangan negara.

BACA: Emas Pelaburan Robert Kiyosaki

Strategi Putin Kukuhkan Matawang Russia

Sebagaimana yang diketahui dunia, invasi ke atas Ukraine telah menyebabkan negara-negara barat mengenakan sekatan kewangan yang paling teruk dalam sejarah ke atas Russia. Pada fahaman kita, sudah tentu matawang rubble (Russia) akan jatuh teruk dan bangkrap akibat tekanan ekonomi barat. Tetapi..

Putin lebih bijak ekonomi apabila beliau memisahkan Russia dari sistem kewangan dunia dengan menambah rizab emas ke dalam bank negara Russia. Hasilnya, nilai matawang rubble semakin kuat mengalahkan nilai dolar Amerika.

Daripada peristiwa perang Ukraine, kita boleh belajar bahawa sekatan ekonomi boleh memiskinkan sesebuah negara. Manakala emas pula boleh meningkatkan kekayaan kita ketika di landa krisis ekonomi.

BACA: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas

rm

Lindungi RM Anda Atau Tunggu

Ada beberapa cara bagi mengukuhkan nilai ringgit. Namun sayangnya cara-cara tersebut hanya boleh dilakukan oleh golongan yang berkuasa dan pemerintah. Sebagai rakyat biasa seperti saya tidak mampu melakukan apa-apa selain menukarkan duit simpanan kepada emas fizikal. Bertindak adalah lebih baik daripada sekadar menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Kesimpulannya, emas memberi banyak manfaat kepada kita ketika kejatuhan nilai ringgit dan ketidak-tentuan ekonomi negara.

Teknik Kumpul Emas Serendah RM100

Join> Telegram Channel

Jika bermanfaat, sila COMMENT dan SHARE. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
17 Mei 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Ringgit Jatuh, Kenapa Simpan Emas? […]