Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas

Insuran sebenar bertujuan untuk meringankan beban dari sudut kewangan apabila di timpa sebarang malapetaka atau musibah. Ramai orang salah ertikan konsep insuran sebagai “perlindungan.”

Jika sesuatu tempat mengalami bencana banjir, adakah insuran mampu melindungi rumah seseorang dari di masuki air banjir? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban mangsa banjir dari sudut kerugian kewangan dan harta benda.

Akan tetapi, insuran tidak mampu melindungi kejatuhan nilai ringgit. Sedangkan duit simpanan kita dalam bank, ASB, Tabung Haji, SSPN, saham dan lain-lain, sentiasa terdedah kepada risiko susut nilai di hakis inflasi setiap tahun!

Saya akan kongsikan cara melindungi kekayaan kita mengikut pendapat pakar-pakar kewangan dunia.

Insuran

Kita Tertipu Dengan ‘Nombor’ Duit Kertas

Jika kita menyimpan duit dalam bank, walaupun nombornya atau jumlah duit bertambah setiap tahun dengan pembahagian dividen, hakikatnya kuasa belinya semakin susut disebabkan inflasi. Malah menjadi lebih teruk jika di ambil kira faktor kejatuhan nilai ringgit.

“Nilai duit bukan pada kertasnya”

Buku Wang Emas

Sebagai contoh pada tahun 2015, dividen sekitar 5-8% setahun, tetapi ringgit jatuh sekitar 30% pada tahun yang sama. Lalu menyebabkan harga barang dalam negara naik tidak kurang 10%. Dividen akan menambah jumlah bilangan duit kita, namun hakikatnya nilai kekayaan kita semakin berkurang!

Baca artikel : Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas

Insuran

Konspirasi Di Sebalik Wang Kertas

Menurut seorang ulama yang banyak mendedahkan “konspirasi” tentang sistem kewangan dunia bernama Sheikh Emran Hossein. Beliau lantang bersuara untuk mengembalikan emas kepada fungsinya yang sebenar iaitu sebagai medium transaksi menggantikan wang kertas.

Usaha ini perlu bermula dengan membudayakan masyarakat kita supaya menjadikan emas sebagai simpanan menggantikan simpanan wang kertas dalam akaun bank.

“Savers are losers”

-Robert Kiyosaki (Tokoh kewangan, penulis Rich Dad Poor Dad)
Insuran

Emas Sebagai Insuran Kekayaan Sebenar

Ingatkah anda teori 1 dinar emas? 1 dinar (emas seberat 4.25gram) mampu membeli seekor kambing pada zaman nabi Muhammad SAW. Sehingga hari ini, harga 1 dinar masih mampu membeli seekor kambing walaupun dalam tempoh masa yang lama. Emas terbukti mengekalkan kuasa beli sejak 1,400 tahun yang lampau.

Baca artikel : 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

“Emas kalau harganya jatuh, ia adalah emas (Dan tetap bernilai). Duit kertas yang kita pakai, kalau nilainya jatuh, ia adalah kertas!”

Mohd Zulkifli Shafie (Wang Emas)

Info Emas Di Telegram Channel

Free!>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 Januari 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas […]

trackback

[…] Baca di sini: Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Duit Kertas […]

trackback

[…] BACA: Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas […]