Duit memang penting dalam kehidupan seharian kita. Tidak ada orang yang membeli barang keperluan seharian menggunakan emas sebagai bayaran. Kita akui duit mesti ada bagi menampung perbelanjaan seharian kita. Namun, duit mempunyai risiko hilang nilai jika kita jadikan ia sebagai simpanan atau tabungan jangka masa panjang.
Ringgit Pernah Jatuh 50% Setahun

Ketika kegawatan ekonomi asia pada tahun 1997, matawang ringgit telah jatuh dari RM2.50/usd kepada RM4.72/usd pada tahun 1998. Dalam tempoh setahun saja, ringgit pernah jatuh nilai sekitar 50%. Krisis itu berpunca dari serangan pedagang matawang asing.
Sejarah itu membuktikan ringgit pernah berada dalam keadaan bahaya. Kita boleh contohi matawang negara lain yang terkesan dari krisis tersbut dengan melihat matawang mereka seperti Baht (Thailand), Rupiah (Indonesia), Won (korea) yang menggunakan denominasi(nombor) besar akibat hiperinflasi.
Krisis tersebut mengajar kita bahawa matawang sangat berisiko jatuh nilai dalam jangka masa panjang. Rugi simpan duit lama-lama.
Duit Di Hakis Inflasi Setiap Tahun
Dari sudut ekonomi, inflasi sangat penting bagi sebuah negara yang membangun. Tetapi inflasi mesti berkadar rendah. Jika kadar inflasi tinggi, bermaksud negara itu sedang mengalami keruntuhan ekonomi atau bankrap!
Inflasi memberi kelebihan kepada ekonomi negara, tetapi memberi keburukan kepada nilai duit simpanan kita. Jika kadar inflasi setahun bersamaan 4-5%, bermaksud kita akan kehilangan nilai duit kita 4-5% setahun. Jika kita menyimpan duit dalam jangka masa panjang selama 10 tahun, bermaksud kita telah kehilangan nilai duit simpanan sebanyak 40-50%. Separuh kekayaan kita akan hilang!

Jangka Hayat Wang Kertas
Saya juga terkejut dengan kenyataan yang di keluarkan oleh dollardaze.org, yang mengatakan bahawa wang kertas mempunyai jangka hayat purata 27 tahun. Dan jangka hayat terpendek ialah selama 1 bulan saja!
Menurut kajian, sebanyak 775 wang kertas telah di cipta setakat ini, 20% daripadanya gagal akibat hiperinflasi, 21% di hapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi, dan hanya 23% masih di gunakan dan bakal mengalami salah satu dari malapetaka yang di sebutkan tadi.
Bukannya menakut-nakutkan, tetapi itulah yang berlaku dalam sejarah matawang dunia. Asalkan duit itu di perbuat dari “Kertas” maka, kertas akan berakhir jadi kertas yang tidak bernilai.
Solusi Kelemahan Simpan Duit
Mungkin bagi anda, kelemahan wang kertas sangat sukar di fahami. Namun, solusinya sangat mudah. Kita cuma tukarkan wang simpanan kita kepada simpanan emas. Kenapa emas?
Sejak 1,400 tahun lepas hingga hari ini, 1 keping dinar emas masih kekal membeli seekor kambing. Emas tidak akan menjadikan kita miskin tetapi menjadikan kuasa beli kita berkekalan selama beribu-ribu tahun. Kerana emas tidak mengalami inflasi seperti wang kertas.

Berapa Banyak Emas Anda Perlu Di simpan?
Mentor wang Malaysia, tuan Azizi Ali sarankan supaya kita mesti ada sekurang-kurangnya 10% simpanan emas dari kekayaan kita. Tokoh kewangan dunia, Robert Kiyosaki pula saran 25% dalam bentuk emas. Manakala, pakar pelaburan Mike Maloney saran 50% dari kekayaan kita mesti di simpan dalam bentuk emas fizikal.

Info emas terkini di Telegram Channel
FREE join hari ini!
Tambah ilmu lagi:
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 Oktober 2021
[…] Baca artikel : Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas […]
[…] Cara menyelamatkan kekayaan kita dari jatuh miskin, baca di sini> Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas […]
[…] Tambah ilmu: Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas […]
[…] Baca Tentang Emas: Duit Simpanan Tidak Berbaloi, Simpan Emas […]