Barang kemas sudah sinonim dalam masyarakat melayu sejak dulu lagi. Tidak di nafikan barang kemas juga menjadi lambang perhiasan dan sangat menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang. Tetapi itu dulu, adakah zaman sekarang barang kemas masih menguntungkan?
Seorang puan whatapps saya untuk dapatkan nasihat tentang isu jual semula gelang emasnya. Puan itu merasa rugi apabila menjual semula gelang emas 999 miliknya. Apabila kedai emas Habib dan Tomei memotong harga sebanyak 21% dari harga emas semasa ketika menjualnya. Memang rugi sangat!
Kes seperti di atas membuktikan bahawa bukan semua jenis emas menguntungkan. Salah beli emas pasti rugi!
4 Kerugian Membeli Barang Kemas
Tujuan utama emas perhiasan untuk wanita berhias dan cantik apabila di pakai. Namun, emas perhiasan zaman sekarang tidak sesuai sebagai pelaburan atas beberapa sebab berikut.
1 – Harga Per Gram Lebih Mahal
Harga barang emas perhiasan lebih tinggi berbanding emas pelaburan kerana harganya mengikut persatuan pekedai emas. Harga yang di tetapkan rata-ratanya 10 hingga 15 peratus lebih mahal dari harga emas pelaburan, sama ada goldbar atau syiling dinar. Anda boleh membuat perbandingan di kedai-kedai emas kegemaran anda.
2 – Kadar Spread Sangat Tinggi
Kadar spread (Biasa di panggil sebagai “susut nilai“) akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu jika berlaku kenaikan harga emas semasa.
Spread barang emas biasanya sekitar 21% (Seperti kes Puan B di atas). Ada juga pekedai emas yang mengenakan spread yang mencecah sehingga 40%. Katakan harga emas naik 15%, maka pembeli barang kemas masih rugi sekitar 10% (Spread 25% – 15% Kenaikan harga).
Jika di bandingkan dengan emas pelaburan, kadar spread sangat rendah iaitu di bawah 10%. Malah semakin berat goldbar itu maka semakin rendah kadar spreadnya serendah 6%.
3 – Kos Upah Di Manipulasi
Jika kita masuk ke kedai emas, harga yang di paparkan belum termasuk kos upah. Kos upah bermaksud caj pembuatan emas perhiasan. Kos upah bergantung pada kehalusan reka bentuk barang kemas tersebut. Semakin halus dan rumit reka bentuknya maka semakin mahal kos upah yang di kenakan.
Kos upah juga tergantung pada pekedai emas, maka ia boleh di manipulasikan. Jika harga emas mahal, pekedai boleh rendahkan kos upah. Manakala jika harga emas turun rendah, pekedai boleh naikkan kos upah. Bermaksud, jika harga emas sedang rendah, kita tetap membayar pada harga yang mahal. Rugi!
Kos upah akan merugikan kita walaupun tujuan beli barang kemas sebagai simpanan atau pelaburan.
“Apabila ke kedai emas, jangan lupa tanya sudah termasuk kos upah atau belum”
Tips membeli barang kemas
4 – Harga Barang Kemas Lambat “Update” Mengikut Pasaran Semasa
Biasanya jika harga emas dunia naik, maka harga barang kemas akan terus naik! Tetapi jika harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat update harga dan barangkali kekalkan harga tinggi sehingga beberapa minggu. Anda boleh sentiasa bandingkan harga emas dunia di goldprice.org dan harga emas di kedai kegemaran anda.
Berbeza dengan harga emas pelaburan yang harganya di update setiap hari. Seperti syarikat pengeluar emas di Malaysia iaitu Public Gold yang aktif meng-update harga emas mereka mengikut pergerakkan harga pasaran emas dunia. Harga emas Public Gold di-update setiap 20 minit, atau 72 kali sehari mengikut pergerakkan harga emas sebenar dunia.
Bagi pelabur, pergerakkan harga emas yang tepat sangat penting bagi meraih keuntungan.
Itulah 4 faktor utama yang menyebabkan barang kemas tidak sesuai sebagai pelaburan. Semoga bermanfaat!
Tambah ilmu di artikel ini:-
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 September 2021
[…] merujuk kepada logam emas tulen. Sama ada dalam bentuk jongkong, syiling (Dinar Dirham), atau barang kemas. Emas fizikal tersebut boleh kita pegang di tangan dan simpan. Kelebihannya […]
[…] Tambah ilmu: Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan […]
[…] Tentang barang kemas, anda boleh baca di link> Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan […]
[…] Bacaan Rekomendasi: Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan […]