Zakat Emas, ASB, Perak, KWSP, LTAT | Cara Kira

Zakat merupakan rukun Islam yang ke-empat. Wajib ditunaikan bagi orang yang mempunyai kelebihan harta. Oleh itu, saya kongsikan ilmu asas dan cara pengiraan yang betul.

Pergertian Zakat

Dari segi bahasa bererti “Bersih, Subur dan Berkembang

Manakala dari segi syarak, “zakat ialah nama bagi kadar harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

Syarat-Syarat

  1. Islam – Dikenakan ke atas orang Islam sahaja.
  2. Merdeka – Orang Islam yang merdeka sepenuhnya.
  3. Sempurna Milik – Harta yang dimiliki mampu dikawal sepenuhnya oleh seseorang.
  4. Cukup Nisab – Paras minima bersamaan berat 85gm nilai emas semasa.
  5. Cukup Haul – Genap setahun Qamariah(masihi) atau Hijri(hijrah) harta itu disimpan.

Tujuan Memberi Zakat

  • Mengagihkan sebahagian kecil dari kekayaan dari golongan berada kepada golongan kurang berada.
  • Membersihkan diri dan menyuburkan harta.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan Allah swt di kalangan golongan berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah swt di samping perhubungan antara manusia dan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalm bentuk kewangan.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberikan masyarakat satu cara menguruskan ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah swt.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakah.

Cara Kira Zakat Emas

a) Emas yang tidak digunakan/ dipakai (Simpan).

Walaupun sekali dipakai dalam tempoh setahun masih dianggap emas simpan. Jika nilai emas bersamaan atau melebihi 85gram dan di simpan selama setahun (tempoh haul), maka wajib mengeluarkan zakah dengan kadar 2.5% atau 2.577% daripada nilai emas keseluruhan.

Contoh pengiraan seperti pada gambar:

zakat

b) Emas Yang Dipakai/ Perhiasan

Emas yang dipakai bertujuan perhiasan diri tidak dikenakan zakat. Tetapi jika berat emas melebihi ‘uruf’ maka zakat akan ditetapkan.

‘Uruf’ bermaksud adat kebiasaan masyarakat setempat memakai emas. Kadar uruf di negeri Sabah ialah 152 gram. Kadar zakah ialah 2.5% atau 2.577%. Anda boleh periksa nilai uruf di pusat zakah negeri masing-masing.

Tambah ilmu: Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan

Cara Kira Zakat Perak

Bagi logam perak (silver), sama ada dipakai sebagai perhiasan atau disimpan sebagai perhiasan dalam tempoh setahun dan melebihi nisab maka pengiraannya berasaskan nilai barang perak tersebut.

Nisab bagi perak bersamaan atau melebihi 595gram. Kadar zakah ialah 2.5% atau 2.577%.

Contoh pengiraan sperti pada gambar:

Cara Kira Zakat ASB, Wang Simpanan

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan sama ada simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

Zakat yang dikenakan 2.5% atau 2.577% daripada jumlah baki simpanan terendah dalam tempoh setahun yang bersamaan atau melebihi nisab pada tahun tersebut. Nisab berbeza setiap tahun dan biasanya, akan diumumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri setiap tahun. Anda boleh rujuk Majlis Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Contoh kiraan:

Harga 85gram emas pada bulan Januari 2021 ialah RM20,579.75

zakat

Baki terendah dalam akaun simpanan ialah RM25,900 x 2.5% = RM647.50 (Zakah perlu dikeluarkan)

Cara Kira Zakat KWSP & LTAT

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) & Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diwajibkan zakat apabila wang dikeluarkan daripada simpanan tersebut.

Ia berkonsepkan zakat simpanan atau matawang. Matawang kertas telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam perniagaan sebelum kedatangan Islam. Matawang emas dikenali sebagai dinar dan dirham (matawang perak).

Tambah ilmu: Dinar VS Dirham, Apa Perbezaan Ketara

Setelah Rasullullah SAW diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah di iktiraf sebagai matawang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Syarat sempurna milik akan dipenuhi apabila wang dikeluarkan daripada KWSP & LTAT. Pengiraan sperti di pada gambar:

zakat

Ilmu Percuma di Telegram Channel

Klik> Join Channel

Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 April 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments