PublicGold, Prihatin Lancar Wafer Emas Tabung Kasih Prihatin

PublicGold dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) telah melancarkan wafer emas bagi mengumpul dana Tabung Kasih Prihatin untuk aktiviti program berkenaan.

Wafer emas “Prihatin Duo Hearts” yang telah dilancarkan boleh dijadikan simpanan jangka masa panjang selain dijadikan sebagai hadiah yang boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Ghazali, “Rekaan hati ini dipilih kerana melambangkan kesucian dan keikhlasan hati pembeli, sedikit sebanyak pembelian ini akan disalurkan ke Tabung Kasih Prihatin.”

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Puteri Raja Muda Perlis Tengku Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Jamulallail.

Kumpulan PublicGold merupakan sebuah syarikat jual beli emas No.1 di Malaysia. Ditubuhkan sejak tahun 2008 dan masih beroperasi sehingga kini iaitu selama 16 tahun bertapak di Malaysia.

Konsepnya sama seperti kedai emas. Cuma Public Gold lebih fokus kepada emas pelaburan seperti goldbar dan dinar berbanding barang kemas.

Emas jenama Public Gold merupakan antara emas yang termurah di Malaysia. Ia mudah didapati kerana stoknya sentiasa ada tanpa had kerana cawangannya banyak.

Setakat hari ini, Public Gold mempunyai 18 cawangan di Malaysia dan 4 cawangan di Indonesia. Lokasinya di serata Malaysia termasuk:

  • Alor Setar, Kedah
  • Sungai Petani, Kedah
  • Relau, Penang
  • Ipoh, Perak
  • Kota Bharu, Kelantan
  • Kuala Terengganu
  • Kuantan, Pahang
  • Sunway, Selangor
  • Bangi, Selangor
  • Ampang, Kuala Lumpur
  • Seremban, Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor Bharu
  • Kuching, Sarawak
  • Miri, Sarawak
  • Kota Kinabalu, Sabah

Cawangan di Indonesia setakat ini lokasinya berada di Jakarta, Surabaya, Yogyakarta, Banjarbaru. Menariknya, boleh beli emas Public Gold di Malaysia dan jual di Indonesia tanpa masalah.

Antara program Public Gold yang terbaik ialah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Ia serupa dengan akaun simpanan yang ditawarkan oleh bank. Cuma akaun GAP simpan emas, bukan duit kertas.

Akaun emas GAP sangat memudahkan pembeli emas yang hendak menabung emas bajet rendah secara konsisten setiap bulan. Emas disimpan dalam akaun secara percuma tanpa perlu sewa ‘safety deposit box’

Program tersebut telah menggalakan rakyat Malaysia menabung emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Ia mesra rakyat dimana mampu dimilik dari pelbagai lapisan masyarakat.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

Free>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 Mac 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments