Soalan Newbie, Sebelum Mula Simpan Emas

Soalan pasti ada bagi newbie atau orang yang baru mengenal atau hendak mula menyimpan emas. Sangat penting untuk mempunyai ilmu terlebih dulu sebelum menyimpan atau melabur emas.

Di Malaysia, cara paling mudah, murah, selamat, serta patuh shariah ialah menyimpan emas melalui program Akaun Emas GAP di Public Gold.

BACA Rekomendasi: Public Gold, 7 Kelebihan Menguntungkan

Buat masa ini, Public Gold merupakan syarikat yang paling boleh dipercayai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2008 sehingga sekarang, iaitu 15 tahun bertapak di Malaysia.

soalan

Sehingga hari ini, sekitar 900,000 orang telah berdaftar dengan Public Gold sebagai pelanggan emas dan perak fizikal. Reputasinya sudah sangat kukuh di Malaysia sehingga tembus ke pasaran Indonesia.

BACA Rekomendasi: Branch, Alamat Public Gold Seluruh Malaysia

Bagi memudahkan jual beli, Public Gold menyediakan transaksi jual beli emas dan perak secara online. Juga mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Indonesia.

Soalan 1 – Adakah Public Gold Sama Dengan Public Bank?

Tidak! Public Gold Marketing Sdn Bhd tiada kaitan dengan mana-mana bank. Public Gold ialah syarikat jual beli emas dan perak fizikal saja.

Soalan 2 – Apakah Akaun Emas GAP?

GAP bermaksud gold accumulation program. Kaedah simpan emas fizikal dalam akaun. Ia seakan sama dengan akaun bank. Cuma, akaun GAP simpan emas fizikal dan bukan simpan duit kertas.

Soalan 3 – Adakah Harga Emas GAP Ikut Harga Emas Dunia?

Harga emas GAP berubah setiap 24 jam iaitu pada pukul 12 tengah malam mengikut pergerakkan harga emas dunia ketika itu.

Walaupun harga emas dunia naik atau turun di siang hari, harga emas GAP kekal sehingga pukul 12 tengah malam berikutnya.

Soalan 4 – Adakah Wajib Beli Emas Setiap Bulan?

Tidak! Tiada komitmen bulanan. Kita boleh beli emas pada bila-bila masa yang kita suka. Walaupun sudah berbulan-bulan tidak beli emas GAP, akaun masih kekal aktif.

Jumlah belian serendah RM100, dan terpulang pada kita seberapa banyak gram pun. Tiada had maksima.

Soalan 5 – Adakah Simpanan Emas Hangus Jika Meninggal Dunia?

Tidak! Jika berlaku kematian, waris yang dilantik sebagai pentadbir harta pusaka boleh hadir ke mana-mana cawangan Public Gold untuk menuntut simpanan emas akaun GAP si mati.

Soalan 6 – Bolehkah Simpan Emas GAP Tanpa Keluarkan Dari Akaun?

Boleh! Tiada upah simpan dikenakan. Simpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma sampai bila-bila tanpa had masa.

Emas dalam akaun GAP boleh dijual atau dipajak terus secara online. Duit hasil jualan/pajak emas akan di bank-in masuk ke dalam akaun bank anda.

Adakah Akaun GAP Dilindungi PIDM?

Tidak! PIDM hanya melindungi syarikat perbankan dan tidak melindungi syarikat jual beli emas. Semua emas di Public Gold dilindungi insuran oleh Lonpac Insurance berhad.

Bonus! Bila Tempoh Matang Untuk Jual Emas Saya?

Tiada tempoh matang! Simpanan emas adalah milik kita sepenuhnya. Kita boleh keluarkan emas fizikal, jual atau pajak gadai pada bila-bila masa yang kita mahu.

Daftar Percuma Akaun Emas GAP

Info lanjut dan daftar percuma: Sila ke website official saya> Klik DAFTAR

Jika Anda Perlu Bimbingan, Join Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota kinabalu,Sabah
10 Januari 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments