Pajak Gadai Terbaik Mesra Emas Public Gold

Pajak gadai semakin banyak di buka di merata tempat di Malaysia. Sebaik-baik pajak gadai emas, kita mesti pilih pajak gadai yang berkonsep Islamik yang dinamakan Ar-Rahnu.

Banyak kelebihan Ar-Rahnu seperti tiada unsur riba, proses yang mudah dan cepat, upah simpan rendah, pembayaran fleksibel, serta patuh shariah.

Emas adalah ‘duit tunai‘ juga iaitu dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya. Jika kita perlu duit tunai segera, kita boleh jual emas atau gadai di Ar-Rahnu.

pajak gadai Public Gold

Bila ada duit nanti, kita boleh tebus semula emas dari Ar-Rahnu. Emas itu masih milik kita. Jika harga emas naik, malah kita akan merasa untung walaupun emas di pajak gadai.

BACA Rekomendasi: ArRahnu, Teknik Pajak Emas Kos Rendah

Sehingga hari ini, jenama emas yang paling laris dan banyak transaksi jual beli serta disimpan oleh rakyat Malaysia ialah jenama Public Gold. Disebabkan oleh reputasinya yang kukuh sehingga hari ini.

Mentor wang Tuan Azizi Ali iaitu tokoh kewangan tersohor di Malaysia juga mengesyorkan untuk beli emas jenama Public Gold.

Pajak Gadai Mesra Public Gold

Berdasarkan pemerhatian saya, penyimpan emas jenama Public Gold mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang simpan emas jenama lain di Malaysia.

5 institusi Ar-Rahnu menerima emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik. Dalam kata lain, emas Public Gold tidak perlu diuji ketulenan seperti emas jenama lain:

Pos Ar-Rahnu merupakan syarikat pertama yang menerima emas Public Gold tanpa perlu uji ketulenan terlebih dahulu. Di ikuti dengan empat Ar-Rahnu lain yang sudah mesra emas Public Gold.

pajak

Saya percaya bahawa senarai ini akan bertambah di masa akan datang kerana reputasi Public Gold yang semakin kukuh dan persaingan di antara Ar-Rahnu bagi mendapatkan peluang bisnes.

Sudah tentu penyimpan emas Public Gold akan memilih Ar-Rahnu yang menerima emas mereka tanpa perlu membuka plastik dan seal. Lebih jimat masa dan kondisi emas terjaga dengan baik!

Pajak Gadai Letak Syarat Buka Seal

Selain Ar-Rahnu di atas, banyak lagi Ar-Rahnu lain yang menerima emas Public Gold. Akan tetapi mereka meletakkan syarat membuka sarung plastik seal bertujuan menguji ketulenan. Contohnya:

Walaupun gadai goldbar di Ar-Rahnu perlu buka plastik seal, ia jauh lebih berbaloi berbanding gadai barang kemas. Sebab, kadar spread dikenakan ke atas barang kemas lebih tinggi sekitar 25%. Emas Public Gold hanya 10% walaupun telah dibuka plastik seal.

Apabila emas telah dibuka seal dan sarungnya, ia telah dikategorikan sebagai emas terpakai. Maka syarikat emas akan mengenakan kadar spread 25% bagi emas terpakai.

Bagi jenama emas yang dijual oleh bank, pihak bank langsung tidak akan beli balik emas terpakai yang telah dipotong sarung dan sealnya.

Emas Public Gold Mesra Ar-Rahnu

Kini Public Gold telah mengeluarkan produk gold bar dan dinar yang mesra Ar-Rahnu. Iaitu dengan menggunakan casing yang boleh dibuka tanpa perlu memotong seal.

pajak dinar public gold

Bermaksud, emas boleh dikeluarkan daripada casing pada bila-bila masa saja, terutamanya ketika diuji ketulenan oleh pihak Ar-Rahnu. Ia lebih memudahkan lagi proses pajak gadai.

Ar-Rahnu Tidak Terima Goldbar & Dinar

Namun, ada satu Ar-Rahnu yang tidak menerima gadaian emas Public Gold dan semua jenis gold bar atau dinar pelbagai jenama. Iaitu Ar-Rahnu Yapiem.

Mereka menerima gadaian semua jenis barang kemas termasuk gold bar dan dinar keluaran Yapiem saja. Itulah syarat yang dikenakan oleh mereka dan kita harus menghormatinya.

BACA Rekomendasi: Emas 999 Atau Emas 916 Lebih Untung

Setiap Ar-Rahnu mempunyai syarat dan polisi masing-masing. Dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Maka kita perlu semak polisi yang terkini di website Ar-Rahnu tersebut.

Cara paling mudah untuk semak ialah di Google dan telefon terus. Mudah!

PERCUMA! Tips Emas Terkini Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 Disember 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments