ArRahnu, Teknik Pajak Emas Kos Rendah

ArRahnu merupakan tempat pajak gadai emas yang berkonsepkan Islamik. Maka ia lebih murah daripada kedai Pajak Gadai Konvensional. Jika anda perlukan “duit tunai segera” maka pilihan terbaik ialah gadai emas anda di Ar-Rahnu.

Salah satu kelebihan pelaburan emas ialah emas mudah ‘dicairkan‘ (ditukar semula kepada duit tunai). Sekitar 15 minit saja, anda boleh dapat tunai segera!

Beza ArRahnu Dan Pinjaman Bank

arrahnu

Katakan anda mempunyai syiling 1 dinar emas dan tiba-tiba anda emergency perlu duit segera. Kemudian anda membawa syiling 1 dinar tersebut ke kedai pajak gadai Ar-Rahnu. Ar-Rahnu pun memberikan anda duit tunai berbentuk pinjaman bercagarkan 1 dinar emas. Lalu anda pun belanjakan duit tersebut.

Apabila tiba hari gaji, anda pun pergi ke Ar-Rahnu tadi untuk menebus semula 1 dinar emas. Apa yang anda perlu buat cuma membayar semula pinjaman ditambah kos upah simpan. Lalu anda dapat semula 1 dinar emas anda. Kelebihannya, simpanan emas anda tidak berkurang!

Baca info Penting: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

Berbeza dengan pinjaman bank, di mana kita perlu sertakan slip gaji untuk memohon apa-apa bentuk loan. Tempoh untuk mendapatkan loan juga memakan masa berminggu-minggu. Kita akan rasa terbeban ketika membayar semula loan tersebut kerana perlu membayar bunga (interest rate) yang tinggi.

Bagi yang beragama Islam, konsep bunga (Interest rate) bagi pinjaman konvensional adalah salah satu bentuk riba. Dengan wujudnya Ar-Rahnu, maka sebagai muslim, kita ada pilihan untuk mengelakkan riba dalam kewangan kita.

Pengalaman Pajak Gadai Emas Pos ArRahnu

Saya juga pernah mengalami detik-detik terdesak perlu pakai duit segera. Nasib baik simpanan emas menjadi penyelamat. Berkat kesabaran simpan emas, sangat meringankan beban kewangan ketika saya terdesak perlu pakai duit.

Apa Yang Perlu Bawa?

Anda cuma perlu bawa emas + sijil ketulenan (jika ada) + resit belian asal. Sesetengah Ar-Rahnu tidak perlu resit belian asal seperti Pos ArRahnu.

Apa Jenis Emas Yang Diterima ArRahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), goldbar, dinar atau syiling emas. Asalkan emas tulen sama ada gred 999, 916, hingga 750. Sesetangah Ar-Rahnu hanya terima barang kemas saja. Pos Ar-Rahnu terima semua jenis emas (setahu saya).

Berapa Banyak Pinjaman Diberi?

Biasanya, sekitar 65% sehingga 70% atas nilai emas semasa (nilai marhun) yang dipajak. Penting untuk anda tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas, tetapi berdasarkan harga emas yang ditetapkan oleh Ar-Rahnu itu sendiri. Maksudnya, harga emas setiap Ar-Rahnu sudah tentu berbeza.

Baca info PENTING: Emas 999 Atau Emas 916 lebih Untung?

Kebanyakan Ar-Rahnu tidak memaparkan harga semasa mereka di laman web. Oleh itu, anda perlu menelefon atau pergi terus ke kedai untuk mengetahui harga semasa mereka. (Contoh harga emas semasa Pos Ar-Rahnu pada gambar di bawah)

arrahnu

Berapa Caj Dikenakan?

Caj yang dikenakan dipanggil ‘upah simpan‘. Seolah-olah pihak Ar-Rahnu tolong simpankan emas kita, namun hakikatnya ia adalah caj pinjaman. Cuma kaedahnya supaya patuh shariah. Secara umumnya, caj sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai marhun. Iaitu sekitar 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Info PENTING: Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan

Kelebihannya ialah caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Anda juga bebas untuk bayar upah simpan bila-bila masa sama ada dalam tempoh pajakan ataupun sekali gus semasa tebus emas itu nanti.

Berapa Lama Tempoh Pajakan?

Biasanya dalam tempoh 6 bulan. Sesetengah Ar-Rahnu melanjutkan tempoh sehingga 9-12 bulan. Apabila habis tempoh, anda perlu tebus semula emas anda atau emas anda akan dilelong. Jika anda perlu menyambung tempoh pajakan, dan perlu memperbaharui surat pajak.

arrahnu

Ilmu Emas di Telegram Channel

Klik> Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 Febuari 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: ArRahnu, Teknik Pajak Emas Kos Rendah […]