Korea selatan, selama 13 tahun tidak membeli emas. Tiba-tiba, bank pusat Korea mengumumkan untuk menambah rizab emas pada 3 Ogos 2026.
Bank of Korea (BOK) telah membuat pengumuman bahawa mereka telah membeli gold ETF dan emas fizikal domestik buat pertama kalinya sejak tahun 2013.
Minat terhadap membeli emas telah meningkat dengan ketara disebabkan risiko geopolitik baru-baru ini.
BOK pernah membeli 40 tan emas pada tahun 2011, 30 tan pada tahun 2012, dan 20 tan lagi pada tahun 2013. Kemudian, BOK telah berhenti membeli emas setelah itu. Alasannya sebab harga emas jatuh ketika itu.
Selama 13 tahun, BOK telah memegang rizab emas sebanyak 104.4 tan. Iaitu bersamaan nilai $4.79 bilion, yang mewakili 1.1% daripada jumlah rizab pertukaran asing mereka.
BACA LAGI: Siapa Pemilik Sebenar Emas Dunia? Bukan Barat Atau China
Negara-negara maju biasanya memegang rizab emas sebanyak 10% sehingga 20% daripada rizab pertukaran asing mereka. Amerika Syarikat menyimpan sebanyak 69% daripada rizabnya.
Jerman juga menyimpan rizab emas kira-kira 69%. Manakala Jepun menyimpan hanya 10% rizab emas. Korea Selatan jauh lebih rendah iaitu 1.1% sahaja.
Korea berhenti menyimpan emas selama 13 tahun kerana kerajaan mereka tidak bersetuju untuk menyimpan rizab emas. Kini, BOK menjadikan faktor risiko geopolitik sebagai keperluan untuk diversifikasi daripada dolar.
Dalam kata mudah, BOK sedang bertindak untuk melindungi ekonomi Korea daripada risiko geopolitik dengan menukarkan rizab dolar kepada rizab emas.
BACA LAGI: Petrodollar Secara Ringkas. Kesan Buruk Simpan Duit Dalam Bank
Walaupun BOK bukanlah pembeli emas terbesar di dunia. Namun, ia merupakan isyarat penting bahawa salah satu kuasa besar Asia yang bakal meningkatkan permintaan emas dunia.
Jika permintaan emas dunia meningkat, maka harga emas akan dijangka terus meningkat di masa depan.
Sejak tahun 2022, bank pusat secara global telah membeli kira-kira 1,000 tan emas setahun. Iaitu peningkatan 2 kali ganda dalam sejarah.
Pada suku kedua 2026 sahaja, bank pusat membeli 288.9 tan, suku kedua terbaik dalam rekod dan peningkatan 62% tahun ke tahun, menurut laporan Trend Permintaan Emas Suku Kedua 2026 WGC (World Gold Council).
Perlu Bimbingan Simpan Emas bajet RM100?
FREE>Daftar Di SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 Ogos 2026

