Amerika Tertekan Dorong Harga Emas Naik Ke Paras Tertinggi

Amerika tertekan akibat ketegangan Selat Hormuz yang berpanjangan telah meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi dan ketidaktentuan geopolitik. Kesannya, permintaan terhadap emas meningkat.

Emas dicatatkan meningkat sebanyak lebih 5% dalam tempoh seminggu saja. Hal ini berkait rapat dengan keputusan mengejut oleh Perbendaharaan AS untuk meningkatkan pembelian bon kerajaan berjangka lebih panjang.

Langkah tersebut telah menyebabkan hasil bon dan dolar AS menurun. Selain itu, ia telah menghidupkan semula strategi pelaburan yang memihak kepada aset fizikal seperti emas. Ketika keyakinan pelabur terhadap kuasa beli wang fiat semakin susut.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent memberi petunjuk bahawa kerajaan mungkin memperluaskan lagi program pembelian semula bon tersebut.

Beliau turut mengatakan bahawa pentadbiran AS akan memperkenalkan satu inisiatif fiskal yang bertujuan menangani kos pinjaman kerajaan yang tinggi dalam masa terdekat. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan pasaran.

Penganalisis ANZ berkata campur tangan Perbendaharaan AS turut meningkatkan kebimbangan mengenai kedudukan fiskal Amerika Syarikat (AS).

Kebimbangan pelabur telah memberi tekanan buruk kepada dolar AS. Dalam masa yang sama, telah meningkatkan harga emas.

Situasi ini lebih ketara apabila jumlah hutang kerajaan AS melepasi AS$40 trilion buat pertama kalinya. Di mana dolar AS telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih tiga bulan.

Amerika Tertekan, Emas Terlonjak

Menurut penganalisis ANZ, ETF bersandarkan emas mencatatkan aliran masuk harian terbesar sejak September 2025. Dan berlanjutan sehingga 5 minggu berturut-turut.

Pada masa yang sama, ketidaktentuan geopolitik terus menyokong permintaan terhadap aset yang dianggap sebagai penyimpan nilai. Iaitu emas.

World Gold Council juga menekankan kepentingan permintaan emas daripada bank pusat. Khususnya, ketika risiko geopolitik dan inflasi masih berada pada paras yang tinggi.

Ringkasan

Menurut pakar emas, Tuan Syukor Hashim telah memberikan ringkasan di laman sosial beliau tentang situasi pasaran emas seperti berikut:

  1. Hutang AS melebihi AS$40 trilion.

Kebimbangan pelabur terhadap kedudukan fiskal AS semakin meningkat. Ini menjadikan emas dilihat lebih menarik sebagai penyimpan nilai.

2. Dolar AS dan hasil bon tertekan.

Tindakan Perbendaharaan AS membeli bon jangka panjang menyebabkan hasil bon dan dolar AS menurun. Keadaan ini biasanya memberi sokongan kepada emas.

3. Permintaan pelabur semakin kukuh.

Aliran masuk ETF emas mencatatkan paras harian tertinggi sejak September 2025. Manakala, pembelian bank pusat juga mendorong kenaikan harga emas.

Kesimpulannya, semakin tinggi hutang AS, semakin banyak persoalan terhadap dolar dan dasar fiskal. Dalam situasi tersebut, emas kembali mendapat perhatian sebagai aset penyimpan nilai dan pelindung kekayaan.

Anda Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di SINI

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 Ogos 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted