Kiyosaki (penulis buku Rich Dad Poor Dad) telah membuat ramalan yang menggemparkan di laman X. Menyatakan harga emas berpotensi naik tinggi sehingga $35,000 seaun. Atau bersamaan kira-kira RM5,000 segram.
Robert T.Kiyosaki telah banyak membuat ramalan sepanjang tempoh kariernya. Ada ramalannya yang tepat, dan ada juga ramalannya yang tidak kesampaian.
Pada tahun 2025, beliau meramalkan harga silver bakal naik $70 setahun. Apa yang berlaku pada Januari 2026, harga silver telah naik $121 setahun. Lebih tinggi daripada ramalan beliau.
Beliau juga pernah memberi amaran keruntuhan kewangan, tetapi keruntuhan tersebut tidak berlaku seperti yang diramalnya. Cara beliau meramal harga emas tidak sama dengan ramalan institutsi pelaburan.
Beza Ramalan Kiyosaki & Institusi
Kebanyakan institusi seperti bank pusat, JPMorgan Global Research, Goldman Sachs Commodities Research, ramalan mereka hanya berdasarkan data kadar faedah, pergerakan nilai matawang, data aliran wang pusat dan permintaan ETF.
Ketika ini, harga emas berlegar di paras $4,168 seauns. Institusi Bank America meramalkan harga emas bakal naik ke paras $4,800 seauns. JPMorgan meramal $4,500 seaun, Goldman Sachs pula meramal $4,900 seaun bagi akhir tahun 2026.
Berbeza dengan Robert T.Kiyosaki yang meramal sehingga ke paras $35,000 seaun. Ramalan beliau jauh lebih tinggi daripada ramalan yang dibuat oleh institusi.
Ini kerana beliau tidak memerlukan faktor kadar faedah. Beliau mengambil kira faktor kejatuhan keyakinan terhadap matawang dolar. Kejatuhan dolar sudah tentu akan meningkatkan harga emas. Emas dan dolar sentiasa berkadar songsang.
Ramalan beliau lebih kepada hala tuju struktur. Bank pusat telah membeli 863.3 tan emas pada tahun 2025 (sumber World Gold Council). Ia merupakan pembelian ke-4 terbanyak yang pernah direkodkan.
Pada tahun 2022, perang Ukrain menunjukkan bahawa rizab dolar boleh dibekukan. Maka, bank pusat bertindak membeli 1,136 tan. Ia merupakan rekod tertinggi sejak tahun 1950. (sumber WGC).
Bank-bank pusat bukannya membeli emas atas sebab perlindungan daripada keruntuhan. Tetapi, mereka membeli emas untuk melarikan diri daripada sistem matawang yang tidak lagi boleh dipercayai sepenuhnya.
Adakah Ramalan Kiyosaki Sentiasa Benar?
Benar! Ramalan beliau adalah benar secara berulang-kali. Walaupun ada kalanya kurang tepat. Pada Julai 2024, beliau meramal harga emas naik daripada $2,400 kepada $3,300 menjelang Ogos 2025. Dan ianya benar-benar berlaku.
Pada awal tahun 2025, ketika harga silver di paras $35. Beliau meramal kenaikan ke paras $70. Apa yang berlaku kemudian, silver naik ke paras $121.67 menjelang Januari 2026.
Ramalannya cenderung hampir tepat dari sudut hala tuju. Tetapi, kurang tepat dari sudut tempoh masa. Oleh sebab itu, ramai pengikut mempercayai ramalan beliau di media massa.
Adakah Anda Perlu Beli Emas Sekarang?
Ya! Sekarang adalah masa terbaik untuk anda mula menyimpan emas. Dan, sekarang juga merupakan masa terbaik untuk menambah simpanan emas.
Harga emas kini hanya berlegar di sekitar $4,168 seaun. Masih rendah daripada ramalan Kiyosaki, bahawa harga emas bakal meningkat ke paras $35,000 seaun. Boleh dikatakan, harga emas sekarang masih rendah.
Bermaksud, kita masih berpeluang meraih keuntungan yang banyak di masa depan. Dengan bertindak, memulakan simpanan emas sekarang.
Emas dan perak fizikal tidak mempunyai risiko counter-parti. Sebab emas/perak tidak bergantung pada institusi perbankan, termasuk kerajaan.
Simpanan emas di luar sistem bank memberikan kita kelebihan kuasa beli kekal tinggi. Sebabnya, kekayaan emas di luar bank tidak tertakluk pada perubahan polisi kewangan bank.
Anda Perlu Bimbingan Menabung Emas Serendah RM100?
FREE>Daftar DI SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
05 Ogos 2026

