Petrodollar Secara Ringkas. Kesan Buruk Simpan Duit Dalam Bank

Petrodollar merupakan sistem matawang yang menghubungkan dolar AS (Amerika Syarikat) dan dagangan minyak mentah. Bermaksud setiap transaksi jual beli minyak mentah di dunia perlu menggunakan matawang dolar AS.

Oleh sebab minyak mentah merupakan komoditi yang paling banyak didagangkan di dunia, maka permintaan terhadap matawang dolar AS kekal tinggi di kalangan negara-negara pengimport mintak mentah.

Istilah “petrodollar” merujuk kepada dolar yang diperolehi oleh negara-negara pengeskport minyak daripada hasil jualan petroleum mereka. Kemudian, hasil jualan tersebut mengalir kembali ke dalam pasaran kewangan global. Terutamanya, US Treasury Bons. Proses ini dipanggil kitar semula petrodollar.

Mekenisme ini telah mengangkat status dolar AS sebagai matawang rizab dunia selama lebih daripada 50 tahun.

Bagaimana Petrodollar Bermula?

Untuk memahami bagaimana sistem ini bermula, kita perlu kembali pada tahun 1944. Perjanjian Bretton Woods telah mengikat dolar dengan emas pada harga $35 seauns. Sistem ini berfungsi dengan baik dan stabil selama dua dekad.

Namun, pada lewat 1960an, kestabilannya semakin retak. Bank pusat AS mengalami defisit dan rizab simpanan emas semakin berkurang akibat perbelanjaan perang Vietnam.

Situasi tersebut menyebabkan bank pusat negara-negara lain hilang kepercayaan terhadap dolar AS. Kemudian, menukarkan rizab dolar mereka kepada emas. Perkara ini pula di anggap ancaman yang melemahkan pengaruh dolar AS di dunia.

Pada Ogos 1971, Presiden Nixon telah bertindak memutuskan hubungan dolar dengan emas. Sekaligus, melanggar perjanjian sistem Breton Woods. Kerajaan AS telah melanggar perjanjian yang mereka buat sendiri!

Sejak itu, dunia telah hilang kepercayaan terhadap dolar. Sebab dolar tidak lagi bersandarkan emas. Sistem matawang dunia telah mengalami masalah yang besar. Tanpa emas, bagaimana dolar hendak kekal dominan?

Jawapannya ialah melalui minyak mentah. Pada tahun 1973, ahli OPEC Arab telah mengenakan embargo terhadap AS sebagai tindak balas terhadap sokongan ketenteraan Amerika kepada Israel semasa Perang Yom Kippur.

Kesannya, harga minyak meningkat sehingga empat kali ganda hanya dalam sekelip mata. Arab Saudi telah memperoleh lebih banyak dolar AS daripada perbelanjaan dalam negara.

Daripada cuba memaksa OPEC menurunkan harga, Herry Kisingger (Setiausaha AS) berusaha untuk memastikan limpahan kekayaan minyak kembali ke dalam sistem kewangan Amerika.

Pada bulan Jun 1974, AS dan Arab Saudi telah menandatangani perjanjian awam yang luas mengenai kerjasama ketenteraan dan ekonomi. Melalui diplomatik, perjanjian ini berkembang menghasilkan sistem petrodollar.

Sistem petrodollar terhasil pada tahun 1974, apabila William Simon (setiausaha perbendaharaan AS) terbang ke Jeddah untuk berunding tentang perjanjian kewangan. Arab Saudi akan menetapkan harga minyak, dan menjualnya menggunakan matawang dolar AS.

Sebagai balasan, AS menyediakan perlindungan ketenteraan dan kerjasama ekonomi. Serta pemimpin Saudi akan melabur hasil minyak mereka ke dalam US Treasury bonds.

Kesan Buruk Simpan Duit dalam Bank

Struktur asas Petrodollar telah dilemahkan oleh beberapa faktor secara serentak. Ia bukan perkara yang ajaib. Keruntuhan sudah dijangka sejak dolar AS diputuskan hubungan dengan emas.

Pengaruh rizab dolar jatuh. Pegangan rizab dolar bagi bank pusat dunia pernah memuncak pada tahun 2001, iaitu sekitar 75%. Menjelang tahun 2025, pegangan rizab dolar jatuh sekitar 57%. Merupakan rekod terendah dalam sejarah.

Negara-negara pengeksport minyak mempunyai lebih sedikit bahan untuk di kitar semula. Arab Saudi mengalami defisit kira-kira $33 bilion pada tahun 2025. Apabila negara pengeksport minyak mengalami defisit, ia mengurangkan pegangan rizab dan kitaran dolar.

China berdagang minyak tanpa dolar AS. China merupakan mengimport minyak terbesar dunia daripada Rusia, Iran, negara teluk. Tetapi transaksi perdagangan menggunakan matawang Yuan. Maka, pengaruh dolar semakin lemah.

Sekatan ekonomi AS. Apabila AS membekukan rizab bank pusat Rusia bernilai $300 bilion pada tahun 2022, ia memberi isyarat jelas kepada negara lain. Bahawa ekonomi negara berada dalam bahaya sekiranya disekat oleh AS. Lalu, banyak negara bertindak membina sistem matawang di luar sistem dolar.

Peralihan tenaga kepada solar, bateri dan angin. Apabila kos tenaga solar, bateri, dan angin semakin murah, maka permintaan terhadap minyak semakin menurun. Dengan permintaan minyak menurun, maka pengaruh dolar menurun.

Faktor-faktor di atas akan menurunkan kuasa beli matawang. Maka, semakin lama kita simpan duit dalam bank, semakin jatuh nilai kekayaan seseorang. Berdasarkan geopolitik sekarang, matawang berisiko digantikan kepada matawang lain.

Apakah komoditi yang bakal menggantikan keruntuhan sistem Petrodollar? Sebagaimana berlaku dalam sejarah, ia adalah emas.

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 Julai 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted