Harga Emas Susut 27%. Jangkaan Lebih Tinggi Tahun Depan

Harga emas susut sehingga 27% sejak ketegangan di Selat Hormuz kembali memuncak. Sepatutnya, krisis atau peperangan akan meningkatkan harga emas, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Pada awal tahun 2026, konflik AS-Iran menolak harga tenaga naik, di mana telah meningkatkan inflasi ke paras tertinggi. Inflasi yang tinggi sudah tentu menolak harga emas ke paras tinggi.

Namun, dolar menjadi kuat apabila Gold ETF terjual pada harga kira-kira $5.3 billion pada bulan Jun 2026. Menyebabkan lambakan emas di pasaran, maka harga emas jatuh.

Sungguhpun harga emas sedang turun sekarang, para pelabur menjangka kenaikan lebih tinggi di masa akan datang disebabkan 3 faktor utama.

Pertama, hutang global direkodkan meningkat ke paras $353 trilion setakat 2026. Apabila sesebuah kerajaan menanggung hutang yang begitu besar, dasar monetari terpaksa lebih longgar untuk mengawal inflasi.

Dalam persekitaran ini, emas menjadi pelindung nilai monetari yang sangat diperlukan.

Kedua, hubungan saham dan bon. Selama kira-kira 25 tahun, saham dan bon sentiasa bergerak bertentangan. Bermaksud, bon akan memberikan perlindungan apabila saham jatuh.

Tetapi, apa yang berlaku kini, hubungan tersebut telah berubah. Bon dan saham bergerak selari. Maka, pelabur perlu mencari aset alternatif lain untuk diversifikasi.

Maka, emas menjadi aset pilihan terbaik sebagai alternatif terbaik sebagai diversifikasi. Maka, permintaan. Emas dijangka meningkat atas faktor ini di masa depan.

Ketiga, permintaan emas fizikal daripada China dan bank pusat bagi negara-negara membangun. Konflik Iran telah mendorong China untuk mengimport emas dengan banyak.

Bank pusat menganggap penurunan harga sebagai peluang untuk menambah pegangan emas. Contohnya, Bank Rakyat China telah membeli sekitar 14.93 tan sebagai rizabnya dalam bulan Jun 2026.

Ia merupakan pembelian terbesar dalam sebulan sejak tahun 2023. Pembelian emas besar-besaran ini mewujudkan permintaan besar terhadap emas pada skala global dalam tempoh jangka masa panjang.

Jika ditambah ketiga-tiga faktor ini, harga emas berkemungkinan mencecah $4,750-$5,500 pada suku pertama tahun 2027.

Kajian di atas sebagaimana yang dikaji oleh State Street Investment Management. Harga emas dikatakan mempunyai 70% kebarangkalian untuk naik ke paras $5,500 seauns.

Adakah sekarang masa terbaik beli emas? Betul! Sekarang adalah masa terbaik untuk menambah simpanan emas. Iaitu dengan membeli emas pada harga rendah. Perlu diketahui bahawa situasi penurunan harga jarang sekali berlaku dalam sejarah harga emas.

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 Julai 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted