Matawang emas dijangka bakal dilancarkan akibat kejatuhan kuasa beli dolar AS (Amerika Syarikat) sebanyak 30% sejak 6 tahun lalu. China melihat perkara itu sebagai peluang terbaik untuk mengubah corak matawang dunia.
Sejak konflik yang berlaku di negara timur tengah, corak matawang dunia beralih arah. Kesan daripada konflik tersebut negara-negara di seluruh dunia telah hilang kepercayaan terhadap dolar AS.
China mengambil peluang mencipta platfom matawang digital baru yang bersandarkan nilai emas. Emas menjadi pilihan kerana ia merupakan aset yang terbukti kekal bernilai sejak beribu tahun yang lalu.
Sungguhpun Trump tidak mengakui kekalahannya ketika perang Iran. Hakikatnya, AS perlu membayar beratus billion dolar sebagai pampasan untuk membuka semula Selat Hormuz. Situasi ini menjadi pemangkin kepada dunia untuk berubah kepada emas.
BACA LAGI: Amerika Tewas, Perjanjian Damai Iran, Minyak Jatuh, Emas Naik.
Bank pusat China dilaporkan telah membeli emas secara aktif sejak 4 tahun lalu. Sejak Jun 2026, bank pusat China telah membeli emas dengan jumlah yang besar. Iaitu sekitar 10 tan emas dalam bulan Jun sahaja.
Bank pusat China secara aktif membeli emas sejak 19 bulan berturut-turut. Menjadikan jumlah rizab emas yang dipegang sebanyak 2,300 tan.
China bukan saja membeli emas sebagai pelindung nilai (hedge), malah mencipta sistem matawang baru yang bersandarkan emas.
BACA LAGI: Bukan Emas Makin Mahal, Tapi Duit Dicetak Banyak
Untuk memahami pembelian emas sangat penting dalam matawang, kita perlu mengimbau sejarah pengasasan matawang dolar. Di bawah sistem Bretton Woods, dolar AS dicetak bersandarkan nilai emas.
Maka, kerajaan asing boleh menukarkan emas kepada dolar AS pada kadar tetap sebanyak $35 seauns. Sistem ini telah menjadikan dolar AS sebagai kuasa monetari yang besar di peringkat dunia.
Kemudian, pada tahun 1971, Presiden Nixon (AS), telah memutuskan hubungan dolar dengan emas. Sejak itu, duit yang dicetak tidak lagi bersandarkan nilai emas. Sistem matawang baru ini dikenali sebagai sistem wang fiat, yang digunakan sehingga ke hari ini.
Sejak itu, dolar AS dikenali sebagai petro-dolar. Setiap petrol di negara timur tengah dijual menggunakan dolar AS. Maka, setiap negara di dunia terpaksa menyimpan rizab dolar AS untuk membeli minyak mentah. Hal ini membuatkan dolar berkuasa.
Kuasa dolar mulai melemah pada tahun 2022. Apabila kerajaan AS telah membekukan rizab asing Rusia akibat perang Ukrain. Negara-negara di dunia melihat hal tersebut sebagai ancaman kepada ekonomi negara.
Kesannya, negara-negara di dunia mengambil langkah selamat dengan diversify kepada aset emas. Lama-kelamaan, bank pusat lebih banyak menyimpan rizab emas berbanding rizab dolar. Lalu, pengaruh kuasa dolar semakin merundum.
Era Matawang Emas
Menurut pakar, Shanon Davis, CEO American Alternative Asset, dalam wawancara bersama Cyrus Janssen menerangkan mengapa banyak negara membeli emas sejak di waktu sekarang?
Jawabnya, kebanyakan negara mengambil langkah de-dolarisasi. Dengan membeli bertan-tan emas sebagai rizab bank pusat. Tambahan, gagasan BRICS yang merangka platfom kewangan baru yang bersandarkan emas supaya kebal daripada sekatan ekonomi oleh AS.
Dolar tidak lagi dipercayai disebabkan kerajaan yang ketagih untuk mencetak wang dengan banyak. Akibatnya, dolar mengalami inflasi yang sangat tinggi. Hal ini menunjukkan kelemahan dolar dan keruntuhan sistem wang fiat.
BACA LAGI: Negara BRICS Berlumba-Lumba Kumpul Rizab Emas. Apa Sebab?
Oleh sebab itu, sistem matawang baru perlu diwujudkan sebagai pelindung daripada keruntuhan wang fiat. Matawang terbaik yang tepat bagi menggantikan wang fiat sudah tentu emas.
Matawang emas telah digunakan sebagai duit selama beribu tahun dalam sejarah manusia. Dan nilai emas sangat stabil sehingga sekarang. Dan akan stabil di masa depan. Inshaallah.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di Sini
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
1 Julai 2026

