Negara BRICS Berlumba-Lumba Kumpul Rizab Emas. Apa Sebab?

Negara BRICS mempercepatkan pengumpulan emas bagi rizab bank pusat masing-masing. Bertujuan untuk melemahkan dominasi dolar AS (Amerika Syarikat) dalam kewangan global.

Sidang kemuncak BRICS yang diadakan bulan ini muncul sebagai salah satu acara ekonomi utama tahun ini. Menumpukan pengurangan kepada kebergantungan pada dolar AS.

Seperti diketahui bahawa dolar AS kini masih menguasai hampir separuh daripada perdagangan antarabangsa secara global.

BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, bersama ahlinya yang baru diterima termasuk Malaysia, membincangkan sistem pembayaran alternatif tanpa menggunakan dolar AS.

Negara-negara BRICS menyatakan hasrat untuk melaksanakan kaedah kewangan baru di luar jangkauan dolar AS.

negara BRICS

Perbincangan termasuk pengenalan matawang fiat khusus BRICS seperti Ruble, Yuan, dan Real. Serta pembayaran yang dibuat terus mengunakan emas fizikal.

Donald Trump, semasa kempennya baru-baru ini, menyatakan keazaman untuk mengekalkan status dolar AS sebagai matawang utama dunia.

Kebimbangan beliau mencerminkan potensi peralihan di sidang kemuncak antarabangsa. Apabila matawang alternatif selain dolar AS menjadi tumpuan perbincangan.

Persekitaran ekonomi yang luas juga menyokong peralihan ini. Apabila bank pusat diseluruh dunia sedang berlumba-lumba menambah rizab emas.

Menurut laporan LSEG Datastream, menunjukkan rizab emas telah mencapai tahap yang tidak pernah di lihat selama lebih 3 dekad. Dan harga emas melonjak sekitar 33% sepanjang tahun lalu.

Bank pusat kini telah memegang 12.1% daripada rizab emas dunia. Yang merupakan jumlah tertinggi sejak tahun 1990an.

Peratusan bank menambah rizab emas tersebut telah meningkat secara mendadak, dengan melebihi 2 kali ganda dalam tempoh sedekad lalu.

Negara-negara seperti China, India, Turki, dan Poland, merupakan penyumbang utama pengumpulkan emas yang belum pernah terjadi dalam sejarah ekonomi dunia.

Gold Rush yang berlaku kebanyakannya didorong oleh negara BRICS. Bukan saja sebagai strategi ekonomi mereka malah untuk keluar daripada pengaruh kewangan barat yang mencengkam.

Disitu kita faham bahawa pengumpulan emas merupakan salah satu cara untuk keluar daripada sistem penghambaan kewangan yang dikawal oleh barat.

Jika bank pusat di seluruh dunia berlumba-lumba mengumpul rizab emas bagi menggantikan rizab dolar AS. Maka, mengapa kita tidak mula menyimpan emas dan masih simpan duit di bank?

Bank pusat berlumba-lumba mengumpul rizab emas. Adakah rizab bank pusat lebih penting daripada rizab kewangan keluarga kita sendiri?

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 Oktober 2024     

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments