Malaysia akhirnya mengambil langkah untuk menyertai organisasi BRICS. Iaitu sebuah organisasi geopolitik terbesar dan paling berpengaruh secara global.
BRICS merupakan organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2009. Sebuah platform kerjasama ekonomi yang sedang pesat membangun yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Pada Januari 2024, negara Iran, Mesir, Ethiophia, dan Emiriah Arab bersatu (UAE) juga telah mengambil langkah menyertai organisasi BRICS. Sehingga kini, lebih 30 negara berminat menyertai organisasi itu.
“Kita tidak boleh terima lagi senario di mana barat mahu mengawal wacana kerana hakikatnya mereka bukan lagi kuasa penjajah dan negara merdeka harus bebas bersuara.”
Dato Seri Anwar Ibrahim (PM Malaysia)
Minggu lepas, Thailand mengemukakan permintaan rasmi untuk menyertai BRICS. Namun, penyertaan Malaysia dalam BRICS lebih signifikan, memandangkan Malaysia bakal menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.
Kesan Pada Ringgit
Dengan BRICS, perdagangan antarabangsa boleh dilaksanakan menggunakan matawang tempatan. Tanpa perlu melibatkan matawang Dolar AS (Amerika Syarikat).
Sebagaimana yang kita tahu, sebelum ini segala transaksi perdagangan antarabangsa perlu menggunakan matawang Dolar AS.
BACA LAGI: Matawang Baru BRICS Diterima 41 Negara
Ia mewujudkan perdagangan yang tidak adil. Disebabkan oleh nilai dolar yang lebih tinggi berbanding matawang tempatan.
“Ia (BRICS) secara berkesan akan melindungi Malaysia dan rantau ini daripada perubahan dalam dasar monetari dan turun naik matawang Amerika Syarikat, meningkatkan kebolehramalan dalam pasaran matawang dan menurunkan kos urus niaga bagi pengeksport dan pengimport.”
-Ketua Bank Muamalat
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengumumkan kepada dunia tentang matawang alternatif bagi mengurangkan transaksi perdagangan menggunakan matawang dolar.
Beliau berucap bakal mewujudkan sistem bayaran bebas (Independent-Payment System) di antara anggota-anggota BRICS.
Di mana sistem tersebut dijangka kebal daripada tekanan politik, penyalahgunaan kuasa, dan gangguan sekatan ekonomi luar.
“Dengan imbangan kuasa ekonomi sedang beralih, justeru Malaysia, sebagai ekonomi terbuka yang kecil mesti bertindak balas secara positif. Terdapat peluang perdagangan dan pelaburan dengan BRICS dan ini akan mewujudkan permintaan terhadap ringgit dan mengukuhkan matawangnya dari semasa ke semasa.”
-Geoffrey Williams (Ahli Ekonomi Malaysia University of Science and Technology)
Dengan memanfaatkan peluang perdagangan dan pelaburan di antara negara-negara BRICS, ia akan mencipta permintaan terhadap ringgit yang akan menguatkan nilai matawang di masa depan.
Sekaligus mengurangkan kebergantungan pada dolar AS yang mengalami ketidak-tentuan nilai di pasaran global.
Kesan Harga Emas Global
Secara asasnya, penubuhan BRICS bertujuan mewujudkan kerjasama ekonomi dan alternatif transaksi perdagangan menggunakan matawang tempatan.
Maka, ia akan melemahkan dominan matawang dolar AS. Bank pusat di kebanyakan negara-negara di dunia juga telah berlumba-lumba menggantikan rizab dolar dengan rizab emas.
Pembelian emas secara besar-besaran telah dilakukan oleh bank-bank pusat telah menyumbang kepada de-dolarisasi yang melemahkan kuasa dolar.
Tindakan bank pusat menggantikan rizab dolar dengan emas bertujuan agar ekonomi negara tersebut kebal daripada sekatan ekonomi yang dikenakan oleh barat yang tidak masuk akal.
BACA LAGI: Matawang BRICS Guna Emas Sebagai Sandaran, Tolak Dolar?
Sebagaimana yang berlaku pada Rusia yang dikenakan sekatan ekonomi oleh AS akibat konflik Rusia-Ukrain. Sejak itu, institusi kewangan selain barat (non-western) tergesa-gesa menambah rizab emas.
Hampir 60% bank pusat negara kaya percaya bahawa pemilikan rizab emas bakal bertambah dalam tempoh 5 tahun akan datang. Menurut kajian World Gold Council.
Ia membuatkan permintaan terhadap emas semakin meningkat di peringkat global. Seiringan dengan itu, kuasa dominasi dolar semakin lemah.
Kesimpulan
Penyertaan Malaysia menjadi anggota BRICS merupakan keputusan yang tepat dan berwawasan. Ia sangat bermanfaat khususnya bagi meningkatkan nilai matawang dan ekonomi negara.
Dari sudut geopolitik, ia bakal mengurangkan kebergantungan pada dolar dan kebal daripada sekatan ekonomi barat.
Sebagai negara merdeka, Malaysia seharusnya bebas dalam perdagangan global dan bersuara. Kita tidak perlu lagi mengikut telunjuk barat sebagaimana yang berlaku di zaman kolonial barat dulu.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
25 Jun 2024
Your blog is a beacon of light in the often murky waters of online content. Your thoughtful analysis and insightful commentary never fail to leave a lasting impression. Keep up the amazing work!