Saudi Arabia mengumumkan untuk menamatkan eskport minyak mentah kepada Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan matawang dolar.
Perjanjian 50 tahun tersebut secara rasminya tamat pada 9 Jun 2024. Tengku Mahkota Arab Saudi (Mohammed bin Salman), membuat keputusan untuk tidak memperbaharui perjanjian tersebut.
Malah, Tengku Mahkota telah membuka perdagangan minyak yang menguntungkan kepada negara-negara lain dengan menggunakan matawang lain.
Berita ini sangat menggemparkan dunia. Selama 50 tahun lalu, kerajaan AS telah mengeluarkan mandat bagi setiap transaksi perdagangan minyak mentah mesti menggunakan matawang dolar AS.
Mandat tersebut telah menjadikan matawang dolar AS sebagai matawang rizab antarabangsa (World’s Reserve Currencies) selama ini. Kini, kuasa dolar bakal berakhir.
Saudi Arabia dilaporkan telah menyertai BIS (Bank For International Settlements) dan matawang digital bank pusat yang dikuasai China.
Gerakan Arab Saudi telah melemahkan kuasa dolar sebagai matawang terkuat di dunia. Sekaligus menyumbang kepada gerakan de-dolarisasi (buang dolar).
BACA LAGI: China & Russia Guna Matawang Emas Tewaskan Dolar
China suatu ketika dulu merupakan pemegang terbesar US Treasury Bonds sekitar 1 trillion dolar. Apabila kerajaan AS mengenakan perang perdagangan (trade war) ke atas China, maka China menukar strategi.
China bertindak menukarkan sebahagian besar US Treasury Bonds mereka kepada emas fizikal. Sebagai tindakan bagi melindungi aset negara daripada sekatan ekonomi AS.
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah berucap di Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg yang dihadiri oleh wakil daripada 130 negara-negara. Tentang perancangan masa depan ekonomi BRICS.
Di antara perancangan BRICS ialah penubuhan sistem matawang baru. Sistem matawang yang menggunakan matawang tempatan dalam transaksi perdagangan global.
Seperti yang diketahui, selama ini seluruh transaksi perdagangan dilaksanakan menggunakan matawang dolar AS saja.
Dengan sistem yang diperkenalkan oleh BRICS, setiap negara boleh menggunakan matawang tempatan dan bebas daripada sekatan ekonomi dan tekanan politik oleh kerajaan AS.
BACA LAGI: Matawang BRICS Guna Emas Sebagai Sandaran, Tolak Dolar?
Tindakan Arab Saudi, China, Rusia, dan BRICS telah meningkatkan tekanan kepada dolar. Ia akan menyebabkan kuasa dolar semakin lemah.
Apabila kuasa dolar semakin lemah, ia memberi peluang kepada industri lain untuk mencipta peningkatan dalam pasaran terutamanya pasaran emas.
Perkembangan BRICS telah menyebabkan bank pusat seluruh dunia menambah rizab emas. Secara langsung, ia memacu peningkatan harga emas semasa.
Tindakan Arab Saudi yang memutuskan perjanjian minyak mentah dengan AS, juga bakal meningkatkan harga emas di pasaran global.
Trend de-dolarisasi, telah mencetuskan tekanan geopolitik secara global. Akibatnya, kebanyakan bank-bank pusat di seluruh dunia berlumba-lumba menambah rizab emas dengan banyak sejak 2 tahun lalu.
Jika bank pusat menyimpan emas, mengapa kita masih menyimpan duit di dalam akaun bank? Jika bank pusat menambah emas sebagai rizab, mengapa kita tidak simpan emas sebagai rizab kewangan keluarga kita?
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 Jun 2024