Emas Jatuh Luar Biasa. Apa Puncanya?

Emas jatuh menjunam dengan banyak pada 7 Jun 2024 tempoh hari. Kejatuhan sekitar USD 83.14/oz atau sekitar 3.45%. Kejatuhan harga emas terburuk setakat tahun ini.

Menurut pakar emas, Tuan Syukor Hashim, ini merupakan kejatuhan yang luar biasa. Terdapat 2 berita besar yang menyebabkan harga emas jatuh menurun ke bawah.

Faktor pertama, sekitar pukul 4 pagi waktu New York, Bank Rakyat China telah mengeluarkan satu laporan yang mengejutkan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa mereka tidak lagi membeli emas sebagai rizab negara China sepanjang bulan Mei 2024 (bulan lepas).

Ini adalah berita yang mengejutkan dan negatif kepada emas. Mengapa? Salah satu sebab kenaikan harga emas dunia adalah pembelian daripada bank-bank pusat di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan kita, sebelum ini Bank Rakyat China telah membeli emas selama 18 bulan berturut-turut sebagai rizab bank negara.

China juga menjual hutang US dengan kadar yang besar. Kedua-dua faktor ini merupakan penyumbang kepada kenaikan harga emas dunia.

Justeru, apabila Bank Rakyat China mengeluarkan laporan bahawa mereka tidak akan membeli emas sepanjang bulan lepas, ia dilihat sebagai berita negatif kepada pasaran emas semasa.

Oleh sebab itu, harga emas mulai menurun sejak pukul 4 pagi waktu New York.

emas jatuh

Faktor kedua, pada pukul 8.30 pagi waktu New York, keluar pula laporan ekonomi iaitu US Non Farm Payroll (NFP). Laporan NFP menunjukkan data yang sangat positif terhadap pasaran kerja US.

Pakar ekonomi menjangkakan 182 ribu peluang pekerjaan akan dicipta bulan lepas. Namun data sebenar menunjukkan 272 ribu pekerjaan telah dicipta.

Malah, angka sebenar lebih banyak iaitu terdapat perbezaan 90 ribu pekerjaan (actual vs estimated). Jadi ekonomi US semakin kuat!

Laporan positif NFP ini memberikan kesan negatif terhadap emas. Jadi, harga emas jatuh dan terus menjunam dari jam 8.30 malam waktu Malaysia sehinggalah pasaran emas ditutup pada pagi Sabtu.

Emas Jatuh, Apa Perlu Buat?

Jika anda seorang menyimpan emas tegar, maka ketika ini merupakan peluang besar untuk menambah simpanan emas fizikal. Ketika ini, merupakan peluang memborong emas pada harga runtuh.

Situasi seperti ini bukannya selalu berlaku. Maka, ketika ini peluang terbaik bagi penyimpan emas tegar dan juga pelabur untuk menambah aset kekayaan masing-masing.

Jika anda telah menyimpan emas, tidak perlu kecewa dengan kejatuhan harga emas. Anda tidak rugi selagi tidak menjual semula emas tersebut. Maka, teruslah menyimpan dan menambah simpanan emas.

Sebagaimana dalam sejarah, penurunan harga emas hanya bersifat sementara. Apabila berita-berita besar tersebut telah reda, maka harga emas bakal mendaki semula.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Serendah RM100?

PERCUMA>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 Jun 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments