DOLAR AMERIKA

Dolar Amerika Kawal Harga Emas Dunia?

Dolar Amerika dikatakan mengawal pasaran harga emas dunia sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan netizen. Ternyata sangkaan mereka salah!

Memang diketahui harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai matawang dolar Amerika Syarikat (AS). Bermaksud, apabila nilai dolar jatuh, maka harga emas akan naik dan sebaliknya.

Namun, hubungan tersebut bukan bermaksud matawang dolar yang mengawal harga emas dunia. Bahkan, pengumuman yang dibuat oleh Federal Reserve Bank (Feds) hanya memberi kesan pada nilai dolar dan bukannya nilai emas.

DOLAR AMERIKA

Apabila kadar inflasi dolar semakin meninggi, maka pelabur-pelabur telah menjangka di mana pihak Feds bakal memotong kadar faedah monetari (policy rate). Hasilnya, nilai dolar jatuh dan harga emas naik.

Nilai dolar akan meningkat apabila Feds mengumumkan laporan data pekerjaan. Ketika ini, harga emas dijangka akan menurun dengan peningkatan nilai dolar.

Namun, harga emas menurun hanya bersifat sementara. Selang seminggu-dua, harga emas kembali meningkat seperti sedia kala. Menunjukkan matawang dolar tidak mengawal harga emas.

Mustahil Dolar Amerika Kawal Emas

Penggunaaan matawang kertas bermula sejak penghujung tahun 1690-an. Sedangkan penggunaan emas dan perak sebagai matawang jauh lebih awal iaitu sekitar 4,500 tahun yang lalu.

Raja Croesus dari Lydia (Turki barat) pada tahun 568 SM (sebelum masihi) telah mencetak syiling emas pertama sebagai matawang dalam perdagangan.

Penggunaan matawang emas berkembang apabila empayar Athens menggunakan syiling emas pada sekitar 500 SM. Sehingga ke empayar Rom yang memerintah dunia sekitar 700 tahun.

Berkembang ke era khalifah Bani Umayyah yang mencipta syiling emas yang dinamakan dinar pada tahun 696 Masihi. Ketika itu, dinar emas mempunyai berat standard 4.25gram menjadi matawang empayar Islam.

Pada 28 Ogos 1933, sejarah hitam di mana Roosevelt menandatangani Perintah Eksekutif 6260, yang menjadikan salah di sisi undang-undang bagi rakyat Amerika untuk memiliki emas.

Rakyat Amerika diperintahkan untuk memulangkan emas mereka kepada Feds. Setiap rakyat yang memulangkan emas dibayar dengan $35 dolar seauns. (Harga emas di ikat pada $35 seauns).

Harga emas kekal pada kadar $35 seauns dari tahun 1935 hingga tahun 1971. Akibat krisis hutang Amerika Syarikat yang menyebabkan rizab emas mereka lebih banyak mengalir keluar, tindakan drastik di ambil.

Presiden Nixon telah bertindak drastik pada 15 Ogos 1971 dengan memutuskan pertalian di antara emas dan dolar. Sejak itu, dolar tidak mempunyai sandaran nilai daripada emas atau apa-apa lagi. Sepenuhnya fiat yang dicetak sesuka hati!

Apabila pertalian tersebut diputuskan, harga emas mula naik mendadak. Ia naik dari paras $35 seauns kepada $200 seauns pada tahun 1977. Naik $850 pada tahun 1980.

Berlaku juga penurunan harga emas. Namun, naik kembali pada kepada $500 seauns pada Disember 2005. Terus naik cecah $1,000 seauns buat kali pertama pada Mac 2008.

Sehingga hari ini, harga emas cecah paras tertinggi $2,419 seauns. Dan diramalkan akan naik lagi mencecah $10,000 seauns menurut tokoh terkenal James Rickards (penulis buku The New Case For Gold).

Hakikatnya

Jika dolar mengawal harga emas, mustahil harga emas naik dengan mendadak sehingga jauh meninggalkan nilai dolar.

Nilai dolar lebih bergantung pada spekulasi hasil pengumuman daripada pihak Feds. Hakikatnya, dolar hanya sekadar kepingan kertas yang tiada nilai. Sama seperti matawang kertas lain termasuk ringgit.

Sangat tidak adil apabila kejatuhan nilai dolar memberi kesan buruk pada nilai ringgit. Sungguhpun kerajaan Malaysia teguh ekonominya, namun nilai ringgit masih bergantung pada dolar.

Berbeza dengan emas dan perak pernah yang pernah menjadi matawang di zaman empayar yang hebat suatu ketika tanpa bergantung pada apa-apa atau mana-mana pihak sekalipun.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jzakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 Mei 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments