Ringgit Merosot Paras Terendah. Ini Punca Sebenar.

Ringgit merosot semakin teruk sejak kebelakangan ini. Ramai berdebat tentang kejatuhan nilai ringgit dan saling menyalahkan di antara parti kerajaan.

Namun, sangat berbeza pendapat bagi yang membaca buku kewangan dan faham sistem wang fiat dan sistem fractional reserve.

Tidak kira parti kerajaan mana yang berkuasa atau siapapun perdana menterinya, nilai ringgit tetap akan jatuh. Kitaran ini tetap akan berulang setiap beberapa tahun. Setiap kali ia berulang, ringgit mencecah paras terendah yang baru.

Dalam tempoh 10 tahun saja, nilai ringgit telah jatuh sebanyak 31% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Yang terbaru, ringgit mencecah paras rendah RM4.80 bagi 1 dolar AS.

Bukan saja ringgit yang terjejas. Akan tetapi, hampir semua matawang di dunia juga jatuh nilai berbanding dolar.

Dalam tempoh 10 tahun yang sama, jika dibandingkan dengan dolar AS, matawang Renminbi China telah susut sebanyak 15%. Euro sebanyak 21%, Dolar Singapura sebanyak 6%, dan Rupiah Indonesia sebanyak 26%.

Anda boleh berdebat bahawa nilai ringgit merosot lebih banyak daripada matawang yang disenaraikan di atas. Anda pasti rasa anda paling betul.

Anda boleh berikan alasan yang sangat sahih, seperti kehilangan keyakinan pelabur ke Malaysia, produktiviti yang perlahan, negara jiran mengalahkan kita. Semua itu betul.

Namun, semua itu adalah jawaban bagi soalan mengapa ringgit merosot lebih cepat berbanding matawang lain. Itu semua bukan jawaban bagi soalan, mengapa ringgit mesti merosot?

Mengapa kita perlu bandingkan nilai ringgit dengan dolar AS yang sentiasa merosot? Dolar AS juga mengalami inflasi yang teruk.

Punca utama duit kita jatuh nilai adalah disebabkan, matawang merupakan duit kertas yang boleh dicetak oleh bank pusat dengan banyak.

Sejak tahun 1970, bermula dengan RM4.1 billion duit kertas dalam kitaran sehingga RM2.4 trillion sekarang. Penambahan sebanyak 580 kali ganda dalam bekalan wang dalam tempoh 54 tahun.

Kira-kira 10% peningkatan dalam bekalan wang setiap tahun. Bermaksud, kadar inflasi tahunan ialah 10%, tidak termasuk sebarang faktor pengurangan yang mungkin menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat.

Jika anda mempunyai RM100,000 pada 10 tahun yang lalu, wang itu hanya boleh membeli barangan yang bernilai RM38,500 pada hari ini. Hampir 2 per 3 daripada wang kita telah telah dihapuskan dalam masa 10 tahun.

Tidak kira sesiapapun kerajaan yang memerintah, selagi pencetakan wang dengan boros berterusan, ringgit akan terus menyusut ditelan waktu.

Bank pusat, dengan menerima dasar monetari longgar yang di ilhamkan oleh ekonomi keynesian, berkemungkinan tidak akan berhenti mencetak wang sesuka hati tanpa sandaran nilai.

Maka, matawang fiat termasuk ringgit pasti akan terus menurun di masa depan. Dan ia hanya persoalan masa. Tidak kira kerajaan mana pun yang memerintah.

The second source of funding for the ruling elites, besides the money extorted from the public in the form of taxes, comes from the central bank. Central banks are allowed to create paper money out of thin air. This reduces the purchasing power of money and destroys the savings of average people.”

Professor Hans-Hermann Hoppe of the University of Nevada

Jadi, sekadar menyalahkan kerajaan tidak akan mampu untuk menyelamatkan nilai duit kita. Hanya kita sendiri yang mampu menyelamatkan duit hasil kerja keras kita.

Dengan menukarkan simpanan duit kita kepada simpanan emas dan perak. Ini kerana, aset fizikal seperti emas dan perak tidak boleh dicetak seperti wang kertas.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 Mac 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments