3 kelebihan menabung emas berbanding menabung duit yang sentiasa jatuh nilai. Sebagaimana yang kita tahu, nilai ringgit semakin lama semakin menurun. Maka, rugilah simpan duit.
Bak kata pakar kewangan Robert Kiyosaki, “Savers are loser“
Namun, mungkin ada yang bertanya, mengapa mesti emas? Mengapa bukan aset lain seperti saham, mutual fund dan sebagainya?
Aset-aset seperti saham, ASB, Tabung Haji, mutual fund, dan lain-lain, tergolong dalam aset kewangan yang berasaskan sistem wang fiat dan fractional reserve banking.
Bermaksud, semua aset kewangan di atas merupakan aset yang boleh dicetak atau dicipta tanpa sandaran nilai. Lalu, inflasi sudah tentu menghakis nilai aset-aset tersebut.
Berbeza dengan emas yang tidak boleh dicetak. Emas perlu digali dari perut bumi. Jumlah emas yang wujud di perut bumi juga terhad dan tidak akan bertambah. Wajar saja harganya sentiasa naik.
Oleh sebab itu, emas pernah digunakan sebagai matawang atau duit di zaman dulu kala. Termasuklah di zaman Rasulullah, yang menggunakan dinar (emas) dan dirham (perak) sebagai matawang.
Matawang emas dan perak telah digunakan ribuan tahun dan ia tidak pernah runtuh. Berbanding dengan sistem matawang kertas di zaman sekarang, yang banyak kita dengar keruntuhan akibat hiperinflasi.
3 Kelebihan Menabung Emas
1- Kekayaan Meningkat
Sebagaimana yang kita tahu, harga emas semakin naik dalam jangka masa panjang. Sering kita dengar orang dulu-dulu berkata bahawa harga emas sangat murah di zaman dulu. Sekarang, mahal!
Menabung emas secara automatik bakal meningkatkan kekayaan kita. Hasilnya, matlamat kewangan kita mampu dicapai dengan lebih cepat atau lebih awal daripada jangkaan kita.
2- Pelindung Kejatuhan Nilai Ringgit
Sebagaimana yang disebutkan di atas, emas tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Tidak kira parti politik manapun yang memerintah, inflasi tetap akan berlaku. Sebab ringgit boleh dicetak dan menjatuhkan nilai.
Menabung duit bakal menurunkan nilai kekayaan kita dalam jangka masa panjang. Penat lelah kita bekerja mencari duit, akhirnya nilai duit jatuh malah memiskinkan. Ia sangat tidak berbaloi!
Harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai ringgit. Apabila nilai ringgit jatuh, harga emas naik. Menjadikan emas sebagai medium terbaik sebagai tabung kewangan kita.
3- Insuran Kewangan
Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa nilai ringgit akan naik dimasa depan. Anda boleh lihat prestasi nilai ringgit dalam sejarah. Tidak kira pemimpin mana yang memerintah, matawang tetap jatuh dalam jangka masa panjang.
Nilai sesebuah matawang, bukan saja bergantung pada kerajaan yang memerintah. Malah juga bergantung pada dolar Amerika dan Bank Federal Reserve. Oleh sebab itu, kerajaan tidak boleh beri jaminan tentang masa depan nilai ringgit.
Kerajaan yang boleh beri jaminan terhadap matawang hanya seperti kerajaan Putin. Bank Rusia bertindak menyandarkan nilai matawang Rubel dengan emas. Bermaksud, Putin mempunyai kuasa mutlak ke atas nilai matawang Rubel.
Menabung duit sentiasa terdedah kepada malapetaka ekonomi dari dalam atau luar negara. Menabung emas merupakan instrumen terbaik dan kebal daripada segala malapetaka ekonomi dunia.
Rekomendasi Untuk Anda: Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas
Namun, menabung emas juga terdapat risikonya seperti kehilangan dan scammer emas. Menabung duit di bank juga berisiko duit hilang dalam akaun sebagaimana yang diviralkan oleh selebriti.
Pastikan kita berilmu bagi memilih jenama emas yang betul dan bereputasi tinggi. Contohnya, Public Gold.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 Mac 2024