Emas Menjunam 29%. Bank Ambil Kesempatan Borong 42%

Emas menjunam kepada sekitar 29 peratus pada November 2026. Penurunan yang banyak berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Boleh dikatakan rekod terburuk hampir menyamai situasi pada tahun 2008.

Situasi ini sudah tentu mencemaskan pelabur-pelabur. Terutamanya pelabur yang baru mula berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Berbanding tahun lepas, harga emas telah naik ke paras tertinggi melepasi 40 peratus.

Michael Oliver, seorang pengasas dan penganalisis di Momentum Structural Analysis, menghadiri rancangan GoldSilver Show. Katanya, harga emas telah bergerak tanpa arah yang jelas selama 9 bulan ini.

Menurutnya, corak ini menyerupai keadaan pada tahun 2008. Namun, ketika itu penurunan harga emas lebih besar iaitu sebanyak 35 peratus. Kemudian, ia mendaki semula ke paras tertinggi.

Oliver menyatakan bahawa tiada apa-apa yang mematahkan trend menaik dalam jangka masa panjang. Pada tahun 2022, harga emas jatuh dari paras $2,000 kepada sekitar $1,600 seauns. Ramai menganggap pelaburan emas telah berakhir. Kemudian, naik semula.

Emas Menjunam 35% Tahun 2008

Apa yang berlaku pada tahun 2008 ialah pasaran saham menjunam teruk pada bulan Oktober 2008. Indeks S&P 500 juga susut kira-kira 17% pada bulan yang sama. Iaitu penurunan terburuk sejak tahun 1987.

Harga emas juga turut jatuh. Ramai pelabur ketika itu menganggap emas mengalami nasib yang sama seperti pasaran saham. Namun, apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Oliver menyatakan bahawa emas telah mencapai paras tertinggi baru pada awal tahun 2008. Iaitu melepasi paras $1,000/auns buat pertama kali dalam sejarah. Kemudian, merosot pada bulan Oktober.

Selepas itu, bank Federal Reserve telah melaksanakan quantitative easing (mencetak wang dengan banyak), pasaran saham terus menjunam teruk. Sebaliknya, emas meningkat dan mencapai paras tertinggi baru.

Menurut Oliver, situasi hari ini hampir manyamai sebagaimana berlaku pada tahun 2008. Emas menjunam buat sementara waktu, kemudian meningkat semula ke paras tertinggi pada bulan berikutnya.

Bank Ambil Kesempatan

Di kala harga emas menjunam, bank pula mengambil kesempatan menambah pembelian emas sebanyak iaitu 42% pada suku ketiga tahun 2026 berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan laporan World Gold Council (WGC) bertarikh 3 November 2026, menganggarkan permintaan bersih rasmi berjumlah 321.2 tan emas. Sementara, pelaburan dalam bentuk bar dan syiling sebanyak 267.8 tan. Jumlah yang sangat besar!

Tujuan pembelian emas oleh pihak bank pusat adalah untuk membantu bank melindungi risiko. Tidak seperti Bon, yang perlu perjanjian pihak ketiga.

Bagi segelintir netizen, kejatuhan harga emas merupakan kerugian dalam pelaburan. Namun, bagi pihak bank pusat, kejatuhan harga emas merupakan peluang untuk menambah simpanan emas pada harga murah.

Jika emas merugikan, mengapa bank pusat membeli emas dalam skala yang besar? Adakah bank tahu sesuatu yang kita tidak tahu?

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>>Daftar DI SINI

SHARE sebarkan manfaaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
4 November 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted