Pekerja Nekad Menabung Dana Pencen. Bersara Dengan 4 Juta!

Pekerja makan gaji sedar bahawa pendapatan akan terhenti selepas bersara. Dengan simpanan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), masih belum tentu mampu meneruskan kehidupan di masa depan.

Kos sara hidup di masa depan dijangka lebih tinggi berbanding dengan kos sara hidup hari ini. Disebabkan inflasi matawang yang melemahkan kuasa beli sekaligus menaikkan harga barang.

Dengan tabungan kewangan yang sedikit, kebanyakan pesara masih memilih untuk bekerja sungguhpun pada usia yang sudah senja demi meneruskan kehidupan.

Kisah Pekerja Nekad Kumpul Dana Pencen

Pekerja bernama Shafiqa berusia 30 tahun yang mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan merancang membuat pelaburan persaraannya yang bermula pada usia 58 tahun.

Katakan beliau sihat tubuh badan dan panjang umur sehingga usia 80 tahun. Bermaksud, Shafiqa memerlukan dana persaraan yang mampu menanggung kos perbelanjaannya selama 22 tahun selepas bersara.

Kos perbelanjaan Shafiqa sekitar RM3,000 sebulan. Sama dengan RM36,000 setahun. Selepas bersara, beliau memerlukan RM792,000 bagi tempoh 22 tahun.

Dengan mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup di masa depan. Katakan kadar inflasi matawang tahunan ialah 5% setahun.

Bermaksud, Shafiqa memerlukan dana sekitar RM831,600 bagi menampung perbelanjaannya sehingga ke akhir hayatnya.

Shafiqa merancang membuat simpanan secara konsisten melalui pelaburan emas bermula usia 30 tahun. Setiap bulan, beliau mengasingkan 10% daripada gajinya iaitu RM300 untuk melabur emas setiap bulan.

Dengan mengandaikan kenaikan harga emas sekitar 20% setahun, nilai emas dalam simpanan beliau sehingga usia persaraan adalah seperti dalam jadual berikut:

USIASIMPANANUSIASIMPANANUSIASIMPANAN
30RM3,60040RM132,53950RM983,843
31RM8,06441RM164,58951RM1,188,815
32RM13,57142RM203,27152RM1,435,110
33RM20,33443RM249,91953RM1,731,005
34RM28,61344RM306,13754RM2,086,434
35RM38,71545RM373,84855RM2,513,317
36RM51,01346RM455,36056RM3,025,962
37RM65,95347RM553,44457RM3,641,534
38RM84,07148RM671,42658RM4,380,636
39RM106,00949RM813,296

Jika kenaikan harga emas secara purata adalah konsisten sebanyak 20% setahun, maka Shafiqa telah berjaya menyediakan dana pencen sebanyak RM4,380,636 menjelang persaraannya.

Di mana, jumlah itu lebih kurang 5 kali ganda daripada matlamat asalnya iaitu sebanyak RM831,600. Ini sudah lebih dari mencukupi untuk bersara dengan selesa. Alhamdulillah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
27 Febuari 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments