Pencen merupakan isu yang sangat sensitif bagi penjawat awam. Apatah lagi apabila ia dicadangkan supaya dimansuhkan oleh kerajaan.
Ibu saya selalu berpesan suatu ketika dulu, supaya bekerja sebagai penjawat awam sebab ada elaun pencen. Kata ibu saya, kewangan ketika bersara lebih stabil jika ada skim pencen kerajaan.
Ternyata, ibu saya silap! Kerajaan zaman sekarang tidak lagi sama dengan kerajaan dulu. Keadaan ekonomi sekarang lebih parah berbanding zaman Krisis Kegawatan Ekonomi 1997 dulu.
Peruntukan tahunan kerajaan bagi bayaran pencen telah meningkat 5 kali ganda sejak tahun 2005.
Sebab-Sebab Pencen Bakal Dimansuhkan
Kerajaan sekarang tidak lagi mampu membayar elaun pencen penjawat awam atas beberapa sebab. Antara sebabnya ialah bilangan pesara kerajaan semakin ramai dan kemampuan kewangan kerajaan.
Menurut laporan tahunan ekonomi Kementerian Kewangan, terdapat 590,000 pesara pada tahun 2010. Bilangannya meningkat sekitar 853,000 pada tahun 2020.
Pada 2023, laporan fiskal Kementerian Kewangan melaporkan terdapat lebih 921,500 pesara dengan jumlah itu diramal bertambah kepada 936,000 tahun ini.
Menurut analisa FMT melibatkan data sejak 20 tahun yang lalu, didapati penambahan 5 kali ganda bagi bayaran pencen penjawat awam. Daripada RM6 billion pada tahun 2005 kepada RM32 billion bagi tahun ini.
Beban perbelanjaan kewangan kerajaan semakin meningkat di kala keadaan ekonomi sekarang yang semakin tenat.
Rekomendasi Untuk Anda: KWSP, Bersara Dengan Simpanan Emas
Adakah berpunca daripada pandemik Covid-19 yang mengeluarkan kos perbelanjaan pemulihan yang besar? Ataupun berpunca sejak zaman pemerintahan lalu dengan kes IMDB?
Sebagaimana yang didokumentarikan di media, zaman pemerintahan Najib sangat boros berbelanja dan telah mengambil beban hutang sangat banyak dan luar biasa.
Yang meruntuhkan nilai ringgit akibat inflasi wang. Adakah kesilapan kerajaan telah menampakkan kesannya di hari ini?
Penjawat Awam Wajib Bertindak Sekarang
Sekadar merungut dan saling menyalahkan di antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah ini. Kita perlu lebih rasional bagi menyelesaikan masalah kewangan.
Bertindak sekarang dengan menabung emas sedikit demi sedikit sebagai persediaan di hari bersara nanti. Persoalannya, mengapa mesti emas dan bukan duit kertas?
Sebagaimana yang kita tahu, nilai ringgit bergantung pada prestasi kerajaan. Nilai ringgit sentiasa berkadar songsang dengan harga emas.
Rekomendasi Untuk Anda: 3 Langkah Bijak Pelaburan Emas, Anda Mesti Buat
Bermaksud, dengan menyimpan emas, kekayaan kita akan bertambah khususnya ketika bersara nanti. Penyimpan duit kertas bakal semakin miskin dengan kejatuhan nilai dan inflasi ringgit.
Jika kita melabur emas sebanyak RM300 sebulan secara konsisten, maka dalam masa setahun (12 bulan) jumlah simpanan emas kita bertambah sebanyak RM3,600.
Dengan mengandaikan kenaikan harga emas sekitar 20% setahun, nilai emas dalam dalam simpanan persaraan adalah seperti dalam jadual berikut.
Umur | Simpanan | Umur | Simpanan | Usia | Simpanan |
30 | RM3,600 | 40 | RM132,539 | 50 | RM983,843 |
31 | RM8,064 | 41 | RM164,589 | 51 | RM1,188,815 |
32 | RM13,571 | 42 | RM203,271 | 52 | RM1,435,110 |
33 | RM20,334 | 43 | RM249,919 | 53 | RM1,731,005 |
34 | RM28,613 | 44 | RM306,137 | 54 | RM2,086,434 |
35 | RM38,715 | 45 | RM373,848 | 55 | RM2,513,317 |
36 | RM51,013 | 46 | RM455,360 | 56 | RM3,025,962 |
37 | RM65,953 | 47 | RM553,444 | 57 | RM3,641,534 |
38 | RM84,071 | 48 | RM671,426 | 58 | RM4,380,636 |
39 | RM106,009 | 49 | RM813,296 |
Sekiranya kenaikan harga emas secara purata adalah konsisten sebanyak 20% setahun, maka kita bakal mempunyai simpanan sebanyak RM4,380,636 menjelang persaraan. Insha-allah.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 Febuari 2024