Ringgit Menjunam Paras Terendah. Lindungi Duit Dengan Emas

Ringgit menjunam ke paras terendah bukan perkara baru. Ia telah berlaku sejak di bawah pimpinan skandal 1MDB. Dikeruhkan lagi dengan pandemik Covid-19.

Skandal 1MDB lalu telah mencetus keruntuhan nilai ringgit apabila kerajaan ketika itu boros berbelanja dengan mengambil hutang yang banyak. Ringgit jatuh ke paras RM3.75 bagi sedolar.

Kemudian, pandemik Covid-19 meruntuhkan lagi nilai ringgit apabila aktiviti ekonomi terpaksa diberhentikan dalam fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19 di kalangan masyarakat.

Semua kilang-kilang, pasaraya, restoran, dan premis lain-lain diperintahkan oleh kerajaan supaya ditutup. Aktiviti ekonomi tidak berjalan, maka banyak perniagaan telah bangkrap. Hasilnya, nilai ringgit semakin lemah.

Harga minyak mentah juga turut terjejas dan direkodkan runtuh sehingga ke paras negatif. Disebabkan kenderaan tidak bergerak, perkhidmatan logistik dihentikan, dan kenderaan persendirian hanya parkir di perkarangan rumah.

Faktor-faktor di atas merupakan di antara sebab-sebab keruntuhan nilai ringgit. Kejatuhan nilai ringgit boleh berlaku sama ada disebabkan faktor ekonomi mahupun geopolitik.

Jelas sekali, kita sebagai rakyat biasa tidak mampu mengawal nilai ringgit. Kita juga tidak mampu mengawal nilai duit yang kita simpan di dalam bank.

Seberapa banyak duit yang kita simpan tidak akan menyebabkan kita bertambah kaya sekiranya nilai ringgit menjunam. Sebab nilai matawang bergantung pada kerajaan.

Membiarkan duit di simpan di bank, seolah-olah kita menyerahkan segala harta kekayaan kita di tangan kerajaan. Kerana nilai duit bergantung pada prestasi kerajaan yang memerintah.

Kita boleh jadikan negara luar sebagai tauladan. Apabila matawang negara minyak terkaya di Amerika iaitu Venezuela telah jatuh bankrap disebabkan kegagalan kerajaan mereka menguruskan kewangan.

Banyak lagi negara-negara lain seperti Zimbabwe, Greece, Jerman Weimar dan sebagainya. Membuktikan matawang bukan penyimpan nilai yang stabil dan kekal.

Apa Kesan Ringgit Menjunam?

Kesannya ialah harga barangan akan menjadi lebih mahal. Maka, kos sara hidup akan semakin meningkat. Simpanan duit kita akan semakin berkurang, lantas kekayaan semakin menurun.

Kita lebih mudah faham dengan mengimbas kembali ke zaman sekolah dulu. Ibubapa zaman dulu hanya berikan RM1 sebagai duit poket ke sekolah.

RM1 sudah mencukupi dan kenyang di sekolah. Dengan RM1, mampu membeli nasi lemak bungkus dan secawan air minuman serta chewing gum.

“Value is how much the money can buy”

Michael Maloney (Pakar Matawang)

Dibandingkan hari ini, adakah cukup jika berikan duit poket RM1 untuk anak-anak kita ke sekolah? Tentu anak-anak kita kelaparan di sekolah. Hari ini, RM1 hanya mampu beli sebatang sosej.

Bermaksud, kita perlukan duit lebih untuk duit poket anak-anak. Dan kita perlukan duit lebih untuk mendapatkan barangan atau keperluan yang sama.

Itulah yang dimaksudkan dengan nilai. Nilai duit ialah seberapa banyak barang yang boleh beli dengan jumlah duit yang sama. RM1 dulu mampu beli apa, dan sekarang RM1 boleh beli apa?

Jika dibandingkan dengan nilai emas. Termaktub dalam kitab bahawa, 1 dinar emas mampu membeli seekor kambing pada zaman Rasulullah iaitu sejak 1,500 tahun yang lalu.

Hari ini, 1 dinar masih mampu dan praktikal untuk membeli seekor kambing. Jika kambing dibeli dengan ringgit, harga kambing semakin mahal. Tetapi, ia tidak berlaku pada dinar emas.

Bermaksud, nilai dinar emas bertahan sejak 1,500 tahun yang lalu sehingga hari ini dan di masa depan. Insha-allah.

Kesimpulannya, emas merupakan kaedah terbaik untuk menyimpan kekayaan kita. Menabung emas jauh lebih baik berbanding menabung duit di bank.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
6 Februari 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments