Tabiat Orang Kaya Ketika Terima Gaji. “The Five Laws Of Gold”

Tabiat kewangan orang-orang kaya berbeza sekali dengan orang biasa. Orang kaya lebih berdisiplin dan bijak menguruskan kewangan mereka.

Umpamanya seperti yang diceritakan dalam buku kewangan terkenal di dunia bertajuk The Richest man From Babylon. Buku ini telah terjual sebanyak 2 juta naskah di serata dunia.

Buku tersebut menceritakan bagaimana seorang hamba di bandar Babylon menjadi orang terkaya setelah mengamalkan tabiat The Five Laws Of Gold.

Pada zaman tersebut, golongan hamba adalah orang yang berhutang sehingga tidak lagi mampu membayarnya. Dalam bahasa moden, hamba ialah golongan yang bankrap.

Buku tersebut menceritakan cara bagaimana seorang hamba boleh melangsaikan hutang sehingga dibebaskan oleh tuan mereka. Sekaligus, keluar daripada status hamba.

Ilmu ini sangat sesuai sebagai rujukan kita di zaman moden. Kerana ramai golongan moden terjatuh ke dalam golongan “hamba” tanpa disedari.

Ramai golongan moden menjadi hamba hutang bank. Setiap kali gaji, duit keluar membayar hutang. Duit gaji hanya singgah sebentar dalam akaun bank kita, kemudian keluar membayar hutang bank.

Graduan universiti tamat pengajian dengan hutang pendidikan sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan. Dikeruhkan lagi dengan aplikasi paylater, Gopinjam, Atome, dan lain-lain, kini berhutang hanya di hujung jari.

Menjadikan generasi moden sangat mudah terjerat ke dalam kancah hutang. Tanpa disedari, mereka telah terjatuh ke dalam golongan “hamba” hutang zaman moden.

Sedikit ilmu kewangan membolehkan kita sekurang-kurangnya mengenal jerat hutang dan betapa berbahayanya hutang terhadap masa depan kewangan kita.

Tabiat “The Five Laws Of Gold

1- Gold cometh gladly and in increasing quantity to any man who will put by not less than one-tenth of his earning to create an estate for his future and that of his family.

Kita digalakkan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan secara konsisten setiap bulan sebagai persediaan di masa mendatang.

2- Gold laboreth diligently and contentedly for the wise owner who finds for it profitable employment, multiplying even as the flocks of the field.

Emas umpama pekerja yang rajin. Kerana nilai emas mampu meningkat berlipat kali ganda dengan sendirinya. Simpanan terbaik bukan dalam bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk emas fizikal.

3- Gold clingeth to the protection of the cautious owner who invests it under the advice of men wise in its handling.

Kita disarankan mendengar nasihat kewangan yang betul daripada orang yang sudah terbukti berjaya. Elakkan mendengar nasihat kewangan daripada orang yang acah-acah tahu.

Golongan acah-acah boleh dikenal pasti seperti sifu bisnes tetapi sifu itu sendiri tidak mempunyai bisnes. Penasihat kewangan tetapi dia sendiri masih berhutang keliling pinggang.

Dengar nasihat bisnes daripada orang yang sudah berjaya dalam bisnes. Dengar nasihat kewangan daripada orang yang sudah betul-betul bebas kewangan atau bebas hutang.

4- Gold slippeth away from the man who invests it in businesses or purposes with which he is not familiar or which are not approved by those skilled in its keep.

Elakkan melabur ke dalam perniagaan yang kita tidak mahir. Belajar dan dapatkan ilmu terlebih dahulu tentang sesuatu pelaburan atau perniagaan tersebut, barulah melabur.

5- Gold flees the man who would force it to impossible earnings or who followeth the alluring advice of tricksters and schemers or who trusts it to his own inexperience and romantic desires in investment.

Elakkan daripada mudah terpedaya dengan skim cepat kaya atau scammer. Elakkan terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan luar biasa atau tidak masuk akal.

Sememangnya taktik pembohong untuk menampakkan keuntungan bulan bintang. Supaya boleh menarik orang ramai melabur dengan mereka. Kemudian, mereka lesap dengan duit pelaburan kita.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 Januari 2024  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments