Petua orang dulu-dulu jangan dipandang remeh, mahupun dari sudut kewangan. Jarang sekali kita mendengar orang dulu-dulu jatuh bangkrap.
Mungkin orang dulu-dulu kelihatan miskin dan tidak bergaya. Namun, mereka masih mampu membesarkan 6 hingga 9 orang anak-anak. Bukan senang!
Zaman sekarang, jarang sekali kita melihat orang melahirkan sehingga 6 atau 9 orang anak. Rata-rata hanya mempunyai 2 hingga 4 orang anak. Itupun kita merasa susah dan membebankan!
Segelintir pasangan malah menangguh-nangguhkan untuk melahirkan anak pertama. Alasannya, menunggu kewangan stabil dulu. Perkara ini sudah menjadi normalisasi zaman sekarang.
Sedangkan di zaman sekarang, rata-rata golongan dewasa bergaji lebih besar daripada orang dulu-dulu.
Rekomendasi Untuk Anda: Amalan & Cara Berfikir Yang Jadikan Anda Tidak Kaya. Elak Cepat!
Saya teringat gaji abah saya dulu, hanya sekitar RM800 saja sebulan. Tapi, cukup untuk membesarkan dan memberi pendidikan kepada kami seramai 4 orang adik-beradik. Alhamdulillah.
Gaji orang sekarang beribu-ribu, tetapi kita rasa tidak mampu untuk menanggung anak-anak yang ramai.
Adakah ia disebabkan gaji tidak cukup? Atau kita tidak cukup ilmu dan kurangnya kemahiran untuk mengurus kewangan dengan bijak di zaman sekarang.
Sebab itu, kita perlu meminta nasihat dan petua orang dulu-dulu. Bagaimana cara mereka menguruskan kewangan. Usah sombong dan terasa bijak! Sungguhpun kita merupakan graduan universiti.
Petua Kewangan Orang Tua Dulu
Jika anda tinggal di kampung ketika zaman kanak-kanak dulu, anda pasti terdengar orang tua dulu-dulu berpesan berulang-ulang kali. Namun, kita sering menganggap ia sekadar membebel.
1) “Jimat jimat duit”. Pesan atok setiap kali dia bagi kita duit poket.
2) “Jangan lupa menabung duit”. Setiap kali dapat duit belanja sekolah, 10 sen mesti dimasukkan dalam tabung gajah Giro supaya boleh dengar musik.
3) “Jangan suka main tikam-tikam”. Bayar 10 sen, cabut satu tiket. Kalau nombor kena, dapat hadiah permainan atau kaset lagu jiwang. Pulang rumah kena marah oleh abah, sebab tikam-tikam itu adalah judi. Haram!
4) “Jangan suka meminjam, nanti orang benci”. Pesanan ini selalu kita dengar kalau ada saudara-mara datang rumah. Kerjanya suka meminjam-minjam.
5) “Tunggu mampu baru beli”. Pesanan ini sangat penting di zaman sekarang. Dulu, semasa mama teringin mahu beli sofa. Jangan beli selagi belum mampu. Maksudnya, jangan berhutang.
6) “Cukup makan sudah”. Pesan ini membawa maksud, hidup sederhana saja. Tidak perlu bergaya lebih-lebih.
7) “Bagi duit masuk tabung surau”. Setiap kali solat jumaat, abah bagi duit RM1 untuk dimasukkan dalam tabung masjid. Orang dulu-dulu, susah macam manapun, tetap suka bersedekah.
Kesimpulan
Berjimat-jimat dalam berbelanja seharian. Dapat gaji, buat tabungan atau simpanan. Jangan pernah berjudi. Zaman sekarang begitu mudah berjudi, hanya melalui smartphone saja.
Jangan suka meminjam duit, nanti saudara-mara dan kawan-kawan tidak suka. Meminjam duit boleh memutuskan hubungan silaturahim. Mana tidaknya, kawan pinjam duit dengan kita, tapi si kawan bercuti di luar negara.
Rekomendasi Untuk Anda: Lelaki Muda Langsai Hutang Rumah Sejak Menabung Emas
Tidak perlu acah-acah mampu dengan berhutang. Bila sudah mampu, barulah beli barang kesukaan kita. Hidup sederhana, tidak perlu bergaya sangat.
Pastikan setiap minggu, kita bersedekah. Buat sedekah pasif setiap bulan, tolak duit dalam akaun bank untuk didermakan kepada agensi donation yang sah dan terpercaya. Inshaallah.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 November 2023