Melabur lebih baik atau sekadar menyimpan duit? Ramai di antara kita yang masih keliru konsep pelaburan dan menyimpan.
Kebanyakan berpendapat, lebih baik menyimpan duit di bank saja. Katanya, simpan duit tiada risiko kerugian. Di jamin selamat kerana di lindungi PIDM (Perbadanan Insuran Deposit Malaysia).
Berbanding dengan pelaburan, terdapat risiko kerugian. Sungguhpun, pelaburan mampu meningkatkan kekayaan, namun kebanyakan kita takut dengan risiko kerugian.
Oleh sebab itu, ramai memilih untuk sekadar menyimpan duit di bank. Mereka menganggap, kekayaan mereka akan bertahan dan tidak akan berkurang akibat kerugian.
Mereka silap! Risiko simpan duit lebih besar dan lebih kejam. Ia ibarat “silent killer“. Dalam diam, nilai duit simpanan kita boleh dihakis dan kekayaan menurun tanpa disedari.
Apa Maksud Melabur?
Melabur bermaksud meletakkan duit pada suatu tempat bagi satu tempoh untuk memperolehi pulangan lebih. Dalam masa yang sama kita sedar tentang risiko yang bakal dihadapi.
Walaupun kadar pulangan boleh dijangka berdasarkan rekod tahun-tahun sebelumnya, namun tiada jaminan 100% bahawa ia akan untung pada tahun ini.
Contohnya, kita letak dalam bank RM10,000, belum tentu duit tersebut akan bertambah menjadi RM16,000. Setiap pelaburan ada pasang dan surutnya.
Dalam kata mudah, pelaburan adalah salah satu kaedah mengembangkan harta. Sekaligus menambah kekayaan kita dan mengurangkan beban kewangan.
Bayangkan, satu hari kita makan nasi kerabu di warung. Tiba-tiba, ada orang lain bayarkan nasi kerabu yang kita makan. Lalu, kita ucapkan terima kasih dan rasa bersyukur. Malah, nasi kerabu tersebut rasa lebih sedap dari biasa. Sebab makan percuma!
Begitulah cara mudah untuk faham pelaburan. Jika kita mahu beli sesuatu, ada orang lain yang bayarkan. Kita tidak perlu keluarkan duit poket atau duit simpanan kita sendiri.
Rekomendasi Untuk Anda: Aset-Aset Pelaburan Paling Untung Di Masa Depan. Terbongkar!
Jika kita mahu beli sebuah smartphone baru, kita gunakan duit dividen (duit orang lain) untuk membayarnya. Maka kita tidak akan stress sebab duit simpanan tidak berkurang.
Kita juga tidak akan stress jika smartphone baru dibeli terhempas atau terendam dalam air. Sebab, kita beli menggunakan duit orang lain.
Pelaburan bukan saja bagi memastikan orang lain membayar kos gaya hidup kita. Malah, boleh juga memastikan orang lain membayar kos sara hidup kita bagi mengurangkan beban kewangan kita.
Apa Maksud Menyimpan?
Menyimpan bermaksud meletakkan duit dalam tabung atau bank dan simpan dalam jangka masa panjang. Apabila kita perlu duit, maka kita akan keluarkan duit simpanan tersebut.
Duit simpanan sangat penting ketika gawat dan memerlukan duit. Tanpa simpanan, bermungkinan kita terpaksa meminjam duit daripada kawan-kawan atau loan bank.
Paling parah, apabila ada yang sanggup meminjam daripada “ah long” atau syarikat pinjaman kewangan tidak berlesen.
Tanpa duit simpanan, hidup akan di bebani hutang. Terutamanya zaman sekarang, apabila aplikasi seperti TNG menawarkan hutang melalui GOpinjam atau Shope Spaylater. Berhutang menjadi mudah!
Rekomendasi Untuk Anda: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi
Kata orang, duit simpanan tiada risiko kerugian seperti pelaburan. Ternyata mereka silap! Duit sentiasa terdedah risiko inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.
Jika kita simpan duit RM10,000 hari ini, nilainya tidak akan sama pada 10 tahun akan datang. Malah, kuasa belinya semakin lemah akibat inflasi nilai.
Contohnya, zaman sekolah dulu, ibubapa berikan duit poket RM1 ke sekolah. RM1 mampu membeli nasi lemak bungkus, air minuman dan chewing gum. Bermaksud, RM1 sudah cukup untuk kenyang di sekolah.
Zaman sekarang, adakah cukup RM1 untuk duit poket anak-anak kita ke sekolah? Sudah tentu mereka akan kelaparan. Kuasa beli RM1 semakin lemah menjadikan harga barang jadi mahal.
“Value is how much the money can buy”
Michael Maloney (Pakar Kewangan)
Bermaksud, simpan duit bagi jangka masa panjang tidak akan menambah kekayaan malah memiskinkan tanpa kita sedari.
Jika simpanan duit kita hari ini ada RM10,000, pada 10 tahun akan datang ia tetap RM10,000. Tetapi barang yang mampu dibeli dengan RM10,000 semakin mengecil dan berkurang.
Labur & Simpan Serentak
Terdapat cara mudah untuk menyimpan dan melabur serentak iaitu dengan membeli emas dan simpan dalam jangka masa panjang.
Emas boleh dijadikan sebagai simpanan kerana ia kalis inflasi dan penyimpan nilai terbaik. Emas tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Membuatkan nilai emas lebih stabil.
Rekomendasi Untuk Anda: MADANI, Program Pelaburan Emas Mesra Rakyat Bajet Rendah
Emas juga sebagai pelaburan. Berdasarkan rekod goldprice.org, harga emas telah meningkat melebihi 400% dalam jangka masa 20 tahun. Atau keuntungan sekitar 20% setahun.
Justeru, emas boleh berfungsi 2 dalam 1. Iaitu sebagai simpanan dan pelaburan jangka masa panjang bagi mengembangkan harta. Persoalannya, berapa banyak emas yang anda sudah simpan?
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 Disember 2023