Aset-Aset Pelaburan Paling Untung Di Masa Depan. Terbongkar!

Aset-aset pelaburan yang bakal menguntungkan di masa depan telah dibongkarkan oleh pakar-pakar pelaburan dan dipersetujui.

Di zaman sekarang terdapat pelbagai skim pelaburan yang timbul dan diwar-warkan penguntungkan. Tetapi sebenarnya, pelaburan tersebut tidaklah begitu menguntungkan.

Terdapat juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk menarik pelabur supaya terlibat dengan pelaburan yang aset palsu atau tidak wujud.

Begitu mudah orang ramai ditipu oleh scammer-scammer yang menawarkan pelaburan yang kononnya menguntungkan. Tetapi sebenarnya, mereka hanya mengambil kesempatan.

Oleh itu, saya kongsikan aset-aset pelaburan yang dijangka menguntungkan di masa depan menurut tokoh-tokoh pelaburan hebat seperti Warren Buffet, Robert Kiyosaki, dan lain-lain.

Aset-Aset Menguntungkan

Pakar-pakar bersetuju bahawa aset-aset yang bakal menguntungkan di masa depan merupakan aset fizikal seperti emas dan perak.

Menurut Robert Kiyosaki dalam podcast How To Get Rich In The Next Market Crash, menceritakan bahawa pelaburan pertama beliau ialah emas fizikal.

aset-aset

Beliau telah mula melabur emas sejak tahun 1972. Ketika itu, beliau membeli 1oz emas pada harga $50 saja. Hari ini, harga emas tersebut telah meningkat kepada $2,000 seounce

Katanya, sepanjang hidupnya beliau hanya menabung emas dan perak. Sebab, semua orang boleh membeli emas dan perak sebagai pelaburan yang mampu milik.

Namun, menurut statistik, hanya 1% rakyat Amerika yang melabur emas dan perak. Selebihnya lebih memilih untuk melabur aset kewangan atau aset kertas.

Rekomendasi Untuk Anda: Emas! Pelaburan Robert Kiyosaki

Billionaire ketiga terkaya di dunia, Warren Buffet telah dilaporkan membeli silver(perak) sebanyak $35juta. Tindakan billionaire tersebut dijangka sebagai pelindung aset sebelum berlakunya keruntuhan pasaran dunia.

Warren Buffet terkenal sebagai pelabur saham yang hebat. Namun, suatu ketika beliau tetap menukarkan aset sahamnya kepada aset fizikal, silver. Sebagai pelindung daripada keruntuhan pasaran semasa.

Selain itu, pelaburan emas dan silver dijangka akan meningkat lebih tinggi selepas market crash berlaku. Ketika itu, billionaire bakal mengaut keuntungan dan menjadi lebih kaya.

Podcast terbaru, tokoh pelaburan Robert Kiyosaki menerangkan bahawa pelaburan silver merupakan pelaburan yang terbaik di dunia pada ketika ini.

Pelaburan silver dikatakan lebih baik daripada hartanah, lebih baik daripada minyak mentah dan gas. Sebabnya, nilai matawang semakin menurun.

Rekomendasi Untuk Anda: Rich Dad Kiyosaki, Amaran Ekonomi Twitter

Nilai matawang semakin hari semakin merundum. Nilai ringgit kita juga semakin jatuh dan jatuh lagi hampir setiap bulan kebelakangan.

Menyimpan duit untuk masa depan tidak lagi berbaloi. Kerana nilai duit kita akan jatuh juga akhirnya. Apabila nilai duit jatuh, maka kekayaan kita juga akan jatuh ditelan waktu.

Nasihat Robert Kiyosaki, jika anda mahu jadi kaya di masa depan, beli dan melaburlah silver sekarang. Kerana ia pelaburan yang terbaik di dunia sekarang.

Perlu Bimbingan Menabung Emas & Silver?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 November 2023   

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments