Emas Putih, Suasa, Rose Gold, Masih Bernilai Atau Tidak Laku?

Emas putih tidak laku? Emas Suwasa dan Rose Gold dikatakan tidak bernilai? Adakah kata-kata itu semua benar atau sekadar khabar angin?

Kita perlu faham terlebih dulu apakah perbezaan dan keunikan emas. Mengapa ia datang dengan pelbagai variasi. Setiap variasi emas pasti mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri.

Setiap variasi emas yang dikeluarkan mempunyai peminat tersendiri. Tanpa peminat yang tegar, berkemungkinan ia akan diberhentikan pembuatan dan pengeluarannya.

Oleh itu, saya bantu menghuraikannya bagi memudahkan anda mengenalpasti dan membezakan setiap variasi emas tersebut.

Apakah Emas Putih

Emas putih ialah logam emas 18 karat. Bermaksud ia mengandungi 75% emas dan 25% logam lain. Logam emas kuning menjadi berwarna putih kerana ia disalut dengan Rodium atau Platinum.

EMAS PUTIH

Rodium atau Platinum merupakan logam yang keras, bersinar dan berwarna putih. Terdapat 2 sebab mengapa emas kuning disalut logam seperti Rodium dan Platinum.

  1. Tambah estetik dengan menukarkan warna emas kuning kepada warna putih silver.
  2. Supaya barang kemas tersebut lebih kukuh dan tidak mudah rosak.

Sebagaimana yang kita tahu, logam emas tulen merupakan logam yang lembut dan berwarna kuning. Ia mudah bengkok atau patah. Disalut dengan logam lain bagi meneguhkan strukturnya.

Namun, lama-kelamaan barang kemas putih akan berubah menjadi kuning. Apabila lapisan logam putih telah terhakis. Dan ia adalah perkara normal yang berlaku pada barang kemas (White gold jewellery).

Apakah Emas Suasa

Cincin kegemaran bagi kebanyakan lelaki di Malaysia ialah cincin suasa. Secara umumnya, cincin suasa diperbuat hasil campuran 70% tembaga, 20% emas dan 10% perak.

Secara terperinci, biasanya cincin suasa menggunakan emas 375 atau 9 karat. Bermaksud, ia mengandungi 37.5% logam emas yang dicampur dengan logam lain seperti tembaga dan perak.

Walaupun ia dipanggil cincin suasa, sebenarnya ia masih mengandungi sedikit logam emas. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cincin suasa adalah ‘haram‘ dipakai bagi lelaki muslim.

Apakah Rose Gold

Rose Gold menjadi kegemaran bagi kebanyakan wanita kerana ia barang kemas yang berwarna merah jambu. Warnanya menjadikannya unik dan menarik. Ia juga dikenali sebagai “pink gold“.

Barang kemas Rose Gold diperbuat daripada campuran logam emas dan tembaga. Biasanya campuran 75% logam emas dan 25% logam tembaga. Dikenali sebagai Rose Gold 18 Karat.

Disebabkan kandungan emasnya rendah iaitu 18 karat, maka strukturnya lebih teguh dan tahan lasak berbanding emas tulen (24 karat).

Adakah Emas Putih, Suasa, Rose Gold Masih Laku?

Malangnya, tidak semua kedai emas menerima atau mahu membeli semula emas putih, suasa dan Rose Gold. Kita bakal mengalami kesukaran ketika menjualnya semula nanti.

Berita baik! Setakat yang saya tahu, syarikat Public Gold menerima dan membeli semula semua jenis emas pada harga tinggi termasuk white gold, rose gold, atau suasa.

Perlu Bimbingan Selok-Belok Jual Beli Emas?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 November 2023    

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments