Amalan dan cara berfikir yang betul akan mendorong kita untuk menjadi berjaya dan kaya-raya. Kebanyakan di antara kita tidak mempunyainya.
Mungkin sebab kita ditempatkan di persekitaran orang biasa atau persekitaran orang yang tidak kaya. Jadi, kita hanya mengamalkan dan berfikir mengikut persekitaran orang biasa.
Namun, janganlah risau! Sebab semuanya boleh dipelajari dan di amalkan sehingga ia menjadi tabiat dan rutin yang sebati dalam diri kita. Kita hanya perlu kenalpasti amalan apakah? Dan berubah.
Amalan Lambat Kaya
- Berbelanja pakai kad kredit untuk beli barang lifestyle, bukan barang keperluan. Katanya “urgent” mahu beli sport rim kereta.
- Terlalu banyak membeli takaful yang salah. Pakar hanya saran beli takaful setakat 10% daripada gaji bulanan sudah memadai. Kalau emergency, kita telefon bomba bukan telefon agen takaful.
- Kerap bertukar-tukar kereta. Katanya perlu kereta baru, SUV yang lebih besar dan selesa, padahal baru anak satu.
- Masuk MLM menggunakan pinjaman peribadi. Katanya sebagai modal berniaga.
- Komitmen hutang sehingga 70% daripada gaji bulanan. Katanya sudah kahwin, komitmen kewangan mestilah tinggi.
- Suka buka Shoppe dan semua online shopping. Suka “scrol” aplikasi shopping di masa lapang walaupun sebenarnya tiada apa yang perlu dibeli.
- Susah untuk cakap ‘tidak’ apabila kawan mahu pinjam duit. Katanya setia kawan, tapi sebenarnya si kawan hanya mahu ambil kesempatan.
- Suka apabila ada orang jeling dan puji kereta kita. “Lawa gila Honda kau, bodykit Mugen tuh!”
- Tiada tabung dan tabiat menyimpan. Bila ada duit lebih baru buat simpanan.
- Pantang nampak promosi. Nampak diskaun 50%, dia terus beli.
Cara Berfikir Lambat Kaya
1. Malas promote diri sendiri. Cepat rasa malu dengan semua perkara.
“Malulah jual tudung di FB.”
2. Merasakan diri tidak layak untuk menjadi kaya. Hanya orang terpilih saja yang boleh jadi kaya.
“Dia cina mestilah boleh kaya. Kita melayu mesti susah punya.”
3. Beranggapan bahawa kaya harta tidak penting. Yang penting kaya hati. Katanya nanti lupa agama.
“Alah, duit banyak bukannya boleh bawa masuk kubur pun.”
4. Terlalu menyesali kekurangan diri, merasakan diri sendiri tidak pandai urus wang.
“Kalau dari dulu aku beli emas, sekarang mesti sudah kaya.”
5. Terlalu banyak penyalahkan status perkahwinan sebagai alasan tidak boleh kaya.
“Kau bolehlah sebab kau bujang. Saya ni sudah kahwin, ada komitmen anak isteri. Susah mau berjaya”
6. Tidak percaya teori semain banyak memberi, maka semakin banyak kita dapat kembali.
“Kalau sudah kaya nanti, baru aku bersedekah”
7. Tidak pernah berasa syukur dengan apa yang ada. Sentiasa mahu lebih tapi tiada usaha.
“Ala, bonus tahun ini cuma sebulan ja”
8. Tidak pernah melabur, hanya yakin simpan duit dalam bank dan ASB saja. Walaupun nilai ringgit jatuh teruk.
“Nilai ringgit jatuh, apa boleh buat. Terima sajalah”
9. Tidak menjaga pemakanan. Makan untuk sihat, bukan untuk melantak.
“Masa ni lah kena makan macam-macam. Nanti dah tua, kena makan berpantang”
10. Kurang bersukan, semakin kurang sihat. Semakin tinggi kos ubat-ubatan kita.
“Aku bukannya tidak mahu bersukan. Cuma, tiada masa sebab sibuk jaga anak”
Cara berfikir membezakan kita sama ada kaya atau miskin. Mungkin ia kecil pada kita, namun besar kesannya di masa depan.
Sekadar Menang Gaya
Zaman sekarang kita dipengaruhi oleh medsos untuk hidup bergaya. Walaupun kita sedar bahawa kita bukannya orang berjaya atau kaya. Namun, kita tetap mahu nampak kaya di Insta.
McD bukannya menyediakan burger yang terbaik. Tetapi, ia menyediakan makanan dengan pantas dan segera. Ditambah dengan ruang dan gaya yang selesa.
Starbuck bukanlah kopi yang terbaik. Tetapi ia boleh membuatkan kita rasa wangi dan bergaya apabila upload foto di insta.
Rekomendasi Untuk Anda: Aset-Aset Pelaburan Paling Untung Di Masa Depan
Honda bukanlah kenderaan terbaik. Tetapi, ia buatan luar negara yang mampu milik untuk bergaya dan dipandang mulia oleh golongan wanita.
I-phone bukanlah smartphone terbaik di pasaran. Tetapi, ia memberi kita gaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. I-phone biar dipegang di tangan saja, rugi kalau simpan dalam poket atau handbag.
Gucci bukanlah handbag terbaik. Tetapi, apabila kita bawa ke kenduri, semua orang seolah-olah kenal dan sayang kita.
Jenama tidak semestinya berkualiti. Ia memberi kita nilai apabila manusia memandang kita. Namun, bergaya tidak membuatkan anda kaya, malah ia membuatkan anda merana.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 November 2023