Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi

Saving emas bukan lagi perkara asing bagi rakyat Malaysia hari ini. Seramai 600,000 penyimpan emas telah berdaftar dengan Public Gold setakat ini.

Emas bukan hanya sekadar pelaburan malah sebagai simpanan kekayaan seperti menyimpan duit. Jika anda menyimpan emas, manfaatnya 2 dalam 1, iaitu menyimpan dan melabur serentak.

saving emas

Masih Ramai Belum Saving Emas

Tidak dinafikan, masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum tahu keistimewaan menyimpan emas. Oleh itu, saya kongsikan 5 keistimewaan menyimpan emas menurut mentor Tuan Zulkifli Shafie, iaitu penulis buku Wang Emas.

1- Mudah Di Cairkan

Jika kita mempunyai emas yang banyak, tidak perlu buat pinjaman peribadi di bank (personal loan). Kita hanya perlu membawa emas ke kedai pajak Ar-Rahnu untuk mendapatkan loan segera.

“Bagi saya, emas adalah tunai”

Tuan Zulkifli Shafie (Penulis Wang Emas)

Bila-bila masa saja jika kita perlukan duit segera, cukup hanya pergi ke Ar-Rahnu. Dengan membawa emas ke Ar-Rahnu, jual atau pajak gadai untuk dapatkan duit tunai. On-the-spot!

2- Aset Fizikal Mampu Milik

Pada hari ini, kita boleh beli emas walaupun dengan bajet yang kecil. Kini, kita boleh beli emas sekecil 1gram atau 0.5gram. Berbeza dengan dulu kala, di mana emas hanya mampu dibeli oleh orang kaya.

“Student pun boleh mula simpan emas (mampu milik)”

Tuan Zulkifli Shafie (Wang Emas)

Hartanah juga merupakan aset yang bagus. Namun, bukan semua orang mampu memiliki hartanah. Hartanah tidak boleh dibeli hanya 1 kaki persegi, mesti beli sebuah rumah. Berbeza dengan emas, di mana kita boleh beli 1gram demi 1gram atau sedikit demi sedikit.

3- Kekayaan Di Tangan Kita

Nilai emas terletak pada ketulenan dan beratnya sendiri. Sedangkan nilai duit kertas terletak pada jaminan kerajaan yang mencetak duit tersebut.

Bermaksud, bagi penyimpan duit, kekayaannya terletak pada kerajaan. Manakala bagi penyimpan emas, kekayaannya terletak di tangan sendiri.

“Walaupun kita mempunyai duit yang banyak, tetapi kekayaan tak ada pada kita. Ada pada kerajaan.”

Tuan Zulkifli Shafie (Wang Emas)

Jika kita membaca sejarah zaman Jepun di Malaya, bagaimana orang kaya boleh jatuh miskin?

Orang kaya jatuh miskin apabila kerajaan Jepun yang berjaya ditewaskan. Apabila kerajaan Jepun tewas, maka duit hilang nilai (Matawang daun pisang). Duit yang banyak hanya dibuang dibawah pokok pisang.

4- Aset Mudah Alih

Jika berlaku huru-hara atau peperangan di sesebuah negara, maka kita boleh lari dengan membawa emas kita. Sekurang-kurangnya kita ada harta untuk memulakan hidup baru di negara yang aman. Ini kerana, emas merupakan aset fizikal yang mudah alih.

“Emas aset fizikal yang mobile, apa-apa berlaku boleh terus ke luar lari”

Tuan Zulkifli Shafie (Wang Emas)

Berbanding aset-aset lain seperti rumah, tanah, kebun atau duit simpanan di bank. Kita tidak boleh bawa bersama untuk lari ke luar negara dengan segera jika berlaku apa-apa krisis di sesebuah negara. Nauzubillah min zalik (Mudah-mudahan Allah melindungi kita).

5- Aset Tersembunyi (Saving)

Emas merupakan satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam mana-mana sistem kewangan. Emas dikatakan aset kewangan tetapi tidak direkodkan dalam sistem bank ataupun sistem kewangan kerajaan.

Bermaksud, tiada sesiapa pun yang tahu berapa banyak emas yang kita simpan. Dan di mana kita simpan emas tersebut kecuali jika kita sendiri yang memberitahunya. Kita bolah sembunyikan kekayaan kita daripada mana-mana pihak sekalipun.

“Emas satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan”

Tuan Zulkifli Shafie (Wang Emas)

Berbanding dengan aset-aset seperti duit simpanan di bank, saham, hartanah, unit trust, bond dan lain-lain. Di mana, kesemuanya direkodkan di dalam sistem kewangan dan perbankan. Bermaksud, kerajaan sentiasa mengetahui aset-aset kita. Termasuklah pihak LHDN!

saving emas lebih bagus

Saving Emas Sekarang!

Menyimpan emas sangat penting sejak post-pandemik Covid-19. Di mana, nilai duit kita semakin hari semakin susut dihakis inflasi. Kuasa beli duit kita semakin kecil lalu menyebabkan harga barang naik.

Jika dibiarkan, kekayaan kita semakin hari semakin susut. Justeru, sangat penting untuk mula simpan emas sekarang walau 1 gram. Sebagai pelindung kekayaan kita daripada dihakis inflasi matawang.

FREE! Daftar+Download Ebook

Klik Website Official Saya

Jika anda perlu bimbingan, sila whatsapp saya. SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
1 November 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi […]

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi […]