Fungsi & Cara Guna Emas Dalam Kehidupan

Fungsi emas sangat penting dalam kehidupan kita. Cuma kebanyakan orang tidak tahu kegunaan dan manfaat sebenar emas dalam kehidupan kita. Dulu, saya sendiri sangka bahawa emas sekadar perhiasan dan pelaburan.

Namun hakikatnya, fungsi emas lebih daripada itu setelah membaca banyak buku tentang emas dan perak. Oleh itu, saya kongsikan 5 fungsi dan cara guna emas dalam kehidupan kita.

1- Medium Transaksi (Fungsi Utama)

Emas merupakan ‘duit’ pada zaman dulu. Sejak zaman Rasulullah lagi, iaitu sejak 1,400 tahun yang lalu emas (dinar) dan perak (dirham) telah menjadi duit sebagai medium transaksi.

Duit kertas yang kita gunakan hari ini bermula sejak tahun 1971 saja. Jika kita membaca sejarah, kita bakal mengetahui pelbagai huru-hara akibat krisis kewangan berlaku seperti kegawatan ekonomi di seluruh pelusuk dunia. Sejak duit kertas dijadikan sebagai medium transaksi atau ‘duit.’

“Saya percaya satu hari nanti, emas akan menjadi duit”

Mohd Zulkifli Shafie (Penulis Wang Emas)

Apabila orang telah hilang kepercayaan ke atas duit kertas, orang akan kembali kepada duit asal iaitu emas dan perak.

2- Hadiah Bernilai

Siapa yang tidak suka apabila dapat emas sebagai hadiah? Saya juga suka! Sebab kita tahu bahawa emas sangat bernilai. Jika kita dihadiahkan air fryer, sudah tentu gembira juga. Namun, ia tidak menggembirakan apabila kita sudah mempunyai air fryer di rumah. Buat apa 2 buah air fryer?

fungsi emas

Cuba bayangkan hadiah kahwin. Kebanyakan hadiah yang diberikan seperti pinggan mangkuk, seterika, blender dan lain-lain. Hadiah itu sangat bermanfaat, tapi kita tidak perlu 2 buah seterika atau 2 buah blender atau 5 set pinggan mangkuk. Akhirnya, hadiah itu kita berikan kepada saudara-mara.

BACA Rekomendasi: Goldbar VS Dinar, Mana Lebih Berbaloi?

Begitu juga jika kita mahu memberikan hadiah. Lebih mudah jika kita berikan emas sebagai hadiah. Jika penerima dapat 2gram emas, 1 dinar, atau 10 dinar. Hadiah itu sangat bermanfaat bagi mereka walaupun mereka sudah ada beberapa gram emas. Semestinya mereka sangat berterima kasih.

3- Mas Kahwin

Biasanya kita suka menggunakan duit yang dihias cantik-cantik sebagai mas kahwin. Namun, kelebihan emas sebagai mas kahwin apabila ia menjadi sentimental value yang tinggi berbanding duit.

Jika duit sebagai mas kahwin, mungkin selepas kahwin duit tersebut boleh habis dibelanjakan untuk masuk rumah baru, berbulan madu dan sebagainya. Duit tidak bertahan lama dalam simpanan.

Mas kahwin emas bukan saja memberi sentimental value, malah lebih bertahan lama dalam simpanan. Sampai satu masa, jika pasangan tersebut terdesak perlu duit segera, mereka boleh jual atau gadai saja emas tersebut. Sangat membantu!

Biasanya orang lebih suka pajak gadai saja, bagi emas yang mempunyai sentimental value seperti emas maskahwin.

4- Alat Pinjaman

Jika seorang rakan pinjam duit dengan kita RM10,000. Lalu kawan kita membayar semula dengan jumlah yang sama iaitu RM10,000 tapi dalam tempoh 10 tahun. Kita akan rugi kuasa beli! Sebab nilai duit hari ini tidak sama dengan nilai duit 10 tahun yang lepas.

Sedangkan bank Islam sendiri tidak memberikan pinjaman berkonsepkan islamik. Bagi akad pinjaman Islam sebenar, jika pinjam RM10,000, bayar semula mesti RM10,000. Tapi bank Islam menawarkan produk konsep berbentuk ‘pembiayaan’ (financing). Bukan produk ‘pinjaman’ (loan).

Katakan kita ingin membeli sebuah kereta berharga RM30,000 menggunakan pembiayaan bank Islam. Kita perlu membayar ansuran 7 tahun dengan harga RM40,000 (harga total). Akad yang digunakan ialah akad jual beli.

Ibaratnya seperti kita membeli kereta itu semula daripada pihak bank. Dengan harga yang tinggi sedikit yang dikenakan oleh pihak bank. Sebagaimana yang kita setujui ketika menandatangan Islamic financing agreement.

Menunjukkan duit sangat merugikan sebagai alat pinjaman. Jika kita meminjamkan emas, lalu peminjam membayar semula dengan emas selepas 7 tahun atau 10 tahun pun. Kita tidak rasa rugi kerana kuasa beli emas kekal.

Pada 10 tahun lalu, RM2,000 boleh beli 10 dinar. Hari ini, 10 dinar yang sama berharga sekitar RM12,000. Jika kita memberikan emas sebagai pinjaman, sudah pasti peminjam akan membayar semula cepat-cepat. Sebab harga emas semakin mahal. Kalau peminjam lambat bayar, dia akan rugi.

5- Jana Pendapatan (Fungsi Buat Duit)

Emas memberi kita peluang untuk menjana pendapatan. Sama ada melalui pelaburan atau perniagaan. Kita boleh beli emas dan simpan. Kemudian setelah beberapa tahun, kita akan mndapat keuntungan dengan menjual emas tersebut ketika harga emas naik.

BACA Rekomendasi: 7 Kelebihan Dealer Public Gold

Kita juga boleh menjadi ejen syarikat emas seperti Public Gold untuk menjana pendapatan pasif. Dengan mendidik dan menceritakan kepada orang ramai tentang kepentingan emas. Untung duit dan pahala!

Tips Emas Percuma Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 November 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments