Goldbar VS Dinar, Yang Mana Paling Berbaloi?

Goldbar atau jongkong emas sangat sinonim pada masyarakat Malaysia apabila bercakap tentang pelaburan emas. Secara umumnya, terdapat 3 bentuk emas utama yang ada di pasaran iaitu jongkong, syiling (dinar), dan barang kemas. Di sini saya hanya berkongsi perbezaan di antara jongkong dan dinar, yang mana lebih berbaloi?

Tentang barang kemas, anda boleh baca di link> Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan

Kenali Goldbar (Jongkong Emas)

Kita mungkin terbayang jongkong emas itu sepertimana yang ditayangkan di dalam filem, berbentuk segi empat, besar dan berat, serta bersinar kuning. Secara amnya, goldbar terbahagi kepada 2 jenis iaitu wafer dan kilobar.

1- Wafer

Wafer merupakan jongkong emas berketulenan gred 999 (24 karat) yang bersaiz kecil. Wafer biasanya didatangkan dengan beberapa pilihan berdasarkan berat iaitu 100gram, 50gram, 20gram, 10gram, 5gram, dan 1gram. Malah ada juga syarikat yang mengeluarkan wafer sekecil 0.5 gram, seperti Public Gold.

Wafer sangat mudah didapati daripada pembekal-pembekal emas seperti Poh Kong, UOB bank, atau Public Gold. Dan harganya sangat mampu milik.

goldbar public gold

2- Kilobar

Kilobar juga berbentuk segi empat berketulenan gred 999 (24 karat) dan mempunyai berat 1 kilogram. Emas kilobar yang diperakukan dikenali sebagai “Good Delivery Bar“.

Good Delivery Bar merujuk kepada emas yang dihasilkan oleh tukang-tukang emas yang diperakukan mutu hasil kerjanya oleh persatuan atau pasaran terkemuka dunia yang mempunyai reputasi tinggi. Kilobar mudah diterima di pasaran bagi tujuan penyelesaian pertukaran. Dan kebanyakan bank pusat sesebuah negara hanya menyimpan Good Delivery Bar sebagai rizab emasnya.

Good Delivery Bar mestilah mendapat pengiktirafan dari persatuan seperti LBMA (London Bullion Market Association), COMEX, DMCC (Dubai Multi Commodities Centre) dan lain-lain.

goldbar kilobar

Kenali Dinar

Dinar atau syiling emas berbentuk bulat merupakan cara paling popular melabur dalam emas sejak 20 tahun lalu. Ini kerana ia adalah aset yang sangat cair (mudah ditukar ke dalam bentuk duit tunai), mudah di bawa, di datangkan dalam saiz standard dan kelihatan seperti wang yang kita biasa lihat.

Dinar boleh didapati dengan 2 ketulenan sama ada gred 999 (24 karat) atau gred 916 (22 karat). Saiz dan berat mengikut standard yang tetap iaitu 1 dinar bersamaan 4.25gram. Terdapat variasi 1/4 dinar (1.0625gram), 1/2 dinar (2.125gram), 1 dinar(4.25gram), 5 dinar (21.25gram), dan 10 dinar (42.5gram).

Syiling emas yang paling banyak dalam ‘circulation‘ di Malaysia ialah Dinar Public Gold

Fakta

Dinar emas di Malaysia dihasilkan oleh syarikat seperti Public Gold, Dinar Kelantan, dan Royal Mint of Malaysia. Yang mana satu pilihan anda?

Bacaan Rekomendasi: Dinar VS Dirham, Perbezaan Ketara

goldbar dinar

Goldbar Atau Dinar Lebih Berbaloi?

Jika anda teliti perbezaan antara jongkong dan dinar ialah, bentuknya. Jika anda suka bentuk segi empat, anda boleh pilih jongkong. Jika anda suka bentuk bulat, anda boleh pilih dinar. Bagaimana pula dari sudut keuntungan?

goldbar vs dinar

Dari sudut keuntungan, kita boleh rujuk jadual Margin Spread bagi jenama Public Gold di atas. Ternyata, kadar spread bagi jongkong emas 10gram adalah sama dengan kadar spread 1 dinar, iaitu 9%. Manakala kadar spread bagi jongkong emas 50gram adalah sama dengan 10 dinar iaitu 7.5%.

Semakin rendah ‘margin spread‘ bermaksud semakin tinggi keuntungan kita dengan produk emas tersebut.

Tips Pelaburan Emas

Kesimpulannya, jongkong dan dinar adalah sama saja dari sudut keuntungan. Jika anda ada bajet lebih, anda boleh pilih untuk membeli emas yang lebih berat seperti 100gram, 250gram atau 1kilogram. Di mana kadar spreadnya lebih rendah yang membawa maksud lebih untung!

Tips Pelaburan Emas Di Telegram

Klik> Join Channel

Jika bermanfaat, sila SHARE ilmu ini. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
10 May 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Goldbar VS Dinar, Mana Lebih Berbaloi? […]