Trending hari raya kali ini apabila ramai suka memberikan emas raya sebagai duit raya! Mungkin sebab duit kecil seperti RM1 atau RM5 sukar di dapati di bank-bank dalam tempoh Endemic atau fasa pemulihan Covid-19. Apa kelebihan emas raya?
Kisah Duit Raya Yang Hilang
Setiap kali hari raya menjelma, teringat kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu. Perkara yang paling seronok apabila dapat beraya dari rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya. Walaupun rumah yang dikunjungi itu tidak dikenali, tujuannya hanya untuk mendapatkan duit raya. Maklumlah, masa itu masih kanak-kanak, belum ada rasa segan silu bertandang ke rumah orang yang tidak di kenali.
Jika di fikirkan semula, rasanya banyak duit raya yang saya pernah dapat semasa kecil dulu daripada saudara-mara. Tetapi, tidak tahu duit raya itu pergi ke mana semuanya? Pelik!
Jika orang dewasa pun ada masalah boros atau kebocoran kewangan, apatah lagi kanak-kanak yaang cuma dapat duit raya setahun sekali. Masalah boros ini pasti akan berlaku dan berpanjangan jika ibubapa tidak mencari jalan kreatif bagi membendung masalah boros di kalangan anak-anak mereka.
Cara Kreatif Ubat Penyakit Boros
Jika kita fikirkan semula, jika duit raya zaman kanak-kanak dulu dikumpul dan disimpan sehingga meningkat remaja dan dewasa, duit raya yang terkumpul mungkin mencecah ribuan ringgit. Walaupun ia bergantung pada kemurahan saudara-mara masing-masing. Seperti saya yang mempunyai pakcik dan makcik di negara Brunei, maka saya mendapat duit raya dalam matawang dolar Brunei. Nilai dolar besar!
Duit raya yang terkumpul akan membantu anak-anak kita apabila telah meningkat dewasa. Contohnya sebagai duit belanja di universiti. Walaupun duit raya tidak mampu menganggung kos pengajian, sekurang-kurangnya ia akan sangat membantu.
Jika anda sebagai ibu bapa, maka anda boleh bertindak dan mendidik anak-anak menyimpan duit raya sehingga mereka meningkat dewasa. Dalam banyak-banyak cara, salah satunya ialah dengan menukarkan duit raya kepada emas raya.
Bacaan Rekomendasi: Pendidikan Anak-Anak, Simpan Emas
Emas Raya Yang Trending
Ada 2 cara untuk menyimpan emas raya iaitu:
1- Duit Raya Di Gantikan Emas Raya (Trending)
Biasanya kita akan memberikan duit raya kepada anak-anak yang tersayang, kali ini kita selitkan goldbar dalam sampul raya. Yang menariknya, design goldbar raya berlainan setiap tahun. Maka kita boleh menggamit kenangan setiap goldbar hari raya yang akan menjadi sentimental value buat kita.
2- Kumpul Duit Raya Anak-Anak Dan Tukar Kepada Emas
Apabila anak-anak mendapat duit raya, ibu bapa boleh tolong simpankan dan tukarkan duit tersebut kepada emas. Duit sangat seronok dibelanjakan dan emas sangat seronok disimpan. Maka ia akan membuatkan simpanan emas lebih bertahan lama berbanding simpanan duit yang dihakis nilainya oleh inflasi.
Kini lebih mudah dengan menyimpan emas serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.
Jangan terkejut jika emas raya telah trending. Menurut sumber yang boleh dipercayai, emas raya 1gram telah berjaya terjual sehingga 6,000 keping iaitu bersamaan 6 kilogram emas! Betapa ramai rakyat Malaysia gemar memberikan emas raya berbanding duit raya.
Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
3 May 2022 (1 Syawal 1443AH)