Simpan emas pendidikan

PENDIDIKAN ANAK-ANAK | SIMPAN EMAS

Pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa. Semestinya ibubapa mahu melihat anak-anak mereka memasuki universiti dan berjaya mencapai cita-cita bila dewasa nanti. Semua itu perlukan kos yang besar!

Kos Pendidikan Semakin Mahal

Ini adalah masalah yang merunsingkan bagi para ibubapa yang perlu menanggung kos universiti yang semakin mahal setiap tahun. Ia berpunca daripada kesan inflasi matawang yang menghakis nilai Ringgit. Semakin banyak kita simpan duit pun sangat tidak berbaloi kerana bilangan duit saja yang bertambah tetapi Kuasa Belinya jatuh setiap tahun.

Kesan Inflasi Menghakis Nilai Duit Dalam Senyap

Kita ambil contoh mudah, ketika zaman sekolah tahun 80-an dulu, budak sekolah hanya di berikan duit poket 50 sen saja. 50 sen itu cukup membeli sepinggan nasi, segelas minuman dan gula-gula. 50 sen sudah cukup kenyang!

Duit Poket 50 Sen, Adakah Cukup Hari Ini?

Duit poket budak sekolah hari ini di kira mewah jika di bandingkan dengan budak sekolah zaman 80-an. Harga sepinggan nasi lemak berharga RM1.50. Secawan air minuman sirap 50 sen, ada juga minuman yang di jual pada harga RM1. Bermaksud, duit poket budak sekolah hari ini perlu sekurang-kurangnya RM3. Barulah cukup!

Di situ menunjukkan, kos budak sekolah hari ini meningkat 5 kali ganda berbanding budak sekolah zaman 80-an. Atau dalam kata lain, kuasa beli duit kertas telah susut nilainya sebanyak 80% dalam tempoh 30 tahun! Kita perlu lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama..

Simpan Emas Lebih Baik

Untuk selamatkan nilai duit kita hari ini demi masa depan, simpan emas lebih berbaloi! Kisah bagaimana 1 Dinar (4.25gram) boleh membeli seekor kambing pada 1,400 tahun dulu. Dan hari ini, harga sekeping 1 Dinar sekitar RM1,100. Bermaksud masih mampu beli seekor kambing hari ini. Membuktikan emas mengekalkan kuasa beli sejak tahun 1,400 dulu sehingga sekarang!

Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-Anak

Apabila anda telah memahami konsep di atas, maka anda boleh buat anggaran jumlah emas yang di perlukan untuk belanja pengajian universiti pada hari ini. Contohnya, bagi jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun, darab 5 tahun pengajian berjumlah RM32,500. Maka anda boleh membuat jangkaan jumlah kos pengajian lebih kurang RM30,000 -RM40,000. Bermaksud jumlah simpanan emas yang di perlukan sekitar 210 – 240 gram.

Jika kita mula menyimpan 1 gram emas untuk anak dari bulan pertama kelahirannya sehingga anak berusia 18-20 tahun, maka simpanan pendidikan anak telah mencapai 216 gram. Simpanan emas kalis inflasi. Bermaksud, 216 gram emas tadi cukup untuk menampung kos universiti anak-anak walaupun berlaku ketidak-tentuan nilai Ringgit atau ekonomi di masa akan datang. Dan anak itu tidak perlu berhutang atau membuat pinjaman PTPTN seperti generasi graduan hari ini.

Bagi memudahkan anda, di bawah adalah jadual anggaran simpanan emas anak-anak serendah 1 gram – 10 gram.

Cara Terbaik Simpan 1 Gram

Demi Pendidikan Anak-Anak

Persoalannya, di mana mahu beli emas 1 gram? Boleh percaya ker?

Untuk pengetahuan anda, harga emas kecil 1 gram lebih mahal dari harga emas yang lebih besar. Kerana kos membentuk emas kecil lebih rumit dari emas saiz besar. Untuk kepastian, anda boleh pergi ke mana-mana kedai emas dan bertanya “Berapa harga total emas 1 gram?” (Jangan tanya harga per gram ok). Saya pasti harganya lebih kurang RM350 ke atas. Walaupun harga pasaran hari ini hanya RM260/gram saja!

Berdasarkan pengalaman saya, cara terbaik untuk simpan emas “1gram 1 bulan” di masa sekarang ini hanya melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang di tawarkan oleh Public Gold.

Pendidikan GAP
Tokoh kewangan Azizi Ali syorkan Akaun Emas GAP

Walaupun ia akaun emas, anda boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa dan simpan sendiri (Kalau minat simpan sendiri). Yang pastinya, harganya paling murah di Malaysia buat masa sekarang. Kita boleh buka satu akaun emas untuk setiap anak. (Akaun di urus oleh ibubapa sebagai pemilik bersama).

Untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP, and boleh membaca DI SINI. Dan anda boleh membaca tentang Public Gold DI SINI. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Amin..

Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 Jun 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Simpan Emas Demi Pendidikan Anak-Anak […]

trackback

[…] Bacaan Rekomendasi: Pendidikan Anak-Anak, Simpan Emas […]

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Pendidikan Anak-Anak | Simpan Emas […]