Iran Serang Israel. Harga Emas Meroket

Iran melepaskan lebih 300 drone dan peluru berpandu ke atas Israel. Bagi merosakkan kemudahan tentera Israel di selatan negara itu. Tiada kematian orang awam dilaporkan.

Sekaligus telah melonjakkan harga emas global ke paras tertinggi baru iaitu $2,420 (11,537.30) seauns. Atau RM370.93 segram susulan laporan awal serangan pada hujung minggu lalu.

Seiringan dengan itu, harga minyak mentah turut meningkat naik. Kenaikan harga minyak mentah akan meningkatkan kadar inflasi dan melembabkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Konflik Iran-Israel ini juga telah menjejaskan nilai matawang Ringgit ke paras rendah. Nilai ringgit telah susut kepada 4.7885 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Hari ini berdasarkan harga emas semasa Public Gold, harga emas meningkat kepada RM399 segram. Manakala harga silver turut meningkat ke paras RM546 bagi 100gram.

Jual Atau Labur lagi?

Kenaikan harga emas dan silver memberi peluang kepada pelabur-pelabur untuk meraih keuntungan. Ini merupakan masa terbaik untuk menjual semula (Buyback) emas bagi mendapatkan keuntungan.

Pastikan harga jual semula (buyback) lebih tinggi berbanding harga ketika kita membeli emas tersebut dan kadar spreadnya. Barulah kita merasa untung!

Contohnya, suatu ketika dulu kita membeli goldbar 100gram dengan harga RM18,000 (RM180 segram). Hari ini, harga emas telah meningkat ke paras RM399 segram.

Bermaksud, kita boleh menjual semula (buyback) goldbar 100gram tadi dengan harga RM36,665 (selepas tolak kadar spread 9%, bagi goldbar Public Gold).

Maka, keuntungan bersih yang kita perolehi ialah RM18,665 daripada goldbar 100gram tersebut. Bermaksud, kita telah untung melebihi 2 kali ganda daripada harga asal goldbar 100 gram tersebut.

Jika harga goldbar anda masih belum melepasi harga buyback semasa, disarankan anda teruskan menyimpan emas tersebut. Tunggu sehingga harga emas naik lebih tinggi.

Emas Belum Banyak

Jika emas dalam simpanan kita hanya 1gram, lebih baik fokus untuk menambah simpanan terlebih dulu. Sekiranya dijual semula pun, keuntungannya sangat kecil dan tidak akan menyebabkan kaya-raya.

Masih berbaloi untuk membeli atau menambah simpanan emas, sungguhpun harga emas meningkat ke paras tertinggi. Harga emas pasti akan naik lagi di masa depan tanpa had.

Emas bukan seperti aset lain yang mempunyai harga siling. Harga emas boleh meningkat tanpa had. Kerana matawang di dunia ini sentiasa dihakis nilainya oleh inflasi saban tahun.

Inflasi matawang berpunca daripada wang kertas yang sentiasa boleh dicetak tanpa had. Apabila wang kertas dicetak dengan banyak, maka nilainya susut dan harga emas naik. Berkadar songsang.

Kesimpulannya, masih banyak peluang bagi pelabur-pelabur untuk meraih keuntungan dengan aset emas dan perak. Sungguhpun, bagi pelabur-pelabur yang baru bermula.

Perlu Bimbingan Melabur Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 April 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments