Harga Emas Cecah RM400 Segram. Masih Mampu Milik?

Harga emas mencatatkan harga tertinggi iaitu RM399 segram hari ini. Berikutan konflik timur tengah di antara Iran-Israel.

Konflik tersebut telah melonjakkan permintaan aset ‘safe-haven’ iaitu emas yang dikenali sebagai pelindung kekayaan ketika berlaku krisis atau malapetaka ekonomi dunia, mahupun perang.

Diketahui bahawa emas merupakan aset yang paling ampuh ketika berlaku ketidak-stabilan geopolitik. Maka, pelabur-pelabur berlumba-lumba menukarkan aset kewangan kepada emas sejurus mendengar berita konflik berbalas serangan di timur tengah.

“Gold is not a monetary policy trade at the moment, it’s a geopolitics trade,”

Kyle Rodda (Financial market analyst Capital.com)

China juga telah mengumpul lebih banyak emas dan membuang Dolar Amerika daripada rizab persekutuan.

China menurunkan $22.7 billion lagi dalam Perbendaharaan AS (US Treasuries) pada Februari, menurut data terkini daripada Rizab Persekutuan (Federal Reserve).

Gerakkan China telah memacu permintaan tinggi terhadap emas secara global. Sekaligus emas merekodkan paras harga tertinggi yang baharu.

Emas kekal melebihi 15% lebih tinggi setakat tahun ini (April 2024). Kenaikan disokong oleh pembelian dan permintaan bank pusat dari Asia, terutamanya dari China.

Adakah Emas Masih Mampu Dimiliki?

Kita ketahui bahawa harga emas semakin lama semakin mahal. Bagi pembeli emas, ia adalah beban. Manakala bagi penyimpan emas, ia adalah peluang keuntungan yang dinanti-nantikan.

Mujur, di Malaysia masih ada platfom membeli emas serendah RM100 secara patuh syariah. Melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program).

Akaun Emas GAP telah lama diperkenalkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold International Sdn. Bhd. (Ditubuhkan sejak 2008)

Kemudahan seperti Akaun Emas GAP memudahkan rakyat Malaysia khususnya bagi mengumpul emas fizikal dengan bajet rendah. Yang disimpan secara percuma di dalam akaun Public Gold dengan selamat.

“Now everyone can buy gold”

Public Gold

Kini, Akaun Emas GAP bukan saja mampu dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia malah rakyat di luar negara. Seperti negara terdekat Singapura, Brunei, Indonesia.

Public Gold telah membuka cawangan terbarunya di beberapa bandar utama di Indonesia. Seperti Jakarta, Bandung, Surabaya, dan Jogjakarta.

Lebih 830,000 orang telah mendaftar Akaun Emas GAP. Harga emasnya murah, mudah dibeli serendah RM100, selamat, emas fizikal dan dijamin patuh syariah.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 April 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
4 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments