Habib Atau Public Gold, Mana Lebih Untung Lagi Berbaloi

Habib Jewels sememangnya jenama barang kemas yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Ia juga antara barang kemas yang mempunyai rekaan berkualiti, unik, cantik, dan digemari ramai.

Maka, tidak hairanlah jika ramai di antara kita tertarik untuk membeli barang kemas jenama Habib Jewels. Namun, adakah barang kemas sesuai dijadikan pelaburan?

Banyak desas-desus yang biasa saya dengar daripada pembeli emas Habib, mereka rasa rugi setelah membelinya. Katanya, mahal ketika membeli dan murah jika dijual semula. Betulkah?

Seolah-olah barang kemas jenama tersebut tidak lagi berharga apabila hendak dijual semula. Timbul pula persoalan yang ditanyakan kepada saya, adakah emas jenama Habib betul-betul emas tulen?

Tidak dinafikan lagi, barang kemas jenama Habib sememangnya menggunakan emas tulen dan bermutu tinggi. Oleh sebab itu, harganya lebih mahal berbanding dengan jenama barang kemas lain.

habib

Keluhan Puan B ketika hendak menjual semula gelang emas berketulenan 999 miliknya kepada barang kemas jenama Habib. Namun, harganya dipotong sebanyak 21% daripada harga semasa.

Puan B merasa rugi dengan emas yang sepatutnya meraih keuntungan. Malah, beliau merasakan bahawa pelaburan emas tidak membawa keuntungan, hanya kerugian semata-mata.

Peratus (21%) yang dikenakan tersebut dipanggil kadar spread. Kadar spread ialah perbezaan di antara harga kita beli (Buy) dan harga kita jual semula (Buyback).

Menurut Puan B, kedai Habib dan Tomei telah mengenakan kadar spread sebanyak 21% terhadap barang kemas 999 miliknya untuk ditukarkan kepada emas 916.

Untuk senang faham, katakan kita membeli gelang emas berharga RM1,000. Kemudian, harga emas dunia sedang meningkat sebanyak 10%.

Jadi, kita rasakan ketika ini masa terbaik jual semula emas bagi meraih keuntungan. Keuntungan 10% daripada RM1,000 dianggarkan sebanyak RM1,100.

Apabila kita hendak menjual semula gelang emas tadi, Habib hanya membayar RM869 selepas ditolak dengan 21% (kadar spread yang dikenakan) daripada harga pasaran emas semasa (RM1,100).

Harga RM869 tersebut lebih rendah daripada harga asal gelang emas tersebut iaitu RM1,000. Menunjukkan gelang emas tersebut merupakan pelaburan yang merugikan.

Pelaburan emas sepatutnya meraih keuntungan malah mendapat kerugian dengan kadar spread yang tinggi sekitar 20-40% yang dikenakan oleh kebanyakan kedai emas.

Mahu Untung? Pilih Kadar Spread Rendah

Kadar spread yang tinggi pasti merugikan kita walaupun mempunyai emas tulen yang bermutu tinggi. Sebab itu, kita mesti bijak memilih jenama emas yang menawarkan kadar spread rendah.

Syarikat Public Gold menawarkan kadar spread yang rendah bagi produk emas mereka sekitar 6-9% saja. Jauh lebih rendah daripada kadar spread yang dikenakan oleh kebanyakan kedai emas.

Kadar spread yang rendah memberi peluang kepada kita untuk meraih keuntungan maksima ketika kenaikan harga pasaran emas semasa.

Bagi anda yang suka barang kemas yang murah dengan kadar spread rendah, saya rekomen pilih jenama PG Jewel. Barang kemas PG Jewel sering menawarkan harga promosi secara online. Klik Website PG Jewel.

Penting memilih jenama emas yang betul dan tepat, barulah menguntungkan. Tersalah pilih jenama emas boleh mengakibatkan kerugian.

Ramai orang khususnya kawan-kawan saya mengeluh dengan kerugian mereka dalam pelaburan emas. Mereka menyangka pelaburan emas sentiasa untung asalkan ia adalah emas fizikal tulen.

Ternyata, sangkaan mereka kurang tepat. Tersalah pilih jemana emas merupakan faktor utama mengapa pelabur-pelabur emas dilanda kerugian.

Perlu Bimbingan Pilih Emas Yang Betul Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 April 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments