Dealer Public Gold | 7 Kelebihan Terbongkar

Dealer Public Gold? Pada mulanya saya tidak pernah terfikir untuk menjadi dealer Public Gold. Dulu saya hanya minat menceburi pelaburan hartanah sebagai pendapatan tambahan. Lagipun, saya mempunyai kerjaya yang baik dalam bidang kejuruteraan pesawat di syarikat AirAsia bhd.

Rasa Tanggungjawab Dorong Jadi Dealer Public Gold

Saya mula membeli emas sebagai simpanan sendiri setelah membaca buku yang di tulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, bertajuk Doctor In The House (Doktor Umum). Dalam buku tersebut, pada Chapter 52 bertajuk “Currency Crumble” yang menceritakan tentang asal usul penciptaan duit kertas.

Lebih mengejutkan saya apabila Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa duit kertas itu tidak mempunyai nilai! Nilai duit kertas di cetak hanya berasaskan “Percaya”. Selagi kita percaya, maka duit kertas akan bernilai. Bila “percaya” hilang, maka duit itu akan jadi sekadar “kertas” yang tidak bernilai.

“That’s thing about paper currency – it’s not worth anything in itself. It has value because, and only for as long as, people believe it does. That’s how money works”

Tun Mahathir Mohamad – Doctor In The House

Kenyataan tersebut membuatkan saya mula beli emas demi menyelamatkan duit simpanan saya sendiri dan mula berkongsi ilmu kepada keluarga dan saudara-mara terdekat. Keadaan itu menyebabkan saya mula menjadi dealer Public Gold yang sah! Baca di sini kenapa saya pilih Public Gold.

7 Kelebihan Dealer Public Gold

dealer public gold
Gambar oleh G100 Network

Saya telah menjadi dealer Public Gold (PG) yang sah sejak 2016 lagi, maka saya kongsikan kelebihan hebat yang ada pada dealer Public Gold.

#1 – Beli Sendiri Dapat Rebat

Jika saya beli emas untuk diri sendiri boleh dapat rebat (insentif). Insentif di bayar berdasarkan 3 level dealership masing-masing seperti:

  • Normal Dealer = 1%
  • Priority Dealer = 1.5%
  • Master Dealer = 2%

Insentif di kira apabila sudah sah mencapai status “dealer” saja. Bagi customer biasa yang belum mencapai status “dealer” tidak akan di bayar insentif. Apabila seorang berstatus dealer beli emas maka insentif yang di bayar seperti:

  • Normal Dealer beli emas RM10,000 x 1% = RM100 (Insentif)
  • Priority Dealer beli emas RM10,000 x 1.5% = RM150 (Insentif)
  • Master Dealer beli emas RM10,000 x 2% = RM200 (Insentif)

Harga emas PG lebih rendah 8 Signature Exercises From Past And Present Bodybuilding Pros over the counter why is proviron needed during and after the course work one major muscle group per day for best bodybuilding resulsekitar 15% dari kebanyakan kedai emas di luar, dan dealer pula dapat rebat (Bukan diskaun). Bermaksud 2 kali untung!

Nota : Insentif akan di bayar oleh PG pada setiap 20 hari bulan pada bulan berikutnya. (Bukan bayar on-the-spot)

#2 – Jual Sendiri Dapat Rebat (0.3%)

Dealer yang mahu jual semula emas kepada PG, akan di bayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Rebat 0.3% adalah sama bagi setiap level dealer PG, sama ada Normal, Priority, atau Master Dealer. Contoh kiraan:

  • Jual emas harga RM10,000 x 0.3% = RM30 (Insentif)

Biasanya, apabila membeli saja dapat insentif. Tetapi di PG, jual pun dapat insentif! Insentif di bayar pada setiap 20 hari bulan pada bulan berikutnya (Bukan bayar on-the-spot)

#3 – Introduce Pembeli (Tidak perlu jual emas)

Apabila dapat banyak manfaat simpan emas PG, anda boleh ceritakan manfaat tersebut kepada orang lain. Supaya orang lain boleh dapat manfaat yang sama dan PG akan membayar komisyen atas kebaikan yang kita sampaikan kepada orang lain.

Seorang dealer hanya perkenalkan (Introduce) kepada orang lain tentang manfaat emas Public Gold. Bukan menjual emas, hanya menyampaikan kebaikan bercerita tentang manfaat emas di media sosial seperti Whatapps, Facebook, Instagram, Tiktok dan lain-lain.

Setiap pembeli emas yang kita introduced, PG akan bayar komisyen mengikut level dealer seperti:

  • Customer beli RM50,000 x 1% = RM500 (Normal Dealer)
  • Customer beli RM50,000 x 1.5% = RM750 (Priority Dealer)
  • Customer beli RM50,000 x 2% = RM1,000 (Master Dealer)

Kalau customer penyimpan emas konsisten beli emas 1 gram 1 bulan, bayangkan berapa passive income yang anda bakal dapat jika anda introduced kepada 1000 orang customer.

#4 – Bisnes Tanpa Modal

Untuk menjadi seorang dealer Public Gold, kita hanya perlu membeli emas dalam jumlah tertentu saja. Emas yang di beli itu adalah milik anda sepenuhnya. Bermaksud ia bukan modal hangus dan tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk bergelar dealer PG.

#5 – Dealership Kekal Sampai Bila-Bila

Apabila anda telah bergelar Dealer Public Gold yang sah, maka dealership itu kekal sampai bila-bila dan tidak perlu renewal. Contoh situasi ialah seperti berikut:

Katakan anda menjadi dealer dengan membeli 8 Dinar ketika Promo Dealership. Secara automatik, anda telah menjadi dealer yang sah. Tiba-tiba anda menjual semula 8 Dinar emas tadi atas sebab tertentu, lalu dealership anda masih kekal dan tidak hilang!

#6 – Passive Income Boleh Di Warisi

Kelebihan ini mungkin tidak ada pada bisnes lain, di mana passive income yang kita bina boleh di warisi. Selagi customer yang kita introduced itu beli emas, maka selagi itu kita akan dapat komisyen sampai mati.

Kita boleh jadikan dealership PG yang kita usahakan selama ini sebagai harta pusaka untuk anak-anak kita nanti. Inshaallah~

dealer public gold

#7 – Percuma Dealership Training

Jika anda menjadi dealer PG di bawah bimbingan team saya (Team G100 Network), maka anda boleh mengikuti program bimbingan dealership secara percuma setiap minggu melalui facebook live G100 Network. Anda juga akan mendapat akses percuma ke 7 private channel Telegram Mentor Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas, Misi Bebas Hutang).

Ramai dealer-dealer Public Gold Team G100 Network yang hebat dan berjaya membina passive income RM5000-RM10,000 sebulan (dalam masa 3-5 tahun saja).

Berita baik! Anda juga layak membina passive income bersama-sama Team G100 Network.

Syarat Jadi Dealer Public Gold

Untuk jadi dealer PG tidak perlukan modal, cuma perlu beli emas pada kadar tertentu saja. Emas itu adalah milik anda sepenuhnya. Syarat boleh berubah mengikut keadaan tertentu. Gambar di bawah adalah syarat bagi tahun 2024:

dealer public gold

Berita baik Buat Anda! Untuk Jadi Dealer Public Gold

Public Gold sentiasa buat promosi dealership dengan jumlah belian emas yang rendah, Promosi serendah RM10,000 (Tambahan Wealth card RM200) di webinar yang diadakan setiap minggu.

Dapatkan informasi tentang webinar terkini di FB Page Public Gold By G100 Network atau di FB Page ekrammarfuadi.com

Apa-apa soalan tentang dealership Public Gold? Sila tinggalkan komen atau whtapps saya untuk saya bantu Tuan/Puan.

Perlu Bimbingan, Jemput Join Telegram Channel

Klik> Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumu’llah khayran

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
6 July 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] 7 Kelebihan Dealer PublicGold […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Dealer Public Gold, 7 Kelebihan Terbongkar […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: 7 Kelebihan Dealer Public Gold […]