Andrew Tate Dedah Cara Kaya Ketika Inflasi

Andrew Tate semakin popular di media sosial baru-baru ini. Popularitinya melonjak lagi apabila beliau bercakap tentang kelebihan Islam di sebuah podcast yang ditayangkan di youtube. Sedangkan beliau beragama kristian ketika itu.

Digemparkan lagi apabila beliau didapati memeluk Islam. Apabila video beliau viral sedang solat masjid di Dubai dengan seorang MMA fighter terkenal, Tam Khan. Lalu, beliau di banned oleh kebanyakan sosial media termasuk twitter, youtube, email, dan lain-lain.

Siapa Andrew Tate?

Beliau merupakan seorang bekas petinju kickboxer. Kini, beliau lebih dikenali sebagai internet influencer yang sering dijemput bercakap mengenai pelbagai isu-isu semasa di youtube podcast.

Kini, beliau di ranking ke-3, The Most Search People pada tahun 2022. Di belakang Queen Elizabeth dan Donald Trump. Andrew Tate dilabel sebagai “Top G” kerana beliau mempunyai empayar kekayaan mencecah 355 juta dolar!

Setelah mendengar beberapa podcast beliau tentang kewangan. Lalu saya sekadar menyampaikan dan berkongsi rahsianya yang mahir membina empayar berjuta-juta sebagai inspirasi kehidupan kita.

Cara Andrew Tate Buat Duit

Salah satu podcast beliau bercakap tentang 4 cara untuk buat duit iaitu:

  1. Tukarkan masa kepada duit.
  2. Tukarkan informasi kepada duit.
  3. Tukarkan produk/servis kepada duit.
  4. Meletakkan sesuatu untuk bekerja dan buat duit.

Tukarkan masa kepada duit bermaksud kita bekerja makan gaji. Kita menghabiskan masa ditempat kerja untuk mendapatkan gaji. Ini merupakan langkah pertama untuk membina kekayaan. Tapi masalahnya ialah kita hanya mempunyai masa yang terhad.

Tukarkan informasi kepada duit bermaksud memberikan informasi melalui video atau blog. Hanya perlu kerja sekali dan hasilnya berkali-kali. Kita boleh jimat banyak masa. Informasi seperti resepi memasak, cara main gitar, dan lain-lain.

BACA Rekomendasi: Dealer Public Gold, 7 Kelebihan Terbongkar

Tukarkan produk/servis kepada duit bermaksud buat bisnes. Kita menjual produk atau memberikan servis kepada pelanggan untuk mendapatkan duit. Contohnya menjual produk goldbar, dinar. Servis pula seperti tukang paip, gunting rambut dan sebagainya.

Meletakkan sesuatu untuk bekerja dan buat duit bermaksud menggaji orang lain untuk buat kerja. Atau melaburkan duit untuk bekerja. Kelebihannya, kita mempunyai banyak masa terluang kerana orang lain atau duit bekerja untuk kita. Kita perlu mempunyai mentaliti investor.

Kaya Dengan Inflasi

Andrew Tate mengatakan bahawa “money isn’t real” kerana duit dicetak tanpa bersandarkan apa-apa. Federal reserve dan bank hanya perlu menaip nombor pada skrin dan menghidupkan printer untuk mencetak duit kertas.

What happen if they print money from the sky. The currencies inflates. The currency is worth less.”

Andrew Tate
andrew tate

Beliau menegaskan bahawa menyimpan duit tidak akan membuatkan kita kaya. Sebab bank mencetak duit dengan cepat dan banyak lalu menyebabkan inflasi matawang.

BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit

Inflasi menyebabkan kuasa beli duit kita semakin kecil setiap tahun. Apa gunanya simpan duit yang susut kuasa belinya setiap tahun. Ia tidak akan membuatkan penyimpan duit bertambah kaya.

“The rich own the assets. And the price of these assets goes to the moon.”

Andrew Tate

The Rich suka membeli aset kerana nilai aset sentiasa meningkat. Mereka sentiasa mahu duit mereka bergerak daripada sekadar simpan duit dalam bank yang susut nilai dimakan inflasi.

“The people with no assets, they get destroyed. Because the dollar worth less.”

Andrew Tate

Inflasi juga menyebabkan harga aset-aset seperti emas, silver, hartanah semakin mahal. Bagi penyimpan aset, kekayaan mereka bertambah. Manakala, bagi penyimpan duit, kekayaan mereka menurun dihakis inflasi.

FREE! Tips Bina Kekayaan Dengan Emas Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
27 Disember 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments