Oil For Gold! Minyak Russia Dibayar Emas

Oil for gold merupakan berita tergempar mengejutkan dunia. Apabila Russia bakal menerima emas sebagai bayaran bagi transaksi jual beli minyak mentah mereka.

Transaksi seperti ini pernah cuba dilakukan suatu ketika dulu oleh Muammar Gaddafi (Libya). Libya cuba menjual minyak mentah dengan bayaran emas tetapi tidak berjaya. Apakah Russia bakal berjaya?

Kisah Oil For Gold

Menurut Kitco News, Amerika Syarikat dan negara-negara G7 bersepakat untuk menetapkan harga syiling bagi minyak mentah dari Russia kepada 60 USD bagi setong.

Russia oil for gold

Tindakan ini adalah rancangan bagi mengurangkan pendapatan Russia. Penjualan minyak merupakan hasil pendapatan terbesar bagi negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Russia merupakan negara kedua terbesar pengeksport minyak mentah dunia selepas Arab Saudi.

BACA Rekomendasi: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas

Disebabkan negara US dan Eropah bersekongkol mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia gara-gara invasi Ukraine. Maka Russia bertindak-balas dengan tidak menjual minyak menggunakan matawang USD atau Euro.

Tindakan Russia seterusnya ialah dengan menjual minyak mentah mereka dengan emas. Emas sebagai bentuk bayaran menggantikan matawang kertas.

Kesan Oil For Gold

Menurut pendapat pakar emas, Tuan Syukor Hashim, contohnya ketika ini harga emas 1 gram sekitar 60 USD. Jika Russia bersetuju untuk menjual 1 tong minyak dengan harga 1 gram emas. Maka, apa akan berlaku?

Permintaan terhadap emas akan meningkat. Ini kerana, pembeli minyak Russia terpaksa membeli emas terlebih dahulu kemudian barulah mereka boleh membuat bayaran untuk membeli minyak.

BACA Rekomendasi: Risiko Simpan Duit Ketika Ekonomi Merosot

Jadi, adakah harga emas akan kekal pada 60 USD segram? Sudah tentu tidak! Permintaan pasaran yang tinggi akan menyebabkan harga emas naik daripada 60 USD segram kepada kemungkinan 70 USD, 80 USD segram.

Walaupun harga minyak 1 tong bersamaan 1 gram emas, namun harga 1 gram emas akan naik. Maka Russia tetap untung. Apa sebabnya?

Sebabnya ialah kenaikan harga emas boleh menyebabkan sesiapa yang mempunyai emas yang banyak akan beroleh keuntungan. Mudah!

Ghana Ikut Jejak

Kitco News melaporkan bahawa Ghana telah bersetuju untuk membeli minyak mentah Russia dengan emas sebagai bayaran menggantikan matawang dolar. Tergempar!

oil ghana swap gold

The barter of gold for oil represents a major structural change

Mahamudu Bawumia (Vice-President Ghana)

Di kala krisis geopolitik dan faktor macroekonomi yang tidak menentu (volatile), kita perlu bertindak untuk diversify aset kita kepada emas sebagai pelindung kekayaan (wealth protection).

Saudi Arabia made a statement that they were going to no longer let people in New York set price of oil using paper”

Kitco News

Info Emas Terkini PERCUMA Di Telegram Channel

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 December 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments