Risiko Simpan Duit Ketika Ekonomi Merosot

Risiko simpan duit kertas biasanya tidak didedahkan oleh kebanyakan pakar-pakar kewangan. Tabiat menyimpan duit memanglah bagus, akan tetapi ada risikonya dalam jangla masa panjang. Terutamanya ketika nilai matawang semakin susut, inflasi tinggi, ekonomi merosot, atau ketidak-stabilan politik negara.

Risiko Ringgit Jatuh Nilai

Sejak fasa endemik covid-19, kejatuhan ringgit semakin menjadi-jadi. Ringgit telah mencatat paras terendah dalam sejarah sejak 24 tahun berbanding dolar AS. Apa kaitannya dengan duit kita di bank?

Apabila ringgit jatuh nilai, nombor pada duit kertas tidak berubah. Sedar-sedar, harga barang import semakin mahal. Gaji RM3,000 hari ini tidak lagi sama keadaannya dengan gaji RM3,000 bagi 20 tahun yang lalu.

risiko ringgit

Jika kita imbas kembali prestasi sejarah ringgit pada tahun 1997, ketika itu ringgit berada pada paras RM2.50/ dolar AS. Lalu ringgit jatuh ke paras RM4.72/dolar AS hanya dalam masa setahun. Kejatuhan nilai ringgit sekitar 50% setahun!

Ibaratnya, jika ketika itu kita mempunyai RM100,000 dalam simpanan bank. Maka separuh daripada kekayaan kita telah hilang dalam masa setahun saja akibat kejatuhan nilai ringgit. Walaupun bilangan duit dalam bank masih RM100,000, namun hakikatnya nilai duit tersebut hanya tinggal RM50,000 saja.

Value is not how much money you have, but value is how much the money can buy”

Mike Maloney (Pakar Matawang)

Jika ringgit jatuh nilai, maka kekayaan seseorang itu akan turut berkurang tanpa disedari. Bagi orang yang faham sistem wang fiat berfungsi, maka mereka sedar bahawa kekayaan mereka sedang menurun akibat kejatuhan nilai ringgit.

Risiko Inflasi

Sering kita mendengar di berita tentang inflasi matawang. Persoalannya, adakah kita faham maksud inflasi yang sebenar? Adakah kita tahu kesannya ke atas duit simpanan kita di bank. Apa kaitan duit kita dengan inflasi matawang?

Kita sering diberitahu bahawa inflasi menyebabkan harga barangan meningkat sekaligus kos sara hidup meningkat. Akan tetapi, kita tidak diberitahu kesannya ke atas nilai duit simpanan kita di bank.

risiko

BACA Rekomendasi: Maksud Inflasi Sebenar, Ramai Keliru

Inflasi menyebabkan kuasa beli duit kita semakin kecil. Walaupun jumlah simpanan duit di dalam bank bertambah, ia tidak akan menambah kekayaan malah semakin miskin.

Ketika zaman sekolah dulu pada tahun 80-an, RM1 sudah cukup untuk duit poket ke sekolah. RM1 cukup untuk membeli nasi lemak, minuman, dan gula-gula. Hari ini, adakah cukup RM1 untuk duit poket anak-anak kita ke sekolah?

Apa yang kita faham adalah, harga barang semakin mahal. Akan tetapi, apa yang berlaku sebenarnya ialah kuasa beli duit yang susut akibat inflasi matawang. Maka, kita perlu menambah duit poket anak-anak ke sekolah hari ini. Sebab kuasa beli RM1 tidak lagi sama dengan kuasa beli RM1 pada tahun 80-an suatu ketika dulu.

Alternatif Simpanan Kekayaan

Jika kita belajar memahami sejarah matawang, logam digunakan sebagai matawang zaman dulu seperti emas, perak, gangsa dan sebagainya. Termasuklah zaman Rasulullah dulu, yang menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang kerajaan Islam.

Matawang berasaskan emas (dinar) dan perak (dirham) telah digunakan sejak beribu tahun lalu. Sehingga hari ini, emas dan perak masih kekal bernilai. Ini kerana, ia tidak mempunyai risiko-risiko yang ada pada duit kertas.

risiko

Emas dan perak tidak mengalami inflasi, kerana ia tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Inflasi berlaku kerana matawang itu boleh dicetak tanpa sandaran nilai. Berbeza dengan emas dan perak yang tidak memerlukan sandaran, kerana ia mempunyai nilai intrinsik.

Harga emas dan perak memang ada turun naiknya. Namun, jika kita melihat sejarah prestasi harga emas. Mendapati harga emas dan perak sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Anda boleh sentiasa melihat prestasi harga emas dan perak secara live di website terkenal goldprice.org

Update Ilmu Emas Terkini Telegram Channel

Klik Join Channel

SHARE sebarkan manfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
10 April 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Risiko Simpan Duit Ketika Ekonomi Merosot […]