Politik Tidak Stabil, Matawang Runtuh?

Politik yang tidak stabil akan menyebabkan krisis ekonomi yang berpanjangan jika kita mengimbas kembali krisis yang pernah berlaku di negara-negara luar. Sebagaimana yang berlaku di negara Sri Lanka, Venezuela, Greece, Zimbabwe dan lain-lain.

Krisis ekonomi sudah tentu memberi kesan dan membebankan kita sebagai rakyat. Harga barang akan naik mendadak, jurang pendapatan di antara orang kaya dan orang miskin semakin jauh, dan nilai matawang akan susut.

Di sini saya kongsikan hubungan ketidak-stabilan politik dengan krisis ekonomi. Dan apakah tindakan yang kita mesti buat bagi menyelamatkan ekonomi keluarga kita?

Politik Sri Lanka

Apabila perang saudara berakhir pada tahun 2009, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa berhutang dengan banyak (foreign loans) bagi membayar kos perang dan memulakan projek pelancongan mewah dan dikongsikan kepada kroni-kroni.

BACA Rekomendasi: Sri Lanka Bankrap, Rakyat Malaysia Perlu Belajar

Lalu pandemik Covid-19 tercetus pada tahun 2019 telah membantutkan aktiviti pelancongan yang merupakan pendapatan utama negara tersebut. Dikeruhkan lagi dengan krisis politik, korupsi, pentadbiran dan pengurusan kewangan yang teruk, serta krisis hutang IMF.

Maka, ia menyebabkan kadar inflasi matawang naik mendadak dengan tinggi sehingga mencecah 54% dalam masa 6 bulan sahaja. Lalu, matawang jatuh nilai, harga barang naik mendadak, berlaku protes jalanan, presiden melarikan diri, dan lain-lain.

Politik Venezuela

Venezuela merupakan negara yang paling kaya dengan minyak mentah di Amerika Latin. Dilaporkan, 90% daripada pendapatan negara adalah daripada hasil export minyak mentah.

Di tahun 1999-2013, Presiden Hugo Chavez mengeluarkan bajet besar untuk program sosial seperti memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah dan perkhidmatan kesihatan. Tujuannya bagi memerangi kemiskinan dan ketidaksamaan.

politik duit

Tiba-tiba, harga minyak mentah dunia runtuh. Lalu menyebabkan nilai matawang Bolivar jatuh teruk dan ekonomi negara dilanda krisis. Harga barang import meningkat secara mendadak.

Kerajaan dipimpin oleh presiden baru iaitu Nicolas Maduro (Tahun 2013). Beliau bertindak mencetak duit dengan banyak dengan harapan memulihkan ekonomi. Namun beliau silap! Mencetak duit telah menyebabkan nilai matawang jatuh teruk, harga barang naik mendadak lalu berlaku hiperinflasi.

Politik Greece

Krisis kewangan negara Greece disebabkan oleh dasar fiskal kerajaan yang terlalu banyak mengeluarkan perbelanjaan. Dasar tersebut dikatakan terlalu boros dan membazir sehingga mengakibatkan hutang negara yang tinggi dan mengalami defisit.

Pada tahun 2012, European Central Bank (ECB) mengumumkan program Quantitative Easing (QE). Iaitu program mencetak duit dengan banyak untuk membeli aset kewangan lalu menyebabkan kadar hutang negara bertambah dan inflasi tinggi.

politik tidak stabil

BACA Rekomendasi: KWSP, Bersara Dengan Simpanan Emas

Ketidak-stabilan politik telah menyebabkan pesara Greek rebah menangis kerana gagal keluarkan duit di bank. Pesara Greek, Giorgos Chatzifotiadis berbaris di hadapan hampir 3 buah bank di Thessaloniki dengan harapan untuk mengeluarkan wang pencen bagi pihak isterinya.

Namun, usahanya berakhir dengan kekecewaan apabila bank ke-empat memberitahunya bahawa dia tidak boleh mengeluarkan kesemua wang simpanannya. Hanya sebanyak 120 Euro dibenarkan. Krisis tersebut telah menyebabkan pihak bank menyekat pengeluaran duit simpanan rakyat Greek.

Pengajaran & Tindakan

Berdasarkan kisah krisis negara-negara di atas, kita boleh belajar bahawa kestabilan-politik sangat penting bagi menstabilkan ekonomi dan nilai matawang kita.

Mungkin kita tidak mampu mengawal kestabilan politik di negara kita, namun kita masih mampu bertindak untuk melindungi duit simpanan dan kekayaan kita.

BACA Rekomendasi: Ekonomi Meleset, Kata Pakar Fokus Simpan Emas

Dengan menukarkan sebahagian duit simpanan kita kepada emas fizikal di luar sistem bank, ia boleh melindungi kita daripada kejatuhan nilai matawang. Dalam masa yang sama, emas simpanan kita tidak akan disekat oleh bank sebagaimana berlaku di negara Greece.

Update Ilmu Emas Telegram Channel

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 Oktober 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Politik Tidak Stabil, Matawang Runtuh […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Politik Tidak Stabil, Matawang Runtuh […]