Kerajaan ‘Tergantung’: Ringgit Jatuh Merosot!

Kerajaan yang stabil sangat penting bagi sesebuah negara dan rakyatnya. Permainan politik akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi rakyat terutamanya terhadap nilai ringgit.

Tidak kisahlah sama ada rakyat itu kaya ataupun miskin, yang pastinya ialah nilai duit kita semua di bank akan terkesan! Mengapakah begitu?

Kesan Parlimen Tergantung

Sebagaimana yang kita tahu, telah berlaku situasi parlimen ‘tergantung’ yang menyebabkan kerajaan tidak dapat dibentuk dengan segera.

kerajaan tergantung

Menurut pensyarah ekonomi Universiti TAR, Prof.Dr. Barjoyai Bardai bahawa situasi ini pernah berlaku di Belgium apabila parlimen tergantung selama 2 tahun. Kesannya dilihat menerusi kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham.

“Ini pernah berlaku kepada Belgium apabila Parlimen tergantung sehingga 2 tahun dan menjadi kerajaan minoriti, pasaran saham menurun kerana mengambil kira sentimen ketika itu,”

Nilai ringgit dan pasaran saham jatuh merundum sejak Sabtu lalu apabila keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 diumumkan. Di mana tiada satu parti yang mencapai majoriti untuk melantik Perdana Menteri dan membentuk sebuah kerajaan baru.

Kesan Kerajaan Tidak Stabil

Sejak dulu lagi, kestabilan sesebuah kerajaan sangat penting terhadap kestabilan nilai ringgit. Ia akan menyebabkan kegelisahan para pelabur terhadap kestabilan pasaran negara.

BACA Rekomendasi: Politik Tidak Stabil, Matawang Runtuh

Ringgit telah jatuh ke paras RM4.578/USD daripada RM4.549/USD sejak keputusan pilihan raya diumumkan.

JUN 2022: Hutang kerajaan Malaysia dilaporkan mencecah paras 1.3 trillion!

Sejak 2 tahun lepas, kita telah melihat kerajaan yang kurang konsisten dengan dasar polisi dan U-turn.

Menurut pakar, cabaran utama kerajaan yang baru ialah mengekang perbelanjaan dan meningkatkan hasil. Tanpa reformasi fiskal, kita akan melihat hutang negara bakal meningkat.

Tindakan Sebagai Rakyat

Sebagai rakyat biasa, kita tidak mampu mengawal kestabilan politik. Apatah lagi bagi mengawal kestabilan ekonomi negara kita dan nilai ringgit yang merosot.

Jika kita sekadar membiarkan duit kita di simpan di dalam bank, ASB, mutual fund, saham dan sebagainya, maka kita sangat terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit. Permainan politik dan dasar U-turn akan memberi kesan langsung kepada nilai duit kita.

Menurut Investopedia, nilai emas mengekalkan nilainya. Bukan saja ketika berlaku kegawatan ekonomi malah ketika ketidak-stabilan geopolitik.

Harga emas sentiasa meningkat paling tinggi apabila keyakinan terhadap kerajaan semakin lemah.

Investopedia

Emas digelar sebagai ‘crisis commodity‘ kerana orang ramai melarikan diri dengan emas apabila berlaku ketegangan dunia. Ketika itu, emas sentiasa mengatasi prestasi pelaburan lain.

BACA Rekomendasi: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi

Contohnya ketika krisis politik yang berlaku di Kesatuan Eropah, harga emas telah mengalami peningkatan besar. Harganya sentiasa naik ketika keyakinan terhadap kerajaan semakin lemah.

FREE! Tips Emas Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 November 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments