Pelabur emas bakal mengalami risiko yang sama seperti pelabur bagi pelaburan lain. Risiko bermaksud keupayaan kita bagi mendapat kerugian ataupun kehilangan nilai pelaburan.
Risiko Pelabur Emas
Setiap pelaburan semestinya mempunyai risiko. Jika kita tahu risikonya lebih awal, maka kita mampu mengelakkannya daripada berlaku. Di sini saya kongsikan 8 risiko pelaburan emas:
1- Risiko Fizikal (Pada Pelabur)
Risiko ini biasanya dihadapi bagi pelabur yang memilih menyimpan emas fizikal di tangan mereka sendiri. Maka emas tersebut terdedah kepada kerosakan fizikal seperti calar, bengkok, ataupun berlekuk.
Emas yang mempunyai kerosakkan fizikal bakal di nilai dengan harga yang rendah ketika menjualnya (buyback) semula kepada syarikat emas nanti. Maka kita perlu simpan di tempat yang baik seperti gold storage box yang boleh didapati secara online.
2- Risiko Kimia
Risiko ini tidak ketara dengan mata kasar kita. Namun, ia boleh berlaku kepada semua jenis emas. Ia boleh berlaku jika pembuat emas tersilap melabelkan emas itu. Contohnya, emas 916 dilabel emas 999.
Kita tidak menyedari hal ini sehingga kita menjualnya semula. Apabila kita mahu jual semula, emas perlu diuji ketulenannya terlebih dahulu.
3- Risiko Kecurian
Risiko kecurian sentiasa terdedah ke atas semua jenis emas tidak kira apa pun bentuknya. Bukan saja emas, malah barang lain seperti smartphone, jam tangan, duit, laptop dan sebagainya.
Oleh sebab itu, sesetengah syarikat atau bank menawarkan khidmat peti simpanan keselamatan bagi menyimpan emas. Seperti syarikat Public Gold yang menawarkan simpanan percuma melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Cara ini lebih selamat berbanding simpan sendiri.
4- Risiko Kecairan
Kecairan bermaksud kebolehan untuk menjual semula untuk ditukarkan kepada duit tunai. Ini adalah risiko kecil bagi pelaburan emas kerana ia mudah dijual. Emas sentiasa mudah dijual dan digadai bagi mendapatkan wang tunai.
5- Risiko Kebakaran
Walaupun emas rosak terbakar, ia tetap masih boleh digunakan lagi. Emas terbakar hanya mengubah keadaan fizikalnya saja, dan ia boleh dibentuk semula serta masih bernilai tinggi jika dijual semula.
Berbeza dengan aset-aset lain seperti rumah, duit kertas, jam tangan dan lain-lain. Jika hangus terbakar, maka ia terus rosak dan tidak bernilai lagi.
6- Risiko Harga Pasaran
Risiko ini kita tidak mampu kawal. Harga emas bergerak seiring di seluruh dunia. Jika harga emas turun, kita tidak mampu berbuat apa-apa. Namun, perlu diketahui bahawa kita tidak akan rugi ketika harga emas turun selagi kita tidak menjualnya.
Bagi pelabur yang berilmu, mereka ambil kesempatan untuk memborong emas banyak-banyak ketika harga emas turun dan menjualnya ketika harga emas naik tinggi.
7- Risiko Susut Nilai / Spread
Biasanya berlaku pada barang kemas ataupun emas yang dijual oleh penjual barang kemas. Susut nilai merujuk kepada istilah ’emas terpakai’ oleh pengusaha kedai barang kemas.
Apabila kita hendak menjual semula, pekedai akan mengenakan potongan sebanyak 20-40% daripada harga emas semasa.
“Kadar spread emas menguntungkan mestilah 10% ke bawah“
Azizi Ali (Masa Untuk Emas)
Kita sebagai pembeli perlu bijak memilih syarikat yang mengenakan susut nilai/ kadar spread yang rendah. Mentor wang Azizi Ali, saran untuk memilih syarikat emas yang mengenakan kadar spread emas 10% ke bawah. Seperti Public Gold (Spread 6% – 9% saja)
8- Risiko Tidak Terduga
Risiko perang, covid-19, wabak penyakit, rusuhan, dan perubahan dasar kerajaan merupakan sebahagian daripada risiko yang tidak terduga oleh sesiapapun.
Kecuali dasar kerajaan, ketiga-tiga risiko tersebut memberi impak ketara ke atas kestabilan sosial dan ekonomi negara kita.
Namun, emas mempunyai reputasi tersendiri. Hanya emas saja yang boleh dibawa lari sebagai bekalan kerana masih mempunyai nilai. Duit dan aset lain menjadi tidak berharga sama sekali.
Pelabur Bijak
Setiap pelaburan pasti ada risiko tersendiri. Cuma risiko pelaburan emas dikatakan jauh lebih rendah berbanding risiko yang ada pada pelaburan lain seperti saham, ASB, dan lain-lain.
Setiap risiko ada cara mengatasinya. Dalam keadaan tertentu, kadang kala ada risiko pelaburan emas yang memberi kita peluang untuk menambah keuntungan.
Sudah tentu kita perlukan ilmu yang betul dan tepat. Kita perlu membaca buku-buku pelaburan emas dan dapatkan nasihat mentor supaya kita lebih mahir dalam selok-belok pelaburan.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 November 2022