BRICS merupakan sekumpulan negara-negara yang banyak membeli emas. Emas dijadikan harta rizab bagi bank pusat negara masing-masing.
Terdapat 3 alasan, mereka membeli emas: Pertama, untuk keluar dari pengaruh dolar. Kedua, melindungi rizab negara daripada sekatan ekonomi. Dan ketiga, pelindung daripada lingkaran hutang yang bukan mereka cipta.
Contohnya, pada tahun 2022, rizab Rusia berjumlah $300 billion telah dibekukan oleh Amerika Syarikat (AS). Atas sebab operasi ketenteraan ke atas Ukrain.
Rizab dalam bentuk dolar (wang kertas) boleh lenyap dalam sekelip mata. Tetapi, emas tidak boleh. Oleh sebab itu, negara-negara BRICS memborong emas dengan banyak dan cepat.
Apakah BRICS?
BRICS merupakan sekumpulan negara-negara yang pesat membangun ekonominya. Berjuang untuk menjadikan emas sebagai rizab bank pusat negara.
Pada mulanya, kumpulan ini terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, South Africa. Kemudian, disertai oleh Mesir, Ethiopia, Iran, UAE. Pada Julai 2024, Malaysia telah menyertainya. Di ikuti Indonesia pada Januari 2025.
Kini, BRICS telah mewakili sekitar 40% daripada GDP global. Dan secara kasarnya, mewakili daripada separuh daripada jumlah populasi dunia.
Bermaksud, BRICS mempunyai kuasa yang besar untuk mempengaruhi pergerakan pasaran di dunia.
Menurut WGC (World Gold Council), gabungan negara-negara BRICS+ mempunyai rizab emas melebihi 6,000 tan.
Rusia mendahului sebanyak 2,336 tan emas, China punyai 2,298 tan emas, dan India pegang 880 tan emas. Brazil dan negara-negara lain turut aktif membeli emas.
Sejak tahun 2020 sehingga 2024, bank pusat negara-negara BRICS+ telah direkodkan mewakili lebih 50% pembelian emas global.
Berdasarkan data WGC, pembelian emas oleh bank pusat secara global melebihi 1,000 tan setahun sejak tahun 2022, 2023, dan 2024. Negara-negara BRICS+ adalah pendorong pembelian emas besar-besaran.
Kini, terdapat 4 faktor yang mendorong pembelian emas secara besar-besaran oleh bank pusat secara global:
- De-dolarisasi: Bertujuan melemahkan dominan dolar AS yang bersifat memanipulasi. Dengan kembali kepada emas. Emas saja rizab yang tidak perlu issuer, tidak perlu counterparty, serta tiada campur tangan dari bidang kuasa politik.
- Kebal-sekatan ekonomi: Dolar yang disimpan di luar negara boleh dikenakan dibekukan serta-merta oleh AS. Tetapi, emas kebal daripada segala sekatan ekonomi.
- Pelindung dari kejatuhan nilai dolar: Kerajaan AS berhutang sebanyak $39 trilion setakat Mac 2026. Hutang tersebut bakal menjatuhkan nilai dolar di masa depan. Hanya emas kebal daripada kejatuhan nilai matawang. Sebab emas tidak boleh dicetak.
- Membina sistem matawang baru: Pada Oktober 2025, penyelidik di Institute for Advanced Systems (IRIAS) melancarkan gold-anchored settlement unit – iaitu instrumen matawang digital bersandarkan 40% nilai emas dan 60% matawang BRICS. Ia menandakan bahawa emas bakal menjadi asas kepada sistem kewangan.
Apa Kaitan Dengan Kita?
Selama ini dominan dolar AS telah meruntuhkan kuasa beli duit kita sebagai individu. Amerika Syarikat telah banyak membuat kerosakan pada ekonomi kita, dengan hutang, inflasi, kejatuhan dolar, ketegangan politik, sekatan ekonomi dan lain-lain.
Pada tahun 1997, krisis ekonomi melanda Asia termasuk Malaysia. Rancangan AS dan sekutunya IMF menyerang matawang kita. Bertujuan meruntuhkan nilai ringgit.
Mujur dengan kebijakan Tun Mahathir, nilai ringgit bertahan pada RM3.80 sedolar. Walau bagaimanapun, wang kertas sentiasa akan terdedah kepada risiko diserang oleh AS dan IMF.
Hanya dengan emas, kita mampu bebas daripada manipulasi AS.
Hutang negara merupakan salah satu punca kejatuhan kuasa beli duit kita. Tanpa disedari, kuasa beli duit simpanan kita di bank semakin kecil.
Suatu ketika dulu, RM1 mampu membeli sebungkus nasi lemak. Hari ini, adakah RM1 mampu membeli sebungkus nasi lemak? Ia menandakan kuasa beli duit kita jatuh ditelan waktu.
Menyimpan duit di bank hanya akan menjatuhkan kekayaan kita dalam masa panjang. Tanpa disedari, nilai duit dihakis inflasi.
Sebaik-sebaiknya duit simpanan jangka panjang ditukar atau disimpan dalam bentuk emas sebagai pelindung nilai dan meningkatkan kekayaan. Sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara BRICS+.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 April 2026

