Matawang BRICS Guna Emas Sebagai Sandaran, Tolak Dolar?

Matawang BRICS di umumkan oleh negara Rusia yang bakal disandarkan dengan emas. Ia sekaligus sebagai langkah keluar dari kebergantungan pada Dolar Amerika yang mengalami defisit.

Penubuhan matawang ini juga bakal memberi impak pada pasaran emas semasa. Dijangka harga emas bakal melambung naik lebih tinggi jika matawang baru ini berjaya dilaksanakan.

BRICS merupakan gabungan negara Brazil, Rusia, India, China, dan South Africa. Terdiri daripada 42% populasi global, 30% daripada wilayah dunia, 26% daripada KDNK global, 18% daripada perdagangan global menurut World Bank.

Rekomendasi Untuk Anda: Matawang Baru BRICS Diterima 41 Negara

Dengan 6 lagi negara yang menyertai barisannya, ia meningkatkan kepada 46% populasi global, 29% KDNK global, dan 25% daripada eksport global.

Perubahan paling ketara dapat di lihat dalam sektor pengeluaran minyak global. Sebelum ini, BRICS hanya mengawal sekitar 20% pengeluaran minyak global.

Setelah Arab Saudi, UAE, dan Iran menyertai BRICS, ia menyumbang kepada sekurang-kurangnya 42% daripada pengeluaran minyak global. Menurut ING.

Mereka sudah muak dengan barat yang double standard. Mereka sudah muak dengan barat yang hipokrit.

Middelkoop, Founder & CIO Comodity Discovery Fund

Sidang kemuncak pada Ogos 2023, lebih 40 negara menyatakan minat untuk menyertai untuk menyertai BRICS. Manakala, 22 negara mengemukakan permohonan rasmi. Dan negara lain masih dalam senarai menunggu seperti Kazakhstan, Algeria, Bolivia, dan Indonesia.

Asas Matawang BRICS

Matawang emas dan perak bukanlah perkara baru. Ia telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu. Termasuklah zaman Rasulullah S.A.W, yang menggunakan syiling Dinar dan Dirham sebagai matawang.

Apabila sistem wang kertas dicipta, pada asalnya ia bersandarkan nilai emas. Setiap nilai yang diletakkan pada duit kertas mestilah berasaskan nilai emas.

Bank pusat bagi sesebuah negara perlu mengumpul rizab emas terlebih dahulu, kemudian barulah duit kertas boleh dicetak. Setiap duit kertas yang dicetak mesti bersandarkan nilai emas. Sistem ini dipanggil Gold-Standard.

Rekomendasi Untuk Anda: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit

Malangnya, Presiden Nixon (Amerika Syarikat) telah memutuskan sandaran duit kertas pada emas sejak tahun 1971. Sejak itu, Amerika telah mencetak dolar sesuka hati tanpa sandaran nilai emas. Sistem ini dipanggil Wang Fiat.

Kemudian, dolar AS dijadikan sandaran nilai menggantikan emas bagi matawang negara lain. Termasuklah matawang ringgit. Tidak masuk akal apabila duit kertas disandarkan dengan “kertas” (dolar).

Bank pusat bagi setiap negara terpaksa memegang matawang dolar AS ke dalam rizab negara selain emas. Membuatkan dolar bertambah kuat, dan matawang lain menjadi lemah.

Penubuhan matawang BRICS bakal mengembalikan sistem Gold-Standard yang telah digunakan suatu ketika dulu. Nilai bagi duit kertas yang dicetak mestilah bersandarkan nilai emas.

Sistem Gold-Standard lebih adil berbanding sistem wang fiat. Amerika tidak boleh mencetak duit kertas sesuka hati. Sekaligus, Amerika tidak mampu mengambil kesempatan bagi mengawal ekonomi negara lain yang lemah.

Impak Pada Harga Emas

Penubuhan matawang BRICS bersandarkan emas telah membuatkan bank pusat di kebanyakan negara di dunia telah berlumba-lumba mengumpul rizab emas.

Pembelian emas secara besar-besaran telah melonjakkan harga emas di pasaran dunia. Juga tidak ketinggalan, impak kenaikan harga perak (silver) di pasaran dunia.

matawang BRICS

Jika kita melihat nisbah di antara emas dan jumlah duit kertas dalam kitaran sekarang, didapati harga emas menyesuaikan semula dan di nilai lebih tinggi.

Melihat pada sejarah lalu, pada tahun 1930, 1970, dan di antara tahun 2000 dan 2011, dalam senario penilaian semula, harga emas akan meningkat 5 kali, 8 kali, 10 kali ganda.

Menurut Willem Middelkoop, harga emas bakal bergerak naik 10 kali ganda ke paras $10,000 bagi se-ounce. Menarik!

Persoalannya, adakah kita masih menabung duit kertas di bank. Atau mula menabung emas yang bakal melambung naik nilainya?

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 September 2023     

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments